28 August 2015

Bento Amani

Assalamualaikum

demi menyemarakkan semangat ummi nak masak hari hari untuk amani, ayu telah mula mengabadikan photos bento amani dengan hashtag #bentoamani dan #homemadebyummi

hehehe

jom checkidout. hehe

oat kurma dan puree epal

bento amani. mashed potato dan puree epal

bubur kacang peas

puree pear dan bubur brokoli dan serbuk bilis

bubur hulk dan mee suah sup

seronok masak untuk baby. even hari hari ayu bangun jam 4 untuk siapkan bento mak pak dan anak.hihi.. tp kadang even mak pak tak bento, anak tetap bentooo...

semoga ummi terus rajin... go go chayooookkk

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Merdeka Giveaway Dari Kasutkaca15

saya join merdeka giveaway dari kasutkaca15. semoga murah rezki saya.

Giveaway Wallet By Opzzpinky

klik

Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 17 OGOS 2015 hingga 11.59 malam 31 OGOS 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 155.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI...
Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 

Syarat-syaratnya :
1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Wan Sarah | Cik Miela | Missakuradiary | Aderakukeysah  
Awansayatasana | Azirahman | Yayacendana | Nizam |

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Follow  Instagram Sponsor

5. Buat entri bertajuk Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Sekian.

GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI

KLIK



Hadiah untuk Giveaway ini adalah

1 x Voucher RM50 dari Emel Melinda Looi  & Wang Tunai RM20 + Product from Crabtree and Evelyn

Painting Potret Giveaway by Azhafizah

painting-potret-giveaway-by-azhafizah

Cara untuk menyertai Painting Potret Giveaway untuk blogger.
1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah 
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]


Ayu mempertandingkan gambar di bawah.



26 August 2015

Biskut Baby Homemade

Amani sekarang kan dah start makan. Dah nak masuk 8 bulan pun..
jadi ummi kena buat kudap kudap lah.
dan ummi pilih biskut homemade no salt no sugar dan no MSG untuk amani
susah nak cari di pasarankan, jadi ummi buatkanlah untuk si comel.hehehe

first try

mula mula ikut satu resepi tu biskut amani jadi kejung. yela.. ikut resepi teething biscuit untuk gigit gigit je kot. Tak mendatangkan hasil, jadi amani buang je lepas hisap hisap.

yang ni menjadi
dan yang kali ke dua ni, ayu ikut resepi lain yang di olah oleh ayu. yang peroi sikit. tapi memang sepah sepah la amani makan. ha ha ha.tak pe.. sesi pembelajaran kan..hihi..

RESEPI BISKUT BAYI

1/2 buku unsalted butter
2 cawan tepung gandum (unbleach, saya guna atta)
2 sudu tepung jagung
puree kurma dan kismis
2 sudu oat organic kisar

cara-cara :

1. Pukul unsalted butter sampai kembang (lembut)
2. Masukkan puree kurma
3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian campurkan dalam adunan tadi. 
4. Masukkan oat atau baby cereal.
5. Uli doh. dan buatlah bentuk apa pun. ayu buat bulat macam biskut merries tu.hehe
6. Bakar suhu 160 darjah celcius selama 30 minit @ sehingga keperangan. sebab lain oven lain gaya.

Selalu ummi2 yg comot.. Dengan ada nya biskut tu.. Daddy juga berpeluang untuk kelihatan comot... Hahaha


Jom masak untuk anak. :)

#homemadebyummi

07 August 2015

Minor Operation Cabut Wisdom Teeth @ Geraham Bongsu

Assalamualaikum

alkisahnya hari sabtu haritu bermulalah tragedi malam malam geraham bongsu yang dah 2-3 tahun tumbuh sikit2 tu berdenyut sakit.

ahad terus MC. memula gi klinik pergigian kerajaan, tapi akibat prosedur lama dan banyak, esoknya suami bawa gi dental panel company. Memandangkan dah confirm memang ada dental care, jadi kita manfaatkanlah.

kos untuk buang gigi geraham bongsu ini cecah 650-800 di Amim Dental Surgery. Mahal kan? kalau tak kerana panel company, memang ayu tahan jela..

Doktor pun siasat punca kesakitan. rupa rupanya gigi ayu senget. terkeluar sikit sebab tiada ruang di atas landasan gusi. Xray di buat guna mesin yang canggih. siap berpusing-pusing macam robot untuk ambil gambar gigiku.hihihi. Dan hasilnya gigi ku stuck di hujug tulang, sebab tu sakit dan rupanya dua dua belah pun impacted. huuuu. kena buat minor oral surgery untuk buang gigi itu. sebab gigi geraham bongsu hampir dengan saraf jadi tak boleh cabut biasa. dan ayu pilih untuk buang sebiji je belah kanan dulu, kiri tak sakit.. takmau la tanggung dua dua.

Tapi doktor tak dapat buang gigi tu hari isnin tu sebab kelenjar ape tah bengkak. jadi ayu kena ambil antibiotik selama 2 hari. Doktor hanya scalling sahaja. Kalau buat terus, boleh jadi pendarahan tidak terkawal.


Rabu

hari dinanti telah tiba. dalam pukul 9 lebih pagi, masuk je klinik, ayu dipanggil setelah sign surat kebenaran pembedahan buang wisdom teeth ku ini.

inject inject bius, tunggu kebas dan doc pun nak cabut.

Allahhh.. ngeriiii. serius jujur cakap tak lah sakit. rasa mcm kena tarik tarik tu ngeri lah. sebab kena godok godok kan. terangkat gak badan. even misi n doc suruh lembutkan.

dah cabut pulak, terjuntai,..melekat kat gusi dan susah nak lerai. super sakit.. menitis air mataku.
cabut tak sakit. masa berjuntai nak lerai tu sakiiiiittt gilaaa..

balik rumah, tak boleh kumur dan ludah 3 jam. tips tu untuk elak pendarahan teruk berpanjangan. dan serius sepanjang harini memang telan liur perisa darah uuu..

dan setelah 3-4 jam bius habis.. ayu menangis nangis kat laki. telan air liur sakit. bukak mulut sakit. tulang rahang sakit. semua sakit.. huuuhuuuhuuu.. nak baring, nak pusing semua sakit. :(

dan ayu pulak menyusu anak, nak makan pil tahan sakit ponstan yang dibekalkan memang tak boleh. berbahaya untuk amani pulak. ayu cume layak amik paracetamol time terlalu sakit je. dan juga habiskan antibiotik.

Makan

Makan pulak, suami belikan bubur ayam marrybrown. dan dia masakkan sup ayam. curah sup banyak banyak dan telan bubur cam air. hihi. boleh share puree amani dah ni. huuu..

harapnya kesakitan menelan, pedih di luka gusi, sakit nak cakap dan buka mulut serta sakit tulang rahang ni sehari dua jelah. sebab ayu rasa begitu terseksa.

ni dapat menaip sebab ayu baru makan paracetamol dan amani pulak tidur.

doakan ayu cepat sembuh ye kekawan. esok eden story lagi ye susulan kejadian. 

update !

hari kedua(24 jam setelah opeation)

ayu masih belum boleh cakap jelas sangat sebab bukaan mulut masih kecil. rahang masih sakit. dan kelenjar kat leher tu masih bengkak. telan air liur dah kurang sikit sakitnya tapi masih sakit. masih telan bubur blend. atau lebih tepat, mcm food amani dah tetapi bergaram jela.haha


Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015



Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa