23 July 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

rasanya masih belum terlewat untuk ayu ucapkan
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN 
daripada Ayu sekeluarga.

Semoga ukhwah yang terbina dalam dunia blogging ini berterusan...

meh ayu tepek sekeping dua photo raya kami. :)


raya pertama. amani mengamuk berbaju kurung, at last beliau pakai baju bebek aje..

raya kedua. my princess asiklah dengan kasut dia,,




07 July 2015

motor suami hampir dicuri!

Assalamualaikum

Ni kisah minggu lepas.

Pagi 6.30… daddy amani dukung amani seperti biasa. Dukung hantar kat carseat dan setting carseato setiap pagi. Pastu ayu akan hantar dan terus gi keje.

Keluar je pintu. Akak jiran depan rumah bukak pintu dan cakap.

"Ayu, cube suruh abg ayu tengok motor. Semalam nampak ada budak budak cuba nak barai motor. Tak pasti sempat atau tak dia ambil. Nampak cam ekzos dah nak lerai." Jelas akak jiran.

"Oh yeke kak. Malam ye kak?" Tanya ayu.

" lebih kurang jam 1 pagi. Kami ketuk pintu ayu xdengar kot. Lagipun dah lewat sangat". Kata akak tu.

Memang x dengar kalau kat bilik.sebab bilik ayu jauh ke belakang. Kena letak loceng ni.

Rumah ayu tingkat 3. Pastu belah belakang tak ngadap parking. So memang jadi apa kat bawah kami xtahu.

Bila suami cek, memang dah dilerai. 1 skruuuuuu je lagi nak bukak. Kalau bukak, memang sempat budak budak pencuri tu bawak lari ekzos.

Lahai.. Motor wave je pon. Bukan motor mahal sangat. Huuu.. Tp da nama perompak apa dia kira.

Hasil pertanyaan dengan pak guard. Tak pasti camne budak 4 orang tu masuk. Dan rupanya lepas kes ni, polis datang blok kami. Tapi sumpah kami tak tahu.haha

Dan katanya masa budak2 tu sibuk ketung2 nak bukak motor, ada jiran blok depan terperasan. Terus dia jerit. Kalau x jerit.. Rasanya dah hilang motor suami ayu.

Suami ayu pun buat susulan report polis pagi itu juga even pak guard dah buat report.

Dan suami cuba nak pasang semula, tapi tak berjaya sebab budak2 tu dah buang semua skru. Yang tinggal nat sahaja beberapa ketul. Nampaknnya kena hantar kedai gak....huuuu


Nota : suami ayu ucap syukuuurr sgt. Sebab kalau hilang, dia memang sedih. Motor ni motor MIL ayu. Suami pinjam masa nak mulakan kerjaya lepas study. Dan lepas dah beli kereta pun, suami tak pulang kat mak dia motor ni. Dia sayang. Dia ganti mak dia motor lain. Syukur Allah masih lindungi.

Btw.. Mengikut sumber.. 4 orang pencuri tu budak budak senibong. Kalau orang sini, tau la kan senibong katne. 

06 July 2015

Pentingnya Sahur Penuh Nutrisi Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum

Biasanya kalau bulan bulan biasa. Kalau ayu pam sekali ( 10 minit kiri, 10 minit kanan) paling banyak dapatlah 5-6oz. 

Tapi bulan puasa ayu bole pam dalam masa yang sama dapat hampir sikit lagi 7 oz. Alhamdulillah syukur puasa tidak mengurangkan susu buat bekal baby dhiya. Maklum jela. Si comel ummi sekarang dah besar. Susu pun makin banyak dah minum.


Hasil yang ayu tunjuk ni di pam pada jam 8.30 pagi, 6/7/15. 

Kenapa dapat lebih sikit? Ayu fikir dan kaji.. Ayu tulis hari hari hasil pam dan sahur apa. Memang boleh nampak hasilnya.

Mcm semalam... Ayu lewat bangun sahur. Jadi sempat jamah tamar 1 biji + air kosong 1 gelas sahaja. Serius. Susu memang tak berapa ada. Pastu cair je. Mcm foremilk shaja. (Maaf lupa snap gambar). Tapi syukurlah sampai petang masih boleh direct feed amani lepas balik kerja. Cume tu lah. Pam masa kerja susu segan nak keluar dan keluar pun cair aje.

Kesimpulannya.. Lepas dah habis ramadhan pun kena teruskan pengambilan nutrisi seimbang agar ayu dapat teruskan penyusuan susu ibu kepada amani. Teruskan oat. Teruskan kurma. Teruskan makan makanan yang berkhasiat. 

Nota : susu ayu bukanlah kategori meriah macam sesetengah ibu. Tapi ayu percaya, Allah bagi susu kat kite sesuai dengan keperluan anak kita. Yang susunya meriah banyak sangat tu mungkin anaknya kuat menyusu. Namun ayu bersyukur, susu ayu pam masih cukup buat bekal amani 3oz x 5 botol dan dapat buat stok backup utk 1-2 hari. Alhamdulillah syukur nikmat.

05 July 2015

Amani Dah Mula Makan

Assalamualaikum

Harini alhamdulillah. Amani dah berusia 184 hari. Dan ini bermakna, amani dah masuk hari ke 4 ayu bagi dia makan semi solid food iaitu puree pear.

Asal cerita... Ayu nak extend exclusive breastfeeding sehingga lepas raya. Tapi sebab amani asik lah jumpa apa-apa nak masuk mulut. Dan pernah sampai nak tertelan kertas slip bank dan kena korek korek mulut dia nak keluarkan. Mak saudara ayu kata, tu petanda anak dah bersedia nak makan. Dan ayu ada baca info.. Apabila anak dah tak meleleh air liur, tu petanda anak bersedia untuk makan sebab dah boleh telan air liur sendiri. Jadi, dengan lafaz bismillah, ummi start on semi solid food untuk baby dhiya amani.

Gambar budak lepas makan.hihu

4 days rules.

Ayu gunakan konsep 4 days rules ni untuk perkenalkan amani kepada makanan. Ayu harap ayu rigid sikit bab ni. Sebab my dhiya ni sensitive skin. Jadi, harus try and error untuk pemakanan dia. Kalau makan tak cirit @ sembelit @ tak tumbuh apa2 kat badan @ tak sesak nafas means makanan tu lulus. Nampaknya pear lulus dah. Alhamdulillah

Puree pear

Camana ayu buat puree pear? Simple. Basuh, buang kulit, potong kecil, kukus 5 minit@sampai lembut, blend halus dan ayu tapis untuk dapatkan hasil yang super halus. Kemudian boleh lah frozenkan puree ini. Cara pengurusan bila nak defrost sama dengan uruskan EBM.

Berapa banyak amani makan?

First day amani memang tak berapa reti. Buat muka pelik pelik bila puree pear dah cecah lidah. Tapi telan. Ayu suap sikit je. Nak bagi dia rasa je dulu. Hari ke dua, amani makan lebih kurang 1 kiub ais puree, dan hari ke 3 amani makan 2 kiub puree dan habis. Amani dah pandai nganga bila ayu suakan sudu ke mulut. Dia dah mula syok. Hihihi

Oh ya.. Buat masa ni amani baru start puree 1x sehari.  Nanti agak dah 2-3 minggu baru 2-3x sehari. Pelan pelan ummi. Hehe

Ayu selalu berdoa,... Agar ayu terus dapat memberikan makanan terbaik untuk Dhiya Amani. Sebab makanan bentuk peribadi anak secara tidak langsung. Makanan yang baik hasilkan antibodi yang baik, badan yang sihat, otak yang cerdas. Dan semoga ada keberkatan dalam setiap suapan ke mulut dhiya. Insya allah ummi akan sedaya upaya terus study dan cedok ilmu agar dapat memberikan yang terbaik buatmu.

Sekian. :) jom buat puree.hihi