07 July 2015

motor suami hampir dicuri!

Assalamualaikum

Ni kisah minggu lepas.

Pagi 6.30… daddy amani dukung amani seperti biasa. Dukung hantar kat carseat dan setting carseato setiap pagi. Pastu ayu akan hantar dan terus gi keje.

Keluar je pintu. Akak jiran depan rumah bukak pintu dan cakap.

"Ayu, cube suruh abg ayu tengok motor. Semalam nampak ada budak budak cuba nak barai motor. Tak pasti sempat atau tak dia ambil. Nampak cam ekzos dah nak lerai." Jelas akak jiran.

"Oh yeke kak. Malam ye kak?" Tanya ayu.

" lebih kurang jam 1 pagi. Kami ketuk pintu ayu xdengar kot. Lagipun dah lewat sangat". Kata akak tu.

Memang x dengar kalau kat bilik.sebab bilik ayu jauh ke belakang. Kena letak loceng ni.

Rumah ayu tingkat 3. Pastu belah belakang tak ngadap parking. So memang jadi apa kat bawah kami xtahu.

Bila suami cek, memang dah dilerai. 1 skruuuuuu je lagi nak bukak. Kalau bukak, memang sempat budak budak pencuri tu bawak lari ekzos.

Lahai.. Motor wave je pon. Bukan motor mahal sangat. Huuu.. Tp da nama perompak apa dia kira.

Hasil pertanyaan dengan pak guard. Tak pasti camne budak 4 orang tu masuk. Dan rupanya lepas kes ni, polis datang blok kami. Tapi sumpah kami tak tahu.haha

Dan katanya masa budak2 tu sibuk ketung2 nak bukak motor, ada jiran blok depan terperasan. Terus dia jerit. Kalau x jerit.. Rasanya dah hilang motor suami ayu.

Suami ayu pun buat susulan report polis pagi itu juga even pak guard dah buat report.

Dan suami cuba nak pasang semula, tapi tak berjaya sebab budak2 tu dah buang semua skru. Yang tinggal nat sahaja beberapa ketul. Nampaknnya kena hantar kedai gak....huuuu


Nota : suami ayu ucap syukuuurr sgt. Sebab kalau hilang, dia memang sedih. Motor ni motor MIL ayu. Suami pinjam masa nak mulakan kerjaya lepas study. Dan lepas dah beli kereta pun, suami tak pulang kat mak dia motor ni. Dia sayang. Dia ganti mak dia motor lain. Syukur Allah masih lindungi.

Btw.. Mengikut sumber.. 4 orang pencuri tu budak budak senibong. Kalau orang sini, tau la kan senibong katne. 

4 comments:

Anum said...

semakin banyak jenayah

Farah Waheda Wahid said...

Syukurlah tak sempat mereka nak merembat kann? Adoilahhh hai, punyalah banyak kerja yang boleh dibuat untuk jana pendapatan ini juga yang mereka pilih... Allahuakbar....

Aniey Yusoff said...

syukur tak sempat dicuri...ada nilai tersendiri tu mesti akan dikenang...

QasehnyaRania said...

tau senibong kat na.hihihi
alhamdulillah ada jiran nampak kan..
bahaya betul skrg ni