26 March 2015

Gadget Amani : Ring Sling Mamapatch

assalamualaikum
kan haritu ayu ada share nak baby wearing kan?
memandangkan baby bawah 4 bulan(sila google utk maklumat lanjut) tidak digalakkan berSSC, ayu dan suami decide beli RingSling selepas study serba serbi berkaitannya.

akhirnya kami beli di TinyTapir brand mamapatch. ala.. yang murah je... hihi. tapi utk ayu mahal dah tu kalau 100+. tapi fikir fikir.. handphone bole beli, ape salahnya beli keperluan anak kan. yang penting mamapatch ni dah lulus RSnya dan insya allah baik kualiti kainnya..

1st time- gi jusco totally salah. Dan tak pandai buat M position kaki dak dhiya amani.

2nd time - gi jusco. parking dhiya rendah ke bawah. X sampai paras bole cium. Tp amani tido je. Suka dia. tapi lupa nak ambil gambar.


3rd time- gi pasarmalam. Ok lah sikit. Cume tak kemas lagi. Tapi. Amani memang tido bila dok dalam ni. Melekap jekan..baby mmg suka. Dpt dengar degup jantung ummi. Best woo...


masa gi pasar malam
4th time - kat muar masa jenjalan balik dari wedding kawan encik suami. masa ni hancus xkemas. tapi as long as M position. jalan jela. kikiki

at wetex parade
5th time -gi Mydin shopping keperluan dapur. alhamdulillah. makin mahir pakai RS ni. Amani pun elok dok dalam tu siap burp dan gumoh(muntah susu) kat tudung ummi..hihihi

masa ni baru siap pakai

ok lah. tu je sharing untuk kalini daripada beginner babywearing ni,,hihihi

love,
ummi dhiya


19 March 2015

Amani Reject Botol Susu

Assalamualaikum

Biasalah.. Ada anak cabaran macam macam kan? Yang ada, susu kurang nak bf anak, ayu Alhamdulillah. Susu ummi untuk amani mencukupi buat si anak..mudah mudahan cukup sampai amani 2 tahun. Stok pun da separuh freezer atas tu. Even pam sehari 1-2x je. Hihi. Tapi cabarannya bab nak feeding susu guna botol. 

Jom semak botol dan teat yang amani pernah guna sejak dari usia 2 minggu.

*rumble tuff - ayu mula dgn RT sbb ayu pakai pump RT. Dapat free kan.. Jadi bagi RT lah. Flow susu agak laju, kurang sesuai utk bf baby kan.lagipun teat dia keras.

*OKBB - okbb ayu beli wide neck sbb supercomel bentuknya. Pun flow agak laju even teat pun lembut gak. Amani tak mo.

*NUK teat kuning- masa guna NUK amani usia 20hari+. Mulanya ok. Elok menyusu habis 2.5oz. Beberapa kali elok je sampai cukup sebulan. Tetiba dah lepas 40 hari amani reject pula. Tolak guna lidah. Ayu try lg lepas 2month amani still say nooo ummii..

*Pegion teat kuning sz S. Pun... Reject.

*Tommee Tippee - pun reject. Comel kot botol. Tp puting cam keras sikit kot. Tu amani jerit jerit nangis. Makcik babysitter try feed guna TT pun amani reject.

*Pegion Peristaltic Plus - kalau tengok review memang berkesan. Dan harini ayu masih training guna Pegion ni. Teat lembut. Tapi amani masih reject. Dia gigit je. Xmo sedut. Hmmm...
Semalam hantar BS 5 jam. Test tengok macam ne amani..nak susu x dengan orang lain.. Pooonnnn.. Tak nak. Amani nangis gak even bukan ummi yg ajar...sabar jela kan..

Ummi training keras sikit harini ke amani. Nangis pun letak gak teat kt mulut. Tapi amani makin kuat nangis sampai ummi nangis sekali. Huuu.. Sedih tengok anak..

*MAM-Dan ayu memalam buta ajak hubby cari botol MAM since ramai yg suggest. Dah jumpa dan da 3 hari try bantu amani menyusu guna mam. Stiiilll.. She's dont like alll the bottles.  Amani suka nenen direct ajjeee... Kalau daddy dia training,dah boring baru nangis. Kalau ummi..baru nak start da meraunggg dia. Huuu... :(

Tepek sebiji muka budak tak suka botol ni. Hihi. Baju tu udah sempit. Ummi da simpan masuk peti besi dah.hihi

Mohon doa dari kalian. Seminggu je lg nak keje dah.

Ya Allah, aku mohon padaMu semoga mempermudah urusan kami. Semoga Dhiya Amani kami mahu menyusu melalui botol. 

Nota : hati ummi memang gembira amani suka DF dgn ummi. Tapi hati ummi sayu mengenangkan amani nnti haus kat uma BS tp xmau minum susu selama 6 jam nak tunggu ummi lunch kan awak . macamnaa ni sayangggg.... Huhu

entry terbaru : Amani Menyusu Guna Sudu

11 March 2015

DIY : bandana bib

Assalamualaikum
Maaflah. Banyak entry tertunda. Internet pun tak de kat umah. Just online pakai phone. Komputer tak dihidupkan. Sunyi sepi komputer tu.hehe

Ok lah. Apa tu bandana bib?

Itu ialah bib segitiga. Ala ala retro gitu. Asalnya saje je buatkan amani sehelai dua. Up kat insta.. Tetiba ada yang nak beli. Jadi ayu jahitkan lah mana yang boleh. Kain english cotton pun tak banyak dah tinggal. Setakat ni cume ambil order kira kira 20 helai je.
Dulu up bib biasa tak pulak orang nak beli. Rupenya orang nak bib cenggini. Hihi..

Oh ye. Senang je sebenarnya nk buat bib segitiga ni. Pola segitiga dan tengahnya kasi lekuk bagi senang ikut bentuk leher. Boleh download pattern. Omputeh ramai bagi free pattern. Ayu try n error pattern omputeh tapi besar. Lastly pattern reka sendiri akhirnya diguna pakai.

Ayu nak up tutorial. Tp lum menyempat lg  maklumlah  anak kecik kan. Jahit time dia nyenyak betul2 atau time daddy dia ada rumah je. Sementara ayu lum start keje ni. Hehe.

Bib ni korang boleh diy guna kain tshirt yang dah pakai. Asalkan bersih lagi masih boleh reuse. :)
selamat mencuba.

#gogreen

02 March 2015

amani ikut rupa siapa?

Assalamualaikum

Alkisahnya bila ada anak kecik mesti orang nak tafsir muka anak kite ikut rupa siapa.. Ayahnda atau bondanya..

Hehe..

Dan dhiya amani ni majoriti kata rupa daddy dia. Gi kenduri jumpa sedara pun kata ikut daddy. Especially gambar ni. Orang komen kata rupa daddy dia.

Dan gambar ni pulak orang komen cakap amani ikut rupa ummi dia. Hehe


Tak kisah la rupa ummi ke daddy.. Nama pun anak ummi dan daddy. Ofcos lah mesti ada genetik dua dua kan. Hihi. Tapi personally ayu rasa amani banyak ikut belah genetik daddy dia. 

Harini amani dah 58 hari. :)

Love,
Ummu Dhiya Amani