Nuffnang

11 March 2015

DIY : bandana bib

Assalamualaikum
Maaflah. Banyak entry tertunda. Internet pun tak de kat umah. Just online pakai phone. Komputer tak dihidupkan. Sunyi sepi komputer tu.hehe

Ok lah. Apa tu bandana bib?

Itu ialah bib segitiga. Ala ala retro gitu. Asalnya saje je buatkan amani sehelai dua. Up kat insta.. Tetiba ada yang nak beli. Jadi ayu jahitkan lah mana yang boleh. Kain english cotton pun tak banyak dah tinggal. Setakat ni cume ambil order kira kira 20 helai je.
Dulu up bib biasa tak pulak orang nak beli. Rupenya orang nak bib cenggini. Hihi..

Oh ye. Senang je sebenarnya nk buat bib segitiga ni. Pola segitiga dan tengahnya kasi lekuk bagi senang ikut bentuk leher. Boleh download pattern. Omputeh ramai bagi free pattern. Ayu try n error pattern omputeh tapi besar. Lastly pattern reka sendiri akhirnya diguna pakai.

Ayu nak up tutorial. Tp lum menyempat lg  maklumlah  anak kecik kan. Jahit time dia nyenyak betul2 atau time daddy dia ada rumah je. Sementara ayu lum start keje ni. Hehe.

Bib ni korang boleh diy guna kain tshirt yang dah pakai. Asalkan bersih lagi masih boleh reuse. :)
selamat mencuba.

#gogreen

2 comments: