Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

15 May 2017

DIY : Jahit Batu Seremban

Assalamualaikum

hehehe..
sape kenal ayu dari awal, ofcos tahu DIY is apart of my life
ayu vs diy tidak dapat dipisahkan..

alkisahnya seorang sahabat minta jahitkan 10 set batu seremban.

kiranya ni projek saja saja la. tapi azab juga nak siapkan. maklumlah, ada bidadari solehah tolong sama.. haha

so far baru siap 2 set untuk amani. dan 3 set untuk kawan yang mintak jahitkan.

ni first set try je ni. jadi mainan amani sekarang :-)

korang pun mesti boleh jahit.. simple sangat..
nanti jangan lupa google kaedahnya..


10 September 2015

DIY : Baby Activity Book

assalamualaikum

 menaip entry ini dikala jam 12.30 malam. Amani dan daddynya dah tido pon. Ummi gigih nak jahit cloth book @ quiet book yang ada simple activity untuk amani. Masa ni je mampu jahit. sebab kalau amani celik, ayu fokus kat dia. kesian kalau nak tinggal tinggal dan kita bz jahit lak. Dah la time keje 7 am- 4 pm dah kita tinggal dia.

Dalam baby activity book yang ayu buat laju laju tanpa template ni, memang banyak kekurangannya, sebab yela..ummi dia tak pernah buat ni lagi. ni pun after study sikit sikit baru buat.

umur macam amani 8 BULAN sesuai untuk latih motor skills dan sensory skills dia. Yang mudah mudah je. Macam bentuk, warna, benda keras, benda lembut, bunyi bunyi plastik dan lain lain ikut kesesuaian umur lah ya.
A photo posted by Ayu Zan Gallery (@ayuzan) on

jom tengok satu satu..

no.1 - Bunga

bunga ni kelopak tak jahit, supaya amani boleh kopek kopek kelopak dia. Baby memang suka kutil kutil benda kan. Sebab ayu perasan amani suka betul kopek kopek tikar.hehe

no.2 - Matahari

simbolik matahari memancarkan cahaya. Yang reben kuning tu, biasa orang panggil taggies, sesuai untuk baby sebab nanti dia suka nak masukkan jari comel dia dan belit belit lepastu usaha lepaskan jari. Nampak simple, tapi baby tahu je nak main nanti.hehe

no.3 - Bentuk dan Isinya

dalam tiap bentuk ayu bubuh berbeza isinya. Segitiga - isi manik, segiempat - isi mcm bantal dan bulat ayu isikan plastik. Terjuntai juntai tu baby suka la..hehe

no.4 - Rerama

dalam rerama ayu buh plastik. nanti dia picit, bunyi bunyi amani suka.

no.5 - Awan dan manik

ni simbolik hujan xjadi. hahaha. manik manik dan tali. Semua ni ransang minda anak untuk gerakkan manik kat tali tu.

no.6 - Pelangi dan warna

reben taggies tu untuk belit belit, macam ayu cerita kat no.2 tadi, dan warna warna untuk ransang penglihatannya..

mudah mudahan usaha kecil ummi ni bawa keberkatan.

doakan saya ya.


03 April 2015

Guestbook Simple Untuk Sahabat

assalamualaikum

harini rakan sekerja saya nikah. last minit boleh pulak beliau request untuk sebuah guestbook buat majlis beliau. ayu nak gi beli bahan bahan nak buat memang tak dapatlah. Yelah, lunch time lunchkan (BF) dhiya amani, kul 4 balik kerja terus amik amani kat rumah pengasuh.

so, ayu suh kawan ayu ni beli sketchbook, pen warna warni, gam uhu dan frame.

selebihnya ayu deko ikut stok material yang ayu ada. Senang je pun. Balut buku pakai kain english cotton, lekat lekat reben warna senada, hias sikit renda, buh nama...siap..

simple dimple ok. hihi.. tapi alhamdulillah kawan tu suka... hihi. dah dia request sehari sebelum dia cuti kawin, ini jelah dapat ayu buat...sambil sambil bz kelek si kecil kesayangan. curi curi masa lah deko guestbook ni.

dulu pernah buatkan guestbook kawan gak kat entry ni. so, ayu guna balik je design tu atas kesuntukan masa..



ok lah.. sekian dulu entry kali ni..

semoga mahligai perkahwinan Nadia dan Khairul kekal bahagia sampai syurga... aamiinn

11 March 2015

DIY : bandana bib

Assalamualaikum
Maaflah. Banyak entry tertunda. Internet pun tak de kat umah. Just online pakai phone. Komputer tak dihidupkan. Sunyi sepi komputer tu.hehe

Ok lah. Apa tu bandana bib?

Itu ialah bib segitiga. Ala ala retro gitu. Asalnya saje je buatkan amani sehelai dua. Up kat insta.. Tetiba ada yang nak beli. Jadi ayu jahitkan lah mana yang boleh. Kain english cotton pun tak banyak dah tinggal. Setakat ni cume ambil order kira kira 20 helai je.
Dulu up bib biasa tak pulak orang nak beli. Rupenya orang nak bib cenggini. Hihi..

Oh ye. Senang je sebenarnya nk buat bib segitiga ni. Pola segitiga dan tengahnya kasi lekuk bagi senang ikut bentuk leher. Boleh download pattern. Omputeh ramai bagi free pattern. Ayu try n error pattern omputeh tapi besar. Lastly pattern reka sendiri akhirnya diguna pakai.

Ayu nak up tutorial. Tp lum menyempat lg  maklumlah  anak kecik kan. Jahit time dia nyenyak betul2 atau time daddy dia ada rumah je. Sementara ayu lum start keje ni. Hehe.

Bib ni korang boleh diy guna kain tshirt yang dah pakai. Asalkan bersih lagi masih boleh reuse. :)
selamat mencuba.

#gogreen

02 January 2015

DIY : Baby Booties

Assalamualaikum

Terajin pulak harini test jahit baby booties. Hihi
Amboi.. Punggah balik kain kain segala yang kenkonon dah simpan tu..hihi

Simple je. Lum hias hias reben. Kalau rajin..ummi hias la ye baby.hihi

Ayu print free pattern dari blog omputeh. Ni size untuk baby 0-3 bulan.


Lepas je siap jahit kasut comel dua pasang. Baby comel pun tendang tendang perut ummi sungguh-sungguh. Eh baby mcm xsabar je nak pakai booties comel ni. Hihi..



DIY : Nursing Pillow Cover

Assalamualaikum

Ihihihi.. Dah hujung hujung kehamilan masih sempat update DIY projek kan.

Apekan daya..baby gurau gurau je haritu. Seharian kontraksi tapi tak konsisten. Tup tup semalam 1 hb januari mak baby sihat walafiat. Hihi..

Tapi harini nampak macam dah nak start balik memulas tak sudah dan kontraksi yang tak konsisten tu.. Tak pelahm baby masih syok dlm tummy ummi lagi. Tapi jangan syiok sampai overdue ye sayang..

Oklah. Haritu ayu ada share buat nursing pillow utk kemudahan bila menyusu baby comel ayu kan...ni ayubbuay sarung extra supaya kalau kotor boleh ler tukar tukar. Yang ni daddy baby yang pilih corak. Ummi jahit je. Hehe.. Ayu add tali untuk adjustment kat hujung dia. Dan kalau letak kat pinggang masa nyusu nnti pun lebih selesa dan tak beralih.. :)

Hari hari daddy baby dah buat tido dah bantal bulan ni. 

19 December 2014

DIY : Nursing Pillow

Assalamualaikum

Awal mengandung dulu ada ayu share ayu cuba buat nursing pillow/maternity pillow. Dan, dah dekat due ni, ayu modify sikit bantal tu. Kasi kembung sikit. Dan sesuai la untuk nyusukan baby comel nanti.hehe

Pastu.. Ayu tukar batang bantal baru. Dan masih tak puas hati, ayu buat sarung sekali. Nanti kotor, bole basuh sarung je. Hehe.

Nanti nak tambah tali kat bahagian bawah hujung bantal tu supaya masa bantal ni dol kat riba kita...bole adjust ikut tahap kelebaran pinggang kita agar lebih selesa...



Baby besar sikit nanti boleh buat support baby baring juga. Hehe


Ni last kot diy baby stuff. Hihi. Hopefully betul la last. Tak tersimpan simpan barang menjahit ni. Hoho


18 December 2014

DIY Simple Nursing Cover

Assalamualaikum.

Eh. Kata da nak start cuti menjahit. Hihi. Tapi tadi dok syiok lipat lipat kain menjahit, dok terfikir..nk buat 1 simple nursing cover lah. Ayu tak la cadang nak NIP(nursing in public) tapi kalau tetiba keadaan mendesak, rasanya nursing cover ni membantu agar tidak mendedahkan bahagian aurat kita ketika menyusukan baby tersayang.

Berbaki 2+ minggu lagi nak sampai due date, sempat lagi ayu dok menjahit. Bukan apa.. Baik penat sekarang. Nanti masa pantang idok boleh memegang mesin lagi. Hehe..

Nursing covee ni ayu buat ikut apa yang ada jela ya. Kain pun cotton poly nipis je. Beli kat nagoya dulu. Korek korek balik corak ni jela yg agak besar dan sesuai untuk jadikan nursing cover. Sebab lain lain corak macam striking sangat. Takut baby tak selesa plus mak baby pun nnti segan segan nak pakai masa NiP.hihi


Ni pandangan dalam dan luar. Actually dia reversible. Dua dua side bole guna.


Kat hujung kiri kanan NC ni ayu letak kain flannel yang insya allah menyerap sebagai sapu tangan kalau-kalau perlu utk lap mulut baby. Hehe. Ayu ambil dari blog omputeh. Dia wat gitu.

Bahagian atas macam apron tu ikut yg ayu baca kena bagi dia keras dan lengkung agar dapat tengok baby dari atas dan pengudaraan juga baik. Biasa dorang guna benda keras nama dia "boning" utk bentuk lengkung tu. Tapi ayu xde, jadi. Pakai jela apa yg bole asal keras. Hehe.

Pastu. Utk tali.. Biasanya pakai D ring supaya mudah adjust panjang. Tapi ayu xde jugak dan malas nak g beli. Ayu gunakan 2 pcs ring (keychain) dan hasilnya tetap macam D ring gak. Cume kurang kemas. 

Apepun.. Kira oklah nursing cover hasil buat laju laju ni. Hehe. Nanti pas deliver ayu dan baby rasmikan ya. 

Sekarang nak prewash nursing cover ni. Nanti nak guna senang. :)

Go Green Giveaway By Ayu Zan

Tamat. Keputusan akan saya umum secepatnya
Assalamualaikum

Demi menyokong kempen go green dan meluaskan lagi penggunaan barang selamat terutamanya dalam penjagaan diri sebagai wanita yang tiap bulan guna disposable pad@liner yang sangat terdedah dengan bahaya bahan kimia dan pelbagai bahan tak elok dalamnya, ayu terasa nak buat simple giveaway untuk rakan rakan blogger tersayang..

Syarat penyertaan :

1- Sediakan entry berkaitan giveaway ini dan sertakan gambar yang di backlink ke entry ini.

2- Dalam entry anda, nyatakan sebab anda menyokong kempen go green dan apakah rasionalnya penggunaan cloth pad @ pantyliner boleh basuh.

3- Dah siap, sila copy link entry dan submit kat komen entry giveaway ini ya.

Hadiah :

1 set Cloth Pantyliner yang terdiri daripada 2 pcs cloth pantyliner dan 1 pc wet bag. Yang ayu DIY sendiri. Gambar tu contoh yang ayu pernah DIY.

*akan tambah hadiah ikut keperluan. (Terutama jika penyertaan ramai).

Penentuan pemenang :

Ayu akan guna cabutan bertuah secara manual. Mungkin suh suami kot cabut.
Bukan pada semua penyertaan, tapi pada penyertaan yang disenarai pendek yang telah mengikuti syarat penyertaan..terutamanya komen dan sebab sokong hijaukan bumi dan cloth pad tu.

Selamat bergiveaway.. :)

Nota kaki : due bersalin ayu 9/1/15... Doakan ayu dimudahkan urusan ye kekawan...

13 December 2014

DIY : Wetbag for clothpad@cloth pantyliner

Assalamualaikum

Eh eh. Citer clothpantyliner lagi. Haha
Maap jika kalian bosan. Hihi



Dah pandai jahit CP liner jadi, kena lah ada beg yang sesuai untuk simpan CP liner yang dah used. Lelagi kite kerja kan. Agak-agak masa nak zohor tu biasa ayu akan tukar CP liner,jadi CP liner yang dah guna tu haruslah simpan masuk beg. Jadi, kaedah paling kemas,selamat dan bersih sebelum masuk beg, masukkan dalam wet bag ni. Kalau korang xde wet bag don worry..pakai plastik or any bag pun xpe. Kata go green..jadi jgn susahkan diri ya...

Oh ye.. Namanya wet bag kan. Tentu sesuai masukkan even basah kan?

Yup. Kalau clothpad yang dah guna, elok basuh buang darah dan perah elok-elok jangan kasi air menitis nitis kemudian baru masukkan dalam wetbag. Kenapa ayu prefer basuh dulu? Ala..u olls basuh lebih kurang je. Balik rumah baru rendam or basuh bebersih ya. At least, tidaklah darah tu kering begitu sahaja.. Dan lagi payah nak hilang..hihi.

Material?

Oh luar dia ayu guna english cotton lebih buat sarung tilam baby haritu. Hehe.

Inner pula ayu guna waterproof layer. Actually..... Ayu google dan jumpa sumber mengatakan waterproof layer boleh recycle guna kain payung. Kebetulan ayu ada 1 payung da bocor sbb kucing cakar.. And i used it for my first wetbag. :) jimat kn? Hihi..ayu guna untuk buat clothpad gak. Nanti free ayu share ya..

Oh ya.. Ayu da beli dah set plier snap button. Hihi..

Hihi. Sekian sharing untuk diy projek kali ni...

Jom sokong go green... ! :)

11 December 2014

DIY : Nursing/Breast Pad

Assalamualaikum

Diy mood again.. :)

Jumaat pagi ni isi masa dengan jahit nursing pad. Washable ya.. Actually ayu dah beli 2 pasang washable nursing pad tollyjoy dan disposable nursing pad tollyjoy gak.

Tapi bila google blog omputeh.. Diorang punya semangat go green tu berjangkit kat ayu. Hihi.

Macam2 version.hehe
Ayu try la yg pink plain tu. Tapi xlawa.nipis lak tu even 3 lapis flannel. Agaknya sebab kualiti flannel yang nipis kot.. Pastu berbunga2 tepi dia. Haha..

Second try dan 3rd try purple & pink tu. Kita guna 3 helai gak. Tapi yang luar nya ayu pakai printed flannel. Comel sikit.

:) tebal lah sikit yang ke 4&5 (bawah), tapi still lum tebal. Yang ni ayu susun 4 layer flannel.. Kena letak 1 layer lg towel @ microfiber kot..

Kalau korang nak guna kain tshirt pun ok juga. Asalkan serap air. :) bole guna tshirt yg dah tak pakai.

Oh ye.. Tepi dia tu ayu jahit zig zag jer.. Hihi. Ayu xde mesin jahit tepi. Hihi.. Btw.. Ayu enjoy gila jahit benda ni. Even idoklah menjadi sangat.haha

Ayu refer tutorial nursing pad di sini.

08 December 2014

best ke guna cloth pantyliners?

Assalamualaikum.



Susulan entry sebelum ni.. Ayu ada share yang ayu jahit cloths liner untuk kegunaan sendiri.

Ayu share dengan kekawan terdekat akibat terlalu eksaited. Hihi. Nak tau apa feedback?

Ada kawan yang suh ayu jual CP ni since diorang pun sebenarnya memang nak sama-sama sokong go green kempen ni. :) tapi ayu nak masuk 36 weeks dah. Rasanya kena cuti dulu bab nak jahit untuk tempahan ni. Hehe. Insya allah nanti da sihat, ayu jahitkan kekawan yang request utk CP ni.

Best tak pakai pantyliner kain ni ayu?

Serius best! Sebab ayu guna flannel. Flannel tu juga biasa orang buat bedung baby, baby bibs, barut baby... So, kain tu sangat soft to skin. Bila kena kat kulit kita..xde la rasa merenyam or gatal. Nak basuh pun xsusah. Gonyoh sikit pakai sabun mandi masa lepas mandi. Senang kan. Hihi.. Lagi 1….. Ayu syiok tengok pantyliner kain ni comel comel sangat. Memang geram. Dah tu.. Boleh lipat dan snap button tu, jadi kemas masa nak simpan.

Cadang nak jahit cloth pads pulak pasni..

Yep. Cadang ayu nak jahit cloth pads plk lepas ni. Nanti da mula period semula..boleh la pakai pad kain pulak. Insya allah bebas bahan kimia dan sampah sarap berbahaya yang kite sedia maklum terdapat dalam disposable pads kan.

Nota : sekarang dah ada 10 own collection cloth liner utk guna sendiri. Gigih menjahit. Hihi. Seronok..skrg tengah upgrade kualiti jahitan untuk bentuk curve tu.

 Cume kena beli plastic snap button yg comel tu untuk kemasan berganda.hehe


07 December 2014

DIY Cloth Pantyliner

Assalamualaikum

Dah lama nak test jahit cloth pads. Tapi ayu start dengan jahit cloth pantyliner dulu lah ya.. Sebab kecik.. Banyak extra kain flannel masa jahit barut tempahan yang mencukupi sangat untuk jahit pantyliner kain ni.

GO GREEN & BEBAS BAHAN KIMIA

ni lah matlamat utamanya. Lagi lagi masa pregnant ni, tak selesa tanpa liner ni. Even dah hujung hujung trimester pun, better late than never kan. Kite tukar dari disposable kepada pantyliner boleh basuh ni. Tau je la kan.. Sanitary pad pakai buang tu memang dah jelas kite dengar ada terkandung pelbagai chemical berbahaya yang menjadi pembunuh senyap.

Cloth pantyliner ayu ni jenis nipis je. Sesuai untuk pakai harian..untuk jaga kebersihan dan keselesaan ketika dilanda candida (keputihan)

Ayu guna flannel secara keseluruhan. Yang liner tengah tu lapik 3-4 helai flannel. Seronok wehh jahit ni.hehe.. Butang snap yg molek tu lum ada, ayu pakai butang ketap jelaaa..hihi.. Xpela.. Guna sendiri jekan.. Ok ler tu.hehe


Nanti nak jahit cloth pads pulak lah. 

Nota : ayu rujuk sini untuk tutorial dan free pattern.

DIY Sarung Bantal Simple

Assalamualaikum

Banyak bantal kat rumah ni. Tapi sarung tak berapa nak banyak. Bila nak basuh.. Ada la bantal tak 'berbaju' sementara tunggu sarung kering. 

Oleh sebab sepanjang pregnant ni ayu asyik dok beli kain pelbagai corak je. Ayu pun google step buat sarung bantal. Dan.. Jahit. 

Ni ayu jahit masa pregnant 6 bulan+ haritu. Cume lupa je nak tepek dalam belog yang makin sepi sepi ni.hehe..

Tutorial ikut sini

Jahit pun tak ikut tuto sangat. Kira ikut sedap rasa je.. Mix match kain yg ada. Dan ikut kebesaran dan kecomelan bantal juga.

Dapat la juga 7 helai sarung bantal. Cadang nak tambah..tapi..nantilah..lepas bersalin.hehe 






06 December 2014

DIY Baby Stuff : Set sarung bantal tilam baby

Assalamualaikum.

Ayu beli set tilam bantal brand fiffy kat expo baby haritu. Jadi, ayu pun preparelah 1 set sarung buat tukar tukar.


Material yang plain tu flannel. Yang corak aeroplane tu 100% cotton. Dan yang jalur-jalur tu cotton polyester. Matlamat nak guna 100% cotton. Tapi kain comel tu tak cukup.. Maka jadilah begini hasilnya.. 

Ok lah kot. Hihi

Nak share sumber tutorial tak de lah pulak. Sebab sarung tilam ayu buat versi macam sarung bantal gak. Tp jenis besar. Tanpa zip pun. Yang bantal golek tu pun pakai agak-agak tiru ukuran sarung bantal fiffy tu.

Nasib baik muat. Hihi.. Almaklumlah..first try.. Tapi lawa pulak tengok kaler oren ni.. Hihi.. Tetiba suka oren.hihi..

08 November 2014

DIY baby stuff : Diaper case

Assalamualaikum

Bertemu di entry diy baby stuff. Hehe.
Kalini ayu try buat diaper case/clutch.
Dalam case ni kalau diaper L/xl bole masuk 2 pcs. Kalau diaper kecil boleh masuk lebih. Boleh gak sumbat wet wipes.. Or anything yg sesuai.

Cara buat dia aplikasi dr cara buat tote bag biasa. Cume saiz tu. Kena pandai agak. Mungkin next time nak buat bigger size boleh masuk 5-6 diaper kot. Hihi

Tapi kalau size yg ayu buat sekarang ni ok lah untuk travel kejap kejap. Contoh gi jenjalan mall or mane-mane kan.

:)
diy diaper clutch

24 October 2014

DIY Baby Stuff : Bedung Flannel

Assalamualaikum

Masa nak nikah dulu bz diy untuk nikah. Diy veil,pelamin,hantaran,bantal dan lain-lain.

Sekarang nak dapat baby.. Kite diy untuk barang baby pulak ya.hehe.

Benda 1st yang ayu diy untuk baby tercinta... Ayu jahit bedung baby. Beli kain flannel 1m, setting bagi jadi segi empat sama, dan jahit lah kelim. Memula 6 helai ayu hantar pi jahit tepi gak. tapi lepas tu 3 helai lagi ayu jahig kelim je. Lebih jimat. :)

Ada orang bedung pakai kain lampin je. Tapi mak ayu cakap. Lampin kecil sangat. Dia suh beli cotton putih buat bedung 1m, tapi anak dia ni nak colourful, makan jadilah begini. Hehe.

Bedung flannel ni sejuk kainnya. Katanya kat hospital pun pakai material flannel untuk bedung baby. 

Kalau beli online kebanyakan jual rm15.  Tapi ni mak baby jahit sendiri, jadi modal benang dan kain jelah. Dan modal kerajinan juga perlu ada even nak jahit kelim je pun. 

Pemilihan corak dan warna sebelum scan gender lagi tu. Masa tu 5 bulan pregnant ayu beli kain tu. 

Yang bedung corak bunga biru tu ada extra lagi 2 helai sbb beli masa seller nak clear stock flannel. Kot ada yang nak, bole inform ayu ya.

Kita nantikan entry seterusnya berkaitan diy baby stuff.hehe

05 September 2014

DIY Toaster cover

Assalamualaikum.

Hehe. Tibe kite di sesi sharing DiY yang super simple. Alaa...time rajin, memang ada je benda menjadi. Cube malas.. Ape pun tak de.hehe

diy toaster cover
transformasi Toaster cover saya. :)


Selalu kalau toaster haruslah kite tutup atas dia kan. Before ni, ayu tutup pakai tuala good morning je. Tp sebab nengok macam x cun. Ayu tekan mesin jap. Maka terhasillah toaster cover tu.

Okla kan? Cun gak. Tapi korang jgn lah wat putih. Cepat kotor. Ayu buat putih sebab kain tu banyak..dan jenis tebal.. So tu yang guna juga untuk manfaatkan.

Mungkin boleh inspired korang. Tapi maaf tiada tutorial disertakan sebab ayu tak fikir nak snap snap masa jahit tadi. Tapi korang google toaster cover.. Ayu rasa ada blogger share..kalau takde, bagitau ya. Nanti ayu ada masa, ayu cube usaha buatkan tutonya..

dengan cara yang sama, cume perbesarkan ukurannya, ayu buat juga cover mesin jahit ayu...

sewing machine cover
sewing machine cover

 

28 August 2014

Tutorial DIY Hanging Dish Towel

Assalamualaikum

Lama dah tak share DIY project simple dimple ayu kan. hihi
Harini rajin sikit snap gambar masa buat tadi, so boleh lah sharing dengan u olls..

Bahan-bahannya :
Tuala Kecil
Kain Cotton
Velcro tape/Butang Ketap
Hiasan - Button/Bunga

1- Mula-mula sediakan towel yang korang nak guna. Ayu pakai towel jenis panjang tu, tapi besar sikit jenis ni, ayu kerat dua. boleh buat 2 Hanging Towel lah. hehehe

diy tuala lap tangan

2-Seterusnya, lukis kat kertas template/pattern yang korang nak guna.boleh rujuk blog omputih ni. sini , sini dan sini. Ayu guna pattern sesuka hati. hehe. Kemudian tekap kat kain yang korang nak gunakan.


3- Dah tekap tu, lipat dua kain tu, dan jahit. tak yah potong ngam-ngam dulu, karang payah nak comelkan kalau terjahit senget.


4- lepas tu baru gunting kelilingnya dan tinggalkan sikit basi.


5- Terbalikkan kain yang dah jahit tadi dan iron bagi kemas. Bahagian bawahnya ayu lipat masuk ke dalam dan iron juga bagi mudahkan urusan nak menjahit nanti.


6- Settingkan tuala ke dalam kain tadi dan pinkan supaya tak lari.


7- Jahit sambung tuala dan kain serta ayu jahitkan keliling kain atasnya tu untuk kekemasan. (even ayu jahit tak kemas pon. hihi. Kemudian boleh letak velcro tape(yang zap zap lekat-lekat tu) atau guna kan butang ketap. nak jahit lagi baik. ayu gam tembak. hihi


8- Hias dengan bunga/button atau apa saja ikut kreativiti korang. bunga tu diy je. ayu ada share diy bunga yoyo (klik sini) di entri lepas.


9- Siap!! Boleh gantung dah.hehehe.. lagi sebelah baki tuala ayu nak buat spesis lain pulak nanti. kalau free, ayu share ya..

diy tuala dapur
hanging dish towel







05 August 2014

DIY mood bercambah kembali

Assalamualaikum
Ingat dulu-dulu sebelum kawin busy dengan projek bisnes DIY felt craft.

Bila nak kawin, busy dengan DIY untuk kawin contoh bantal nikah, pelamin nikah, veil nikah, goodies bag, kad kahwin, guest book dan lain-lain.

Start pregnant dan episod morning sickness bermula masa week 6 hingga week 16. Dan sekarang week 18 alhamdulillah dah segar bugar dan kembali boleh makan. Tidak lagi muntah macam haritu.

Bila dah sihat ni, terus mood nak diy berlegar di minda. Dah beberapa hari ayu dok mengidam dengan pregnancy pillow u shape. Harga... Mak aii.. 200++ la kan. Mula-mula encik hubby dah kata boleh belikan.. Tapi ayu dok kira-kira macam bole cut cost tu sebab ayu ada mesin jahit. Fibre/kekabu pun dijual berdekatan rumah. Nagoya pun dekat nak beli kain cotton. Dan tak de kos pos yang puluh ringgit tu.
So ayu offer lah untuk jahit sendiri bantal idaman ayu. Hehe..

Yang ayu tahu, baca dan dengar orang cakap, bagus tido mengiring ke kiri masa hamil. Tapi tu la.. Kadang sendal bantal kat belakang asik dok berjalan je bantal tu. Tu yang terus mengidam nak pregnancy pillow. Bantal kepala, bantal sendal belakang, bantal peluk semua cantum. Hehe.. Support badan kite dengan baik.

Cadangnya nak jahit sendiri lah. Tapi belum tahu jadi ke tidak. Hihi. Apepun, nanti ayu share ya.

Gini la contohnya.. Huhu..heavennya tido. Hihi. Bukan untuk pregnant je tau. Kalau back pain pun bagus pakai.