Showing posts with label guest book. Show all posts
Showing posts with label guest book. Show all posts

03 April 2015

Guestbook Simple Untuk Sahabat

assalamualaikum

harini rakan sekerja saya nikah. last minit boleh pulak beliau request untuk sebuah guestbook buat majlis beliau. ayu nak gi beli bahan bahan nak buat memang tak dapatlah. Yelah, lunch time lunchkan (BF) dhiya amani, kul 4 balik kerja terus amik amani kat rumah pengasuh.

so, ayu suh kawan ayu ni beli sketchbook, pen warna warni, gam uhu dan frame.

selebihnya ayu deko ikut stok material yang ayu ada. Senang je pun. Balut buku pakai kain english cotton, lekat lekat reben warna senada, hias sikit renda, buh nama...siap..

simple dimple ok. hihi.. tapi alhamdulillah kawan tu suka... hihi. dah dia request sehari sebelum dia cuti kawin, ini jelah dapat ayu buat...sambil sambil bz kelek si kecil kesayangan. curi curi masa lah deko guestbook ni.

dulu pernah buatkan guestbook kawan gak kat entry ni. so, ayu guna balik je design tu atas kesuntukan masa..



ok lah.. sekian dulu entry kali ni..

semoga mahligai perkahwinan Nadia dan Khairul kekal bahagia sampai syurga... aamiinn

09 January 2014

Guest Book Corner Yang Simple

Assalamualaikum

haritu ayu ada share tutorial DIY guest book disini.

harini ayu nak share ape yang ayu letak kat atas meja guestbook tu.


TADAAaaa.. tu dia. simple je kan. hihi

guest book murah
my GB

cume kat gelas kaca tu ayu ada tambah ribbon. tapi tak snap pula sebab last minit. hihi.. in sha allah GB ni ayu akan upgrade untuk di bawa ke majlis walimah ayu nanti. Just sambung je sebab mukasurat kosong masih ada.

dan atas beberapa pertanyaan dan mendengar keluhan rakan-rakan yang dok survey Guestbook ni mahal sangat nak beli, ayu rasa, ayu nak ambil tempahan untuk buat Guest book corner ni. Tapi pakej yang ayu tawarkan memang yang murah-murah je la. sebab kalau dok google, semua pakej GB corner ni mahal belaka. Ada yang GB tu je dah RM 130++. uih, mahai! sayang duit. 

Kot kot ada yang nak tempah Guestbook versi jimat macam ni, Just email ayu ya : ayuzan@hotmail.com 


jangan risau, harga ayu letak murah je. Takde ratus ratus. cume RM 60 untuk item dibawah.

ayu tawarkan 3 item di Guestbook corner :
  • Guestbook - ada nama (dalam kertas tebal 40 pages)
  • Pen - love - siap balut dengan reben (4 pcs)
  • frame - siap hiasan. ada ucapan/nama yang di raikan (cth : wedding, akikah atau apa-apa)
sms : 0103787836 untuk tempahan. 

16 December 2013

Guest Book DIY

Assalamualaikum

Mula-mula ingat nak buat guest book ni masa walimah ayu nanti. Sebab end of disember ni hanya kenduri nikah kecil-kecilan. Tapi fikir balik, buat jelah simple guest book. Bole gak orang-orang yang datang tu mencoret sepatah dua kata. lagipun, barang nak hias, in sha allah memang ada kat rumah. Dan nanti masa walimah tu guna pakai sambung aje. kan kan?

Guest Book adalah antara salah satu item yang orang suka letakkan di satu sudut ketika majlis tunang,kahwin, kenduri atau birthday party. Matlamat Guest Book adalah untuk memberi peluang pada kawan-kawan dan tetamu untuk menulis ucapan di dalamnya.

Macam-macam gaya orang buat.

ada yang suka bentuk kad-kad dan lepas tulis masuk dalam balang. tapi pada ayu, susah sikit nak menyimpannya.



Ada yang lebih seni, lepas tulis memo tu, masuk dalam envelope yang dah siap dibuat dalam buku besar.



Ada yang lebih unik lagi.Tulis atas blok kayu atau batu. Ni pun nice tapi secara peribadi, ia leceh untuk disimpan.

 


Ada macam macam gaya lagi la.

tapi ayu pulak.. tetap pilih guest book yang tradisional. hehe. Sediakan buku dan pen, kemudian, orang tulis dalam buku tu.

Sebab kelebihannya :
-Mudah guest nak tulis
-Mudah disimpan
-Mudah nak tengok semula
-Mudah nak hias
-jimat kos.


in progress. belum siap.
Cara-cara :

1- beli sketch book. Harga ayu dapat RM10.90 untuk 40 pages. Kertas size A4 dan berkualiti tebal.
2- balut buku dengan kertas/kain mcm balut buku teks masa sekolah. Ayu guna kain cotton hitam. Kain ni memang ada kat rumah.
3- Ambil reben kecil ( 1'') warna gold, gam uhu dan letak atas reben besar organza krim.
4- Lekatkan dengan uhu juga pada buku yang siap di balut tadi.
5- Bentukkan reben. Dan lekat di tempat yang sesuai.
6- Ruang tengah tu, ayu cadangkan lekatkan ejaan nama pengantin contoh : Ayu & Zam menggunakan felt. (jika balut buku guna kertas maka, sesuai guna kertas).
7- hias ikut kesukaan dengan button comel.
8- Sekian.

Done! tu je. Kos nya cume buku jelah yang ayu bermodal sebab yang lain tu memang sedia ada di rumah.


ayu sertakan dengan pen berwarna siap di hias dengan felt love mengikut warna pen.