Showing posts with label ayu zan craft. Show all posts
Showing posts with label ayu zan craft. Show all posts

28 August 2014

Tutorial DIY Hanging Dish Towel

Assalamualaikum

Lama dah tak share DIY project simple dimple ayu kan. hihi
Harini rajin sikit snap gambar masa buat tadi, so boleh lah sharing dengan u olls..

Bahan-bahannya :
Tuala Kecil
Kain Cotton
Velcro tape/Butang Ketap
Hiasan - Button/Bunga

1- Mula-mula sediakan towel yang korang nak guna. Ayu pakai towel jenis panjang tu, tapi besar sikit jenis ni, ayu kerat dua. boleh buat 2 Hanging Towel lah. hehehe

diy tuala lap tangan

2-Seterusnya, lukis kat kertas template/pattern yang korang nak guna.boleh rujuk blog omputih ni. sini , sini dan sini. Ayu guna pattern sesuka hati. hehe. Kemudian tekap kat kain yang korang nak gunakan.


3- Dah tekap tu, lipat dua kain tu, dan jahit. tak yah potong ngam-ngam dulu, karang payah nak comelkan kalau terjahit senget.


4- lepas tu baru gunting kelilingnya dan tinggalkan sikit basi.


5- Terbalikkan kain yang dah jahit tadi dan iron bagi kemas. Bahagian bawahnya ayu lipat masuk ke dalam dan iron juga bagi mudahkan urusan nak menjahit nanti.


6- Settingkan tuala ke dalam kain tadi dan pinkan supaya tak lari.


7- Jahit sambung tuala dan kain serta ayu jahitkan keliling kain atasnya tu untuk kekemasan. (even ayu jahit tak kemas pon. hihi. Kemudian boleh letak velcro tape(yang zap zap lekat-lekat tu) atau guna kan butang ketap. nak jahit lagi baik. ayu gam tembak. hihi


8- Hias dengan bunga/button atau apa saja ikut kreativiti korang. bunga tu diy je. ayu ada share diy bunga yoyo (klik sini) di entri lepas.


9- Siap!! Boleh gantung dah.hehehe.. lagi sebelah baki tuala ayu nak buat spesis lain pulak nanti. kalau free, ayu share ya..

diy tuala dapur
hanging dish towel







20 November 2013

Adam Nufhan Punya Beg

sibuk sikit harini.

Ayu share beg mengaji adam nufhan je ya. :)


order oleh mak dia. :)

12 October 2013

Beg cotton lagi

Kali ni semi bulat. Permintaan kak nani.  Harap beliau suka.

P/s:kursus bersambung esok. Dah settle baru balik kampung. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

07 October 2013

Cute Tote Bag

Assalamualaikum.

dek kerana sedikit kemahiran menjahit yang Allah kurnia pada ayu ada member tempah 2 beg yang sesuai untuk pergi mengaji dan juga 1 untuk telekung. Dalam kesibukan ayu cuba gak siapkan. Setakat ni baru siap 1. dan lagi 2 in progress.. kena settle cepat dan lepas ni kena slow down ambil order atas urusan-urusan yang lebih memerlukan perhatian ayu. :)

beg amni nuha

nota : kun fayakun. doakan urusan ayu lancar. 

16 September 2013

Jahit Juga Cuti-cuti

assalamualaikum.
sorry korang.. da 3 hari ayu tak berblogwalking ke 'rumah-rumah' korang.
maklumlah, berweekend di kampung halaman sempena cuti 3 hari.
:)

balik kampung apa lagi yang menyeronokkan selain dari bersama adik-adik dan mak tersayang. hehe.
dan sempat juga la ayu menjahit kraf-kraf item yang ditempah oleh kawan-kawan sekolah adik ayu. eehehe..
kereta :)

gitar

cendawan dan bunga

bunga bungaan


ni fridge magnet. cupcake.

dan ayu ada buat aiskrim & macam2 la. tapi xtersnap gambar buat kenangan. huhu

okeyla..
jumpa next entry ya... 

nota : slow2 ayu bw ke blog korang yang datang weekend lepas tau.. :)

08 September 2013

Alkisah keychain love

Tu gambar hasil jahit harini.

Lately ayu banyak dpt order love keychain tu. Tapi budak-budak gitulah. Suka request nak letak alphabet sebijik. Tak paham jugak hurup tu simbol apa. Hehe

Kalau budak besar suka letak nama.. Budak kecik suka letak hurup. Hehe

Kids kan..

Coin purse pulak. Saje tu. Gatal tangan nak bermanik-manik. Tu yg jadi mcm si biru tu. Hihi..

Nota : sorry ek. Weekend ni x jengah blog kawan-kawan lg. Esok ayu balas kunjungan ya. :-) happy weekend.

Published with Blogger-droid v2.0.10

04 September 2013

Dress masuk butik

Hasil ketekunan menyiapkan order 7 biji singlet tu malam ni.. Hehe

Nampaknya design dress tanpa lengan yg ayu try jual haritu mendapat sambutan. Nak jual kat budak-budak kena faham jiwa kan. Diorang cakap..tu baju Barbie Princess.. Masa ayu jahit mula-mula tak fikir pun mcm barbie pnya baju. Masa tu ayu dok fikir.. Ada ke org nk beli baju singlet yang bermanik warna warni ala hindustan ni?

Hihi

Published with Blogger-droid v2.0.10

28 August 2013

My Another Blog

assalamualaikum.
entry ni simple je.. just nak sharing dengan teman-teman bloggers kesayangan ayu.
seperti korang sedia maklum, ayu punya hobi ni sewing & crafting.
so, sejak mula berkraf dulu, ayu abadikan gambar-gambar yang ayu buat kat 2 tempat.

2- FB PAGE - Ayu Zan Craft

so, kalau korang nak cuci cuci mata, bole lah jengah ke sana ya... :)

ni pulak FB PAGE utk blog ni. saje je create. kalau sudi, korang dipersilakan la like. kikiki. saje.untuk memeriahkan dunia blogging ayu. :)


Terima Kasih Daun Keladi. :)


25 August 2013

dua pasang dress comel

Ni dia. 2 pasang gaun barbie doll untuk kawan adik ayu. Siap memanik. Hihihi..

Keychain simple macam ni gigirl sekolah rendah suka. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.10

21 August 2013

manis manisan

Kurangkan manis dalam makanan.
Lebihkan manis dalam senyuman. ;-)

Tapi kalau pakai keychain manisan aiskrim dan donut ni banyak banyak xpe. Sebab xda gula langsung. Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

20 August 2013

tolak order

Assalamualaikum.
Entry semalam, saya buat sample keychain utk hotel kan? Sample nya dah siap, dah submit kat org tu.

Setelah dinilai dr segi design dan kekemasan jahitan tulisan,
Kawan tu da setuju nak sub kat ayu

Tapi, ayu yang tolak. Hoho.
Sebab kesukaran nak menjahit nombo sebijik3 melambatkan proses. Kalau ayu full time mungkin ayu amik peluang tu. Tapi ayu jahit malam sahaja. Habis kuat pun dlm 3-4 biji je sehari. So, ayu tak berani amik risiko tu.

Ayu buat keputusan jadi freelance crafter jelah. Ada order buat, xde order buat readymade item untuk dijual. Lebih relax dan menguntungkan kot.

Nota :
Kalau 500 biji ayu nak jahit hari2 benda sama, ayu kurang yakin sebab ayu ni spesies rajin boring. Takut hasilnya makin kurang kualiti. So, lebih baik tarik diri lah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

projek

Assalamualaikum
Ayu ada dapat 1 peluang.
Kira masuk tender ngan kawan ayu lah.
Dia nak kite buat 1 handmade keychain yg kreatif utk sebuah hotel.
After google tentang simbol hotel, ada jugak la simbol yg mudah dibuat.
So, ayu pilih tu. But, ayu risau lah. Mcm xde rupa hotel je. macam rumah pun ada. Hoho
Tu front view dia. Lum final kan.Back view dia nama hotel & no.telefon akan dijahit.
Itu yg memerlukan kekuatan dalaman. Sebab kekemasan adalah keutamaan.

malam nanti da siap jahit ayu tunjuk ya.. :)

Lepas submit sample keychain ni, baru lah kawan ayu pilih siapa yg layak utk dpt tender ni. Korang rasa ok ke design tu?
Ke korang ada idea lg boom?

Ayu just try. Kalau ada rezki, adalah. :)
Dia offer price xtinggi pun..tapi ok la kalau dpt..sbb bole tambah duit tabung utk bayar rotax insuran bulan 11 ni. Hihi

nota jari manis :
ayu ada belajar buat handsocks dari baju-baju lama. harus try ni. hihi. itu next projek ayu lah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

29 July 2013

wishlist : Mesin jahit

Assalamualaikum.

entry kali ni pasal wishlist ayu dulu-dulu 
dan dahpun tercapai..kira-kira bulan 4 yg lalu.

mesin jahit ni simple.
harga pun cun cun lah. *pada ayu dah kira mahal da. uuhuhu*
memilikinya sangat-sangatla gumbira, ala..ibarat kawan-kawan yg dreaming nak ada gadget canggih.
mcm tu juga ayu. tapi dream ayu nak mesin jahit. hahaha

apa sumbangan cik mesin pink ni kat ayu?

em.. biasanya dia akan jadi sumber pendapatan ayu*sikit2lah* untuk ayu buat bantal, tote bag cotton & beberapa craft item yg menggunakannya..

'
ni lah beg first yg terhasil masa cuba-cuba godek mesin jahit ayu ni. sekarang ayu kasi mak buat isi telekung. :)

nota :
still beginner dalam ilmu menjahit. minat ada, tapi xpenah attend class. kui3..

20 July 2013

DIY : Cotton Brooch

assalamualaikum

as my lil sis request,
sy buatkan dia cotton brooch ni utk dia jual kat kawan2 dia.. hehe

ada 2 size. 
kecil RM 1.50 
besar RM 2.00


Love,
Ayu

16 July 2013

DIY : Hias Bekas


Assalamualaikum. tengok atas. hihi. tu bekas yg org jual murah-murah. sy beli kat econsave muar masa balik kg lastweek 69sen aje. 
saje beli utk tambah-tambah letak powder-powder yang ada kat dapur.

tapi tak sengaja tangan terdeko begitu.
sudahnya, xjadi lah nak letak dapur. hihihi..

buat letak candies lg comel.hihi

nota hati :
banyak lagi part harus diperbaiki.kurang kemas. ehehe

love,
ayu zan

25 June 2013

Lama Menyepi

Assalamualaikum.
untuk sapesape yang terbaca post kali ni..

lama dah saya tak post apa-apa kat sini. haritu rasa nak delete account blogger ni, tp sayang tak terhingga. yela..satu masa dulu pernah jadi perkara terindah dalam hidup. faktor masa, kekangan kerja hakiki dan juga kekangan kerja suka-suka serta kerja-kerja rumah menghadkan masa untuk berblog.

ouh.
apa kerja suka-suka saya tu?


ni dia kerja suka-suka saya. asalnya suka-suka. last-last menjadi kerja sambilan, maka diberi nama kerja suka suka. Buat kraf sikit-sikit. dapat juga beri kepuasan diri selain dari buat tambah-tambah duit kocek.

Ok lah. Jumpa next post ya.. banyak nak buat entry nih. ehhehe..

Love,
Ayu Zan