31 May 2015

Amani Tak Sihat

Assalamualaikum

entry ringkas harini.
amani kurang sihat. ummi dia pun cuti.
badan dedar(panas sikit) macam nak demam.

alhamdulillah masih aktif cume lebih sikit manjanya.

budak demam ni kalau tengok ummi tetap ketawa gitu.

cepat sembuh ye anak.. love u :)

note : biasalah nak alih bulan kan demam..amani 4 hari lg nak 5 bulan.

Mini Giveaway By Nuha

Assalamualaikum

simple je GA ni. 
jom join

klik untuk join




1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

klik utk join
Assalamualaikum..

Jom join GA ni.
simple simple simple. jom join :)

HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY

klik utk join
assalamualaikum.

jom joinn.. hadiah wide shawl. hiihihi.. i love wideshawl. :) simple lak tu syarat. ayu memang suka GA simple simple ni.

26 May 2015

Pemenang Simple Giveaway By Ayu Zan

Assalamualaikum.

korang boleh cek nombor bertuah di senarai peserta ya



mohon tinggalkan nama, alamat dan no.tel utk urusan pos hadiah (xkan di publish)

kepada yang tak menang, blog korang akan saya letak dalam bloglist saya dalam masa terdekat sepanjang 1 bulan sebagai tanda penghargaan dari saya.

terima kasih ya.. next month kalau sempat...saya buat GA lagi mcm ni,heehehhe

ummi gi mana???

Assalamualaikum

Gambar last week 136 hari masa ni

"Ummi gi mana lama lama?" Tanya Dhiya Amani.

Tu lah caption paling win untuk gambar di atas.
Pantang la ummi dia lari kejap. Gi toilet je pon masa ni. Jerit jerit panggil ummi. 
Tu buat muka mintak peluk cium.hihihi..

Nota : sekarang dah taknak orang selain ummi, daddy dan tokma(pengasuh dia).


Senarai Peserta Simple Giveaway By Ayu Zan

GA telah tamat. berikut 20 orang peserta yang telah menyertai.... TQ u olls
  1. http://www.kisahsidairy.com/2015/05/simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  2. http://thisni3zahata.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  3. http://adna2029.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  4. http://norshamimi.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  5. http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  6. http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  7. http://imamimoth.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  8. http://belongtomee.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  9. http://bellangekkk.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  10. http://thesoutheastasiangirl.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  11. http://85mutiarabeauty.blogspot.com//2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  12. http://jnjikita.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  13. http://fakmal0.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  14. http://ohresepiku.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  15. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  16. http://umikasum.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  17. http://shafiquestevenson.blogspot.com/2015/05/giveaway-simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  18. http://www.kisahpondokkecil.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
  19. http://projekabc.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-2015-by-ayu-zan.html
  20. http://cowament.blogspot.com/2015/05/simple-giveaway-by-ayu-zan.html
TAMAT

Simple Giveaway 2015 By Ayu Zan

23 May 2015

Simple Giveaway 2015 By Ayu Zan - TAMAT

GA TELAH TAMAT

Assalamulaikum

Lama dah tak buat simple GA gini. Ayu lancarkan simple giveaway ini khas buat teman teman blogger. Hadiah untuk seorang pemenang je. Hadiah simple ni adalah hasil jahitan ayu sendiri.

Sebabkan simple je, Jadi giveaway ini akan berlangsung tak lama sehingga ahad 24/5/2015 sahaja.


Simple je syaratnya :

1- ada blog
2- tinggal di Malaysia
3- buat simple entry mengenai Simple Giveaway By Ayu Zan di blog masing masing, link ke entry ini dan paste url entry anda di ruang komen entry ini ya.

Hadiah :

1set baby bib untuk seorang pemenang
- 1 helai bandana bib & 1 helai bib biasa.

Pemilihan pemenang berdasarkan random.org

Selamat mencuba.

SENARAI PESERTA

21 May 2015

Jom Join Ceria 1st Giveaway!

Assalamualaikum

memeriahkan sama GA yang ceria ini :)

klik banner utk join

kena tag 3 rakan. (dah inform)

Second Giveaway Novel RAM by SiPanjangKata

assalamualaikum

sebab ayu minat novel RAM. 
maka ayu menyempatkan diri utk join GA ni. hehe

KLIK BANNER UTK JOIN


tamat 15 Jun 2015



20 May 2015

Mood Join Contest & Giveaway

Assalamualaikum

Harini pepagi mood baik punya. Kita blogwalking blog rakan rakan. Dan dan dan.. Tetiba url blog ayu tersenarai sebagai penerima hadiah giveaway di blog kak ina (klik link utk ke blog beliau)..

Actually ni cabutan kali ke-3. Cabutan kali pertama dan ke-2 ada pemenang tak lapor diri, dan kak ina cabutlah lagi untuk kali ke-3. Tak sangka ke-3 ni ada pulak luck ayu. Hehe..

Segar bugar biji mata ayu harini. Pagi pagi on phone dapat baju free. Hehe
Cabutan pertama yg ayu menang

Lama dah xjoin giveaway. Dan untuk tahun ni ni lah giveaway pertama ayu join dan ada rezki... Buat semangat nak join contest dan giveaway seterusnya ni. Hehe. Yela.. Disamping support projek projek rakan blogger, dapat blogwalking kenal kenal kawan baru dan ada rezki dapat pulak menang hadiah. 3 in 1 benefitnya. Kan kan kan.

Oh ye. Ayu pun ada buat simple GA sampai ahad ni. Jemputla join terutama bakal ibu dan ibu yang anaknya perlu pakai bib..

 Link entry Simple Giveaway 2015 by Ayu Zan.

19 May 2015

rindu anak masa kerja

assalamualaikum
Sabtu lepas. Amani 132 hari

Ada ketikanya tengah kerja rindu dak kecik dhiya amani kat atas tu.

Pastu mula la. Tengok tengok video dan gambar  dia. Rasa cam nak balik kejap kt uma pengasuh. Nak cium cium anak solehah ni. Hihi.. Sayyyannngg dia.

Pepagi dah rindu anak. Haha

18 May 2015

"Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen"

assalamualaikum

jom join skali.. 

klik banner ya..


Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

12 May 2015

request jahit clothpad

Pad kain @ cloth pad


Alkisahnya ada customer beli pantyliner boleh basuh. Dia request untuk Cloth pad pulak. Bukan first time orang request ni sbb ramai yang dah ada kesedaran mengenai #bahaya #padpakaibuang. Tapi tu lah, diri sendiri pun pakai yang diy biasa2.

Kenapa pad kain mahal? Sebab material diorang guna mahal. pUL waterproof layer tu mahal tau. Import kot. Layer dalam letak bamboo layer lagi. Pastu layer atas pulak pakai kain minky. Tu semua kos tinggi. Tp memang tahan lama rasanya.

Sebab ayu tak leh jual buat masa ini ialah:

1-sebab kos nak beli bahan tu. Mahal.

2-sebab keupayaan nak jahit kalau bulky mmg susah sebab mesin jahit biasa kan..bukan industry.

3-kalau buat murah punya mcm ayu pakai ni ada ke yg nak beli? Layer atas pakai flannel beberapa layer. Disusuli kain tuala dan mikrofiber sbgai soaker(penyerap) dan untuk lapisan waterproof ayu belasah pakai payung punya kain yg dah rosak. (Asal xberlubang).

Kesimpulannya buat masa ni pad kain hnya lulus untuk pakai sendiri je. Belum boleh jual. Pantyliner kain je lulus. Hehe..pun kemain azab nak siapkan readystock.



DIY Baby Stuff : Dress Untuk Amani

Assalamualaikum

Selama ni xpernah jahit baju. Habis kuat jahit benda benda remeh je. Tapi kalini nak buat benda yg lebih bermakna sikit. Jahit dress simple ni untuk baby kecikku.

Siap beli pola tau sbb dok google pola free xde. Hehehehe. 

Paling kecik saiz 6-12m dan inilah hasilnya...


Baju ni riversible. Boleh 2 in 1, belah dalam bole guna gak tanpa nampak kesan jahitan. Tapi niat hati ayu nk guna yg biru ni je pon. Hihihi. Belah dlm ayu guna japanese cotton agar dak kecit tu tak panas bila pakai.

Lepasni bole pelbagaikan lagi. Bubuh aksesori agar nampak lebih comel. Hihi.

Nota : ada ke yg nak jual scrap kain  cotton? Meh jual kt sy. Hehe..

11 May 2015

Gadget Amani : Soft Toys

Assalamualaikum
Alhamdulillah...
Amani masuk 4 bulan dah. Berat dan tinggi semua ikut graf nampaknya. Perkembangan iq dan fizikal pun nampak selari.

Amani dah meniarap dan capai barang. Jadi, sangat sesuai kalau amani ada mainan yang meransang mindanya. Masa ni baby punya minda macam span kan. Serap dan serap selagi daya. Jangan bayang span basuh pinggan tu, kecik sangat...korang bayang span besar ye. Hehe..


Jadi, diy mommy ni pun sediakan beberapa soft toy yg simple untuk dak Dhiya Amani dengan penuh kaseh sayang ummi..

Antaranya mcm dalam gambar. Buat cube, bola dan juga taggies cushion.

Lepas dah buat beberapa jenis nampaknya amani cenderung kepada mainan taggy ni. Mainan gini meransang minda si kecil. Sebab tepi tepi cushion tu ada reben. Muat masuk jari jemarinya yabg comel tu. Terbelit belit dan dia akan belajar cara nak selesaikan diri dari masalah tu.

Selain warna yang terang, Cushion ni gak ayu buh loceng kat dalam. Ada bunyi.. Rangsang deria pendengaran si kecil juga. 

Selain tu, cushion taggy tu juga amani suka masukkan dalam mulut. Hehe. Dont worry, i made it from english@japanaese cotton. Tak luntur dia hisap dan bole campak dalam washing machine bila basuh. Haha..

Lepas ni bola ke..cube ke..ayu akan bubuh reben juga. Hehe

Nanti free free ayu share mainan-mainan lain amani ya. 

Sekarang tengah study cara jahit soft book for babies.
Sejak jadi ummi ni rajin betul study. Hehe..

10 May 2015

ucapan hari ibu

Status lambat sehari. Hehe

Selamat hari emak. Buat mak terhebat untukku.
Betul kan, kalau kite dah merasai jadi ibu, kite akan lebih sayyyaaannnggg mak.

Semalam hari ibu. Bukan setakat mak dapat ucapan selamat hari ibu. Tapi mak pun ucap selamat hari ibu yang pertama utk aku. (Sebak ok)

Sayanggg mak.

Sape kata dah kawin kite dengan mak jadi jauh? Sebenarnya jadi lagi dekat. Masa pregnant, musykil je tanya mak. Nak bersalin pun mak tak putus doa. Doa. Doa. Mudah mudahan aku mudah melahirkan. Selain doa suami, pastinya doa mak tu membantu.

Dalam pantang. Mak juga yang jaga. Masakkan, tungkukan, masakkan air panas untuk mandi, jaga dan urus dhiya amani. Dhiya amani nangis malam kembung perut, mak pun ikut tak tidur sebab nak jaga dan tenangkan si kecik tu.

Pastu, dah habis pantang aku boleh nangis nangis sebab dah 44 hari dengan mak, jadi tak nak berpisah dah pulak.

Sekarang aku pulak jadi mak. Semoga dpt jadi mak yang tabah dan kuat macam mak juga.

Semoga mak dipanjangkan umur, diberi rezki terbaik, diberi kesihatan yang baik, dilimpah rahmat Allah, dilindungi dari mara bahaya dan diberi sebuah kehidupan yang lebih baik.

Love u mak.
Buat mak  Jamilah Bt Ismail.

Nota : selamat hari ibu juga buat semua rakan rakan yg dah jadi ibu :)

06 May 2015

Kenduri Akikah Dhiya Amani

Assalamualaikum

3/5/2015 yang lepas kat kampung ayu adakan majlis kenduri kesyukuran dan akikah Dhiya Amani Bt Mohammad Hafrizam.

Alhamdulillah. Simple je majlis. Yang penting matlamat akikah itu tercapai.

Semoleknya akikah, beri nama dan bercukur dilaksanakan dalam satu hari (afdal hari ke 7) tapi awal kelahiran dapat kami laksanakan bercukur dan beri nama je. Ibadah akikah kami tangguhkan. Tidak dapat dilaksanakan pada hari ke 7, tapi alhamdulillah dapat juga di laksanakan bila amani dah nak masuk usia 4 bulan. Tak pe..selagi belum aqil baligh masih sesuai. Islam tidak memberatkan. Malah akikah bukanlah wajib. Namun ibadah ini dituntut selagi mampu...iaitu hukumnya Sunnah muakkad(imam shafie) dan semestinya pelaksanaannya dapat menghidupkan sunnah rasulullah..

Mudah mudahan Dhiya Amani membesar dengan sihat, cerdik, pemurah dan menghidupkan sunnah rasulullah..jadi anak solehah ye sayang. Taat pd Allah dan rasul, taat pd orang tuamu, berbakti pada agama dan masyarakat hendaknya...

Aaminn...

Ummi daddy sayang awak.

Amani di hari akikahnya. Usia 118 hari masa ni.