Nuffnang

11 May 2015

Gadget Amani : Soft Toys

Assalamualaikum
Alhamdulillah...
Amani masuk 4 bulan dah. Berat dan tinggi semua ikut graf nampaknya. Perkembangan iq dan fizikal pun nampak selari.

Amani dah meniarap dan capai barang. Jadi, sangat sesuai kalau amani ada mainan yang meransang mindanya. Masa ni baby punya minda macam span kan. Serap dan serap selagi daya. Jangan bayang span basuh pinggan tu, kecik sangat...korang bayang span besar ye. Hehe..


Jadi, diy mommy ni pun sediakan beberapa soft toy yg simple untuk dak Dhiya Amani dengan penuh kaseh sayang ummi..

Antaranya mcm dalam gambar. Buat cube, bola dan juga taggies cushion.

Lepas dah buat beberapa jenis nampaknya amani cenderung kepada mainan taggy ni. Mainan gini meransang minda si kecil. Sebab tepi tepi cushion tu ada reben. Muat masuk jari jemarinya yabg comel tu. Terbelit belit dan dia akan belajar cara nak selesaikan diri dari masalah tu.

Selain warna yang terang, Cushion ni gak ayu buh loceng kat dalam. Ada bunyi.. Rangsang deria pendengaran si kecil juga. 

Selain tu, cushion taggy tu juga amani suka masukkan dalam mulut. Hehe. Dont worry, i made it from english@japanaese cotton. Tak luntur dia hisap dan bole campak dalam washing machine bila basuh. Haha..

Lepas ni bola ke..cube ke..ayu akan bubuh reben juga. Hehe

Nanti free free ayu share mainan-mainan lain amani ya. 

Sekarang tengah study cara jahit soft book for babies.
Sejak jadi ummi ni rajin betul study. Hehe..

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum :)
singgah pagi

Farah Waheda Wahid said...

wahhh kreatifnya mommy....

Ayu Zan said...

Farah.. Yg simple simple item je dear hehe

Ayu Zan said...

Farah.. Yg simple simple item je dear hehe

nadiashahafeez said...

cantik soft toy!! amani sure suka sangat main kalo mama dia yang buat sendiri toy tu : )

Siti Rohaida Yusof said...

lagi safety dari yang beli kat kedai kan ayu...

IntaNBerliaN said...

oh tidakkkk!! jelesnya... bestnya dpt ibu cmgini