Nuffnang

10 May 2015

ucapan hari ibu

Status lambat sehari. Hehe

Selamat hari emak. Buat mak terhebat untukku.
Betul kan, kalau kite dah merasai jadi ibu, kite akan lebih sayyyaaannnggg mak.

Semalam hari ibu. Bukan setakat mak dapat ucapan selamat hari ibu. Tapi mak pun ucap selamat hari ibu yang pertama utk aku. (Sebak ok)

Sayanggg mak.

Sape kata dah kawin kite dengan mak jadi jauh? Sebenarnya jadi lagi dekat. Masa pregnant, musykil je tanya mak. Nak bersalin pun mak tak putus doa. Doa. Doa. Mudah mudahan aku mudah melahirkan. Selain doa suami, pastinya doa mak tu membantu.

Dalam pantang. Mak juga yang jaga. Masakkan, tungkukan, masakkan air panas untuk mandi, jaga dan urus dhiya amani. Dhiya amani nangis malam kembung perut, mak pun ikut tak tidur sebab nak jaga dan tenangkan si kecik tu.

Pastu, dah habis pantang aku boleh nangis nangis sebab dah 44 hari dengan mak, jadi tak nak berpisah dah pulak.

Sekarang aku pulak jadi mak. Semoga dpt jadi mak yang tabah dan kuat macam mak juga.

Semoga mak dipanjangkan umur, diberi rezki terbaik, diberi kesihatan yang baik, dilimpah rahmat Allah, dilindungi dari mara bahaya dan diberi sebuah kehidupan yang lebih baik.

Love u mak.
Buat mak  Jamilah Bt Ismail.

Nota : selamat hari ibu juga buat semua rakan rakan yg dah jadi ibu :)

1 comment:

Siti Rohaida Yusof said...

mudanya mak ayu kan..apepun happy mothers day to ols mother kat malaysia ni