26 January 2015

Gambar : Sebelum bersalin

Assalamualaikum

6/1/15 dalam pukul 7.30am.
Di ruang menunggu.

Gambar ni dlm phone suami. masa ni bukaan serviks dah 4+cm. Tu dah pakai baju pink hospital dah. Tengah makan Nasi Goreng Kampung Telur Mata, Air Milo Panas dan Kurma disamping suami tercinta untuk kumpul energy nak masuk labour room jap lagi. Hihi

Alhamdulillah 11.04am si kecil dhiya amani pun lahir.

Kenangan terindah.

Bengak muka ummi. Hehe

25 January 2015

Jangkaan Doktor : Ayu Bleeding Lepas Bersalin

Assalamualaikum

Alkisah bersalin jam 11.04 am kan, ayu berharap sangat dapat keluar wad petang tu gak. Tak sanggup nak dok wad dan urus diri n baby dalam keadaan lemah gitu. Tapi ada kejadian yang berlaku menyebabkan ayu terpaksa ditahan wad dan diletakkan di depan nurse nurse kerana dikhuatiri ayu pitam atau pendarahan melampau.

Lepas bersalin kan kite dipakaikan maternity pad bertali tu kan. Agaknya sebab pergerakan masa pindah katil, bila ayu bangun dr katil untuk bersihkan diri dan kencing kali pertama jam 1ptg selepas 2 jam bersalin, busshhhh.. Mcm air terjun darah keluar mcm orang tumpah darah. Penuh atas lantai. Suami ayu dah kerisauan dah. Ayu pulak masih lemah macam mabuk mabuk lagi. Tak sure tu nifas atau bleeding. Tapi MIL kata normal. Dan masa kat toilet bersihkan diri, memang pad tu teralih teruk. Mcm tak pakai pad jela.. Setitik pun darah xde. Kikikiki.. Patut darah mencurah bagai air terjun.. Lencun sampai penuh darah kat kaki. Masa tu ayu yg tengah lemah baru lepas bersalin, mmg MIL suruh suami yg urus bersihkan diri. Takut something happen kt toilet kalau sesorang.

Lepas dah bersih, tukar baju, makan dan, susukan amani. Dan para pelawat jam 2.30 kena balik. Tinggal episod ayu berduaan dengan anak. Masa tu mmg anak dok melekat kat ayu je. Sbb ayu xdaya dan takut nk bngun angkat baby letak dlm cot. Xdaya weii

Dalam kul 3 lebih doc datang cakap nanti ke bilik depan untuk cek jahitan. Kalau ok, bole balik. Kul 4 datang lagi sebab ayu still tak bangun. Nak nangis weh. Tak de daya masa ni. Lastly ayu terpaksa minta bantuan doc untuk angkat amani letak dalam cot. Pastu ayu usahakan diri untuk bangun.

Turun katil... Dan.. Busshhhhh!!!.. Again! Mencurah curah lagi darah mcm orang tak pakai pad. Basah darah kaki ayu. Terpaksa gagahkan diri tukar gak kain dan lap sikit sikit darah kt kaki. Doc datang lagi panggil dan terkejut lah. Sebab lantai becak dengan darah. Huuu..

Slow slow jalan melayang gi ke bilik cek jahitan tu, doc nak tengok pad. Rupanya pad separuh je penuh. Darah tadi dok meleleh ke tepi. Agaknya keluar sekali banyak..pad tak tertampung.

Doc cek jahit. Tekap tekap. Keluar darah. Tekap tekap lagi keluar lagi. Doc tu panggil doc lain utk nilai semula. Ohooo..

Doc cakap "dikhuatiri ada koyakan dalam yang tidak berjahit. Sebab non stop darah ni."

Ayu tanya "so camne doc?"

Doc jawab "kalau sah bleeding dari luka dalam yang tak berjahit tu, kena buka jahit luar dan jahit semula."

Ayu punya respon.. Diam dan nangis dalam hati.

Pastu doc buat keputusan pindahkan katil ayu ke depan misi misi. Dan tahan 1 malam untuk pemantauan.

Sebelum ni ayu dpt bilik sesorang. Memang heaven la kot. Toilet dalam bilik. Ikutkan kat HSI tu ayu dok wad kelas 2 tapi sbb penuh, dia letak ayu kat bilik ape ntah. Special sikit bilik tu. Kata misi, biasanya bilik tu utk kes kes tertentu.

Tapi sebabkan takut bleeding dan perlukan pemantauan khas, kena la gak dok kat kelas 3. Depan misi. Hehe. Tapi wad kelas 3 kat Hospital Sultan Ismail tu pun not bad. Ok ok je. Cume katil wad tinggi kan. Terkepot2 nak turun katil menahan sakit. Uuuu...

Syukur..ayu xde bleeding berlebihan..dan esoknya dpt keluar wad. Alhamdulillah..

amani lom boleh pakai kasut lagi. Hehe..
Nota : kawan sekolah nurse kat situ. Dia cek rekod ayu. Ayu kehilangan 400ml darah masa bersalin. Katanya kira banyak tuu..but consider normal 200-400ml. Tapi kalo kira campur dengan darah yang busshhh mcm air terjun tu..mmg lebih kot. Tu pasal jd mcm mabuk mabuk kot.

19 January 2015

Day 3 - Dhiya Amani Kena Jaundice


Assalamualaikum.

Haritu. Lepas lahir hari ke 3 - 5. Selama 2 malam Dhiya Amani kena jaundice. Asalnya masuk NICU sbb misi KD datang rumah cek suhu amani 38°c dan declare demam. Tapi sampai hospital suhu amani jadi normal. Tapi masuk wad untuk pemantauan. Bila kat NICU dah, doc cek cek...amani jaundice dan kena masuk bawah lampu.

Amani pakai pampers je. Pastu kena pakai penutup mata.

Masa tu ummi dia apa lagi. Nangis nangis la. Sebak tengok anak umur 3 hari dah kena cucuk cucuk ambil darah. Pastu nampak amani kena bogel dok dalam cot lampu tu. Ummi dok tenung anak je. Jadi ibu ni.. Hati mudah sayu sayu kan.

Amani fully BF.. Dan biasalah baby bf kan suka ngempeng. Tapi nak cepat baik, lepas bf kasi kenyang..kena masukkan amani semula kat lampu tu. Doc cakap at least 2 hours setiap kali lepas bf. Tapi amani suka menyusu berulang. Ade lah sejam.. Dia bangun dan menangis. Amani punya suara nyaring ok. Ummi xsanggup biar dia nangis. Angkat dan bf dia. Gitulah berulang ulang.

Asal daddy amani datang jenguk, ummi meleleh air mata. Ntah ye. Masa tengok anak kena gitu..sayu hati. Memang masa tu ke laut dah pantang. Sempat urut 1x dan bengkung lilit dan kena masuk wad.

Daddy amani sabarkan ummi. Daddy cakap "cuba ayu tengok baby kat depan tu. Berbual dengan ibu ibu tu. Bersabarlah dengan ujian ini. Setidak tidaknya amani cume jaundice. Bukan sakit."

Masa tu ummi amani ni xmahu dengar kata. Tapi dalam masa yang sama, terkesan gak dengan nasihat daddy amani.

Esoknya ummi amani berbual dengan seorang ibu. Anaknya jaundice dan ada masalah jantung. Patutlah bnyak wayar dan mesin disambungkan malah dah start masuk NICU sejak lahir... Allahu Robbi. Lemahnya ummi ni. Sedikit je diuji ummi dah tak kuat. Terus muncul rasa syukur. Terus berterima kasih dengan tarbiyah Allah. Betul kata daddy amani tu.

Betul kan? Kena banyak syukur.. Kalau kita susah. Kita pandang orang lain, ada yang lagi susah.

Alhamdulillah.. Sekarang amani dah 15 hari. Jaundice pun clear dah. Ummi dia pun boleh dah start men'jamu' utk kesihatan. Hihi

09 January 2015

6 Januari 2015 Sinar Ketenanganku

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Entry terakhir sebelum ni, ayu story detik detik tunggu hari kan.. Alhamdulillah.. Betul betul lepas ayu buat entry tu, esok pagi nya bertarikh 6 Januari 2015 adalah detiknya

3.30am -… ayu terbangun jam 3,30 pagi sebab macam kena senggugut. Tapi kejap je. Dok confius sakit apekah ini. Adakah kontraksi manja manja atau sebenar-benarnya?

Ok. 10 minit seterusnya memulas pulak. Siap gi u'uk bersihkan usus besar lagi. Lega.. Eh.. 10 minit lg sakit lagi. Ok. Kejut suami.. Sebab macam syak nak bersalin. Even dok confius sebab macam senggugut sakitnya.

Pantau sejam. Contraction macam tak tetap sangat. Jap 10 minit. Jap 5 minit. Jap 15 minit. Tapi  suami kata mesti kena g hospital. Sebab nanti kalau dia gi keje siang jadi apa2 dia susah hati.

4.30am- Jadi, ayu bersihkan diri. Mandi..dan makan kurma 3 biji + air milo utk isi perut. Masa ni relax je. Sakit pun rasanya masih ditahap senggugut biasa. Sampai confius patut gi sepital ke tidak.

5.00am- Sampai hospital jam 5. Lebih kurang dekat kul 6 doc VE cek jalan dah buka 4+cm.(sakit upenya VE tuuu) Woooo... Terperanjat daku sebab contraction belum teratur. Tapi dalam sejam memang ada 4-5x kontraksi.

7.20am- Suami belikan nasi goreng kampung + telur mata, air milo dan makan kurma 3 biji lagi.. Sebab nak beranak mak pesan kena cukup tenaga. Ayu makan sambil kontraksi. Hehe. Masa ni ok lagi. Siap sempat bual bual dengan suami. Suami pun makan sesama. Sbb ayu cakap kat dia..nanti dia pun akan dok lama kat labour room sama dengan ayu. Pun kena isi perut.

8.00am- Masuk labour room jam 8.00+ menaiki wheel chair. Husband lum dapat masuk masa ni. . Ouchhh.. Kena cucuk pecah ketuban dan buang air kencing.. Uuuuu... Lepas tuuuu.. Baru la ayu faham rasa kontraksi yg diperkatakan..suami pun dah masuk teman masa ni. Doc ada 2 orang. Diorang cakap mungkin ayu akan bersalin dlm 10 jam lg. Tapi midwife namanya kak huda sangat baik. Dia cakap rezki orang xsama. Ada jgk bersalin sulung tapi kontraksi tak lama.

10.00am- Doc VE jam 10. Dah 5 cm. Tp.. Xlama pastu meter kontraksi kat mesin ape tah tu suami kata dah 100%. Masa ni tak leh cool. Siap cakap kat suami "Abg.. Bole ke ayu bersalin ni.. Sakit sangatt", masa tu rasa mcm tak bole nak terus harung. Suami urut pinggang tapi ayu xde rasa apa. Ayu siap ketuk2 pinggang sekuat hati time kontraksi super kuat tu.

10.30am- Doc tanya..ada rasa nak berak? Berkali kali dia tanya. Tapi ayu rasa mcm xde rasa tu. Cume rasa sakit gila. Tapi tak tahu sakit tang mana. Sokongan suami masa ni memang penting sangat. Dia banyak ingtkan ayu yang melahirkan ni jihad. Jihad fi sabilillah..

Doc tengok cara ayu kontraksi,dia suspen. Cek tengok.. Dah boleh teran. But i blur blur dat time sbb doc jugak yg cakap. Klo sulung ni dr 5 cm nk beranak mau 10jam. Tapi kuasa Allah kan. Dari 5 cm nak beranak cume sejam.. Sepanjang proses melahirkan ayu baring atas lengan suami. Suami yang tolong tolak badan masa teran. Midwife yg baik tu suruh ayu bukak mata pandang perut ketika teran. Tapiii.  Mmg tak bole bukak mata langsung ayu. Maka.. Tepat pukul 11.04am, lahirlah puteri comel kami. Masa tu baru ummi buka mata. Alhamdulillah..hehe

Memang syahdu masa tu. Tengok suami menitis air mata dengan lafaz syukur dan cium dahi ayu serta ucap terima kasih pd isterinya ni, terus lah meleleh air mataku.

Nama ni kami dah panggil sejak tahu gender baby masa usia kandungan 6 bulan+. Nama diberi Dhiya Amani Binti Mohammad Hafrizam. Sinar ketenanganku@ sinar harapanku/cita-citaku.

Dan memang ummi sangat tenang lihatmu sayang....

Alhamdulillah..

:)


04 January 2015

EDD 9/1/15

Assalamualaikum

Tengok kawan due date 19/1 dah deliver 26/12 lepas.. Yang edd 8/1 pun selamat dah lahirkan baby 27/12 haritu. Sedara ayu pun due dekat dengan ayu dah deliver 23/12. Ayu? Oh.. Anak comel ummi masih selesa dok dalam rahim ummi dia.

Start 31/12 ayu ada share entry ayu mula rasa contraction acah acah kan? Sejak tu.... Sakit on off. Kekadang rasa mcm harini elok. Esok tak elok lak. Pastu contraction pun masih mild. Dan jarak jarak. Masih kategori Braxton hicks..atau bahasa manjanya.. Kontraksi manja manja je. Ayu rasa dah macam nak senggugut, sakit pinggang, mengeras. Tapi masih mild.

Tanda?

Bab tanda ni ada musykil sikit. Sebab ikut pembacaan(siap google rupe mucus plug), ayu dah keluar tanda mucus plug yang mana rupe bentuk lendirnya ala-ala gam likat. Tapi tidaklah banyak. Tapi misi cakap.. Show biasanya ada darah. Kalau lendir..beliau kata takut ayu keliru dengan keputihan. Wallahua'lam

Sejak mucus plug tu keluar semalam pagi, ayu mula juga la rasa Braxton hicks. Kata mak, dah boleh berjaga jaga. Tapi belum ada blood show mahupun kontraksi kuat yang melayakkan ayu ke hospital. Hihi

Kalau boleh, biarlah sekali datang terus beranak. Yela.. Sape nak warded lelama atau asik datang pastu kena balik kan.. Sebab tu ayu kena pantau betul2 sela masa kontraksi ni.  Itu nasihat dari mak dan kenalan tdekat.

Selain tu.. Orang kata kerapkan bergerak aktif. Memang ayu dalam mood mengaktifkan diri supaya berstamina nak melahirkan nanti. Sampai dua dua toilet kat rumah ni ayu cuci. Sambil sambil buat senaman squatting(cangkung) yang menggalakkan bukaan serviks katanya. Hihi.

Semalam ahad.. Ayu ajak encik somi jenjalan mall.. Dan jalan jalan tepi tasik sambil berdating berdua jugak. Tapi nampak gaya.. Belum masa lagi baby keluar.. Sebab selalu je dok baca kisah kisah orang preggy cukup bulan jalan jalan esoknya tberanak. Hehe

Lagipun...Allah dah tentukan bila tarikh lahir dia kan. Jadi...sebagai ibu yg menghamilkannya.. Ummi rela tunggu.. Asalkan anak ummi lahir selamat, sihat dan sempurna.. Ni baby kasi ummi rehat rehat dan nikmati saat saat ni dulu agaknya.. Hehe

Tapi..doakan ayu tak overdue ya.. Riso gak. 14/1 kalau tak deliver...doc da siap siap bagi date masuk ward utk induce.


02 January 2015

DIY : Baby Booties

Assalamualaikum

Terajin pulak harini test jahit baby booties. Hihi
Amboi.. Punggah balik kain kain segala yang kenkonon dah simpan tu..hihi

Simple je. Lum hias hias reben. Kalau rajin..ummi hias la ye baby.hihi

Ayu print free pattern dari blog omputeh. Ni size untuk baby 0-3 bulan.


Lepas je siap jahit kasut comel dua pasang. Baby comel pun tendang tendang perut ummi sungguh-sungguh. Eh baby mcm xsabar je nak pakai booties comel ni. Hihi..



DIY : Nursing Pillow Cover

Assalamualaikum

Ihihihi.. Dah hujung hujung kehamilan masih sempat update DIY projek kan.

Apekan daya..baby gurau gurau je haritu. Seharian kontraksi tapi tak konsisten. Tup tup semalam 1 hb januari mak baby sihat walafiat. Hihi..

Tapi harini nampak macam dah nak start balik memulas tak sudah dan kontraksi yang tak konsisten tu.. Tak pelahm baby masih syok dlm tummy ummi lagi. Tapi jangan syiok sampai overdue ye sayang..

Oklah. Haritu ayu ada share buat nursing pillow utk kemudahan bila menyusu baby comel ayu kan...ni ayubbuay sarung extra supaya kalau kotor boleh ler tukar tukar. Yang ni daddy baby yang pilih corak. Ummi jahit je. Hehe.. Ayu add tali untuk adjustment kat hujung dia. Dan kalau letak kat pinggang masa nyusu nnti pun lebih selesa dan tak beralih.. :)

Hari hari daddy baby dah buat tido dah bantal bulan ni.