Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

22 April 2014

Bakso Sedap Depan Hospital Melaka

Assalamualaikum

last week, ayu ada ikut suami berkursus di Melaka. Suami kursus, ayu lepak-lepak je kat hotel. Malam, kitorang jalan-jalan lah.hehe

tanya member ayu, kat mana makan best.. dia rekemen Bakso. So, ayu dan suami decide la untuk try.
Memang tidak mengecewakan langsung.

Ayu dan suami order bakso special RM6. Gila besar bebola bakso tu. Besar Bola Tennis u olls. hihi. First time ayu makan bakso, tapi bebola tak habis lagi. Puas hati sangat.

Korang boleh try bakso ni di Medan Bakso Peringgit ni. Lokasinya betul-betul bertentangan hospital melaka. Best! 5 bintang ayu kasi. Air mata kucing dia pun syiok... :)


16 February 2014

Steamboat @ Dataran Bandaraya Johor Bahru

Assalamualaikum

Ni cerita minggu lepas.

Rasa-rasa siapa duk JB mesti tahu tempat makan steamboat cucuk-cucuk kat Dataran JB kan? Yang dekat jam besar tu.

setakat ni baru 2x gi try makan situ. Itu pun lepas bernikah dan suami yang bawak. Sebelum-sebelum tu tak pernah jejak. hihi

ada banyak lori yang jual cucuk-cucuk beserta kuahnya. Korang boleh baca kat sini untuk tengok pendapat ramai tentang lori/gerai yang sedap dan tak sedap serta mahal atau murah.

Dah 2x ni kami makan kat gerai no.8. Sedap sedap sedap kuah cicah dia. tu yang 2x masih tersinggah kat situ. Tapi tadi baca kat komenkomen orang ada yang kata paling sedap gerai/lori no.9. ouh. harus cuba lah nanti-nanti. Tapi tak tahu lah bila. hehe

sedap sedap.

Steamboat ni dikira berdasarkan cucuk yang kita ambil. Setiap lidi ada harganya. Kalau tak silap ayu, lidi plain tak ada warna harga 50 sen. Lidi hujung warna merah RM1 dan warna biru RM2. So, korang pick pick pick dan nanti diorang kira. Masa 1st time makan, banyak amik cucuk kaler merah. so total bayar rm17.50. Yang 2nd time banyak amik cucuk biru jadilah RM24. hihihihi.

Ok lah, for those yang lom try, meh la try. makan sambil hirup udara JB. hek hek hek. pastu guling-guling kat dataran. :)

Till then, taa..

06 November 2013

Chicken Chop RM 5 Hutan Bandar JB

Assalamualaikum.

Entry bulan lepas ayu ada story *chicken chop ohsem*. Masa tu ayu makan grilled chicken chop.

dan semalam, ayu belanja adik ayu makan chicken chop kat Hutan Bandar JB tu.
RM 5 only ya.
dan sangatlah berpuas hati. :)

chicken chop

01 November 2013

O.K Wantan Mee

Assalamualaikum

Hari minggu lepas, ayu ada try makan wantan mee for the 1st time.. Sangat-sangat lah selari dengan citarasa tekak ayu.

wantan kering
yang atas ni ayu tak sure la apa nama penuh menu tu. tapi, masa order dipanggilnya wantan kering. macam ala-ala mee goreng.. tapi dia goreng dengan ape ayu tak sure (macam kicap) tapi... sedap woo..


wantan sup

ni pulak mee wantan sup. sedap sangat-sangat. Tambah lagi, tekak orang kita mesti nak pedas-pedas kan. dia ada sediakan sambal kicap. Ala-ala mi sup.. tapi personally, ayu rasa wantan sup ni lebih sedap. :)

Apa yang special dengan wantan mee ni.. adalah jenis mee dia.. dan juga wantan dia. yang ayu rasa sangat-sangat la sedap.

Korang kalau duduk area Johor Bahru boleh try O.K wantan Mee ni kat Plaza Angsana. Kat luar Ground Floor Food Court dia.

28 October 2013

Menu : Apam Nasi (mudah)

Assalamualaikum

dah lama tak share menu-menu mudah dengan kawan-kawan.

jumaat lepas ayu merajinkan diri mengukus apam. Saje-saje.. sebab adik lelaki ayu yang kat study ILP berdekatan berhujung minggu kat rumah ayu, so, masakkan kuih-kuih gini masa ada dia baru layan. Meriah sikit makan adik beradik. hehe.

resepi apam mudah
apam nasi senang

Senang aje resepinya. ayu ambil dari kak yatie.(izin ayu share ye kak)

Bahan-bahan & caranya :

Step 1 :
Nasi 2 cawan
Gula 1 1/2 cawan
Air 2 1/2 cawan

*blend nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi hancur halus. Kemudian blend lagi dengan gula.

Step 2 :
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 2 cawan
Yis (mauripan) 2 sudu kecil

* 3 bahan digaul satukan.

Step 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunan step 1 dan step 2 gaul hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (ayu perap 2 jam pun ok)

Step 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil selama 15 minit. Kalau pakai loyang lama sikit kot. hehe

hidangkan dengan kelapa parut+garam.

17 October 2013

Ayu Suka Lai Chi Kang

Assalamualaikum.

Lai Chi Kang.. korang suka tak? Ayu suka sangat. Kalau masa study kat Penang dulu, ayu ada member chinese girl selalu layan ayu minum chi kang. hehe.

lai ci kang

Lai chi kang yang ayu makan baru-baru ni simple je. Kembang semangkuk, barli, cincau, white fungus, gula batu, kurma merah kering dan mata kucing

kalau tambah kacang, nata de coco, laici. pergh! confirm lagi sedap. hihi..

ayu memang layan lai chi kang. kalau tengah selesema atau demam..ayu suka chi kang panas.. lagipun, kawan chinese ayu kata.. bahan-bahan tu boleh reduce kepanasan badan. 

16 October 2013

Mee Bandung Muar

Assalamualaikum.
Rabu sepatutnya mula kerja dah. Tapi atas sebab urusan yang mendesak ayu menyambung cuti, terpaksa lah jugak.

Ada 3 kedai mee bandung muar yang ayu nak suggestkan kat u alls sekiranya singgah di muar...

1-Perencah haji sernan. (Perencah sahaja)
Biasanya ayu beli, dan mintak mak masakkan. Senang dan sedap. Haji sernan punya resepi memang ayu & family suka sangat. Tapi tak sure samada beliau ada gerai/restoran khas atau tidak. Lum pernah jumpa.

Lokasi : Berhampiran stadium.

2-Mak Pon.
Ni pun antara yang glamour dan meletups. Kalau nak makan, ayu suggest kedai kat Tg Emas Muar. Kat medan selera tu ada banyak kedai jual mee bandung. Sekiranya mereka masak guna perencah mak pon, ada iklan terpapar di depan kedai (banner). Ayu pun lupa dah nombor berapa gerai tu. Untuk beli perencah mee bandung makpon ni rasanya boleh google, sebab ada yang jual secara online.
mee bandung kat tg emas  - mak pon
lokasi : medan selera tg emas.

3- Mee Bandung Muar

yang ni ramai yang tahu. Terletak kat area tg agas.. dan banner kedai besar-besar tulis jenama mereka *MEE BANDUNG MUAR*. Ayu dah try juga. Memang tip top lah. :) cume ayu tak rencah jenama apa dorang guna. Mungkin resepi asli mereka kot. Btw, memang sedap lah.

Lokasi : Jalan Tnjung Agas.

banyak kedai jual mee bandung kat muar ni, cume nasib-nasib la sedap ke tak. Ayu pernah jumpa mee bandung tp rasa macam asam pedas. Alahai.. sedih. malu je kalau orang luar datang muar terkena mee bandung tak sedap, sebab muar memang dah gah dengan mee bandung.

Nota : Kat rumah, biasa ayu beli perencah Haji sernan tu dan masak je. Confirm berpuas hati. hihihi..


Published with Blogger-droid v2.0.10

05 October 2013

Chicken chop ohsem



Assalamualaikum.
Ni cerita malam sabtu. Gi pekena chicken chop hutan bandar mawar JB. Kira sapa area JB tak tahu chicken chop sedap memang peplik. Yang chrunchy chicken chop(goreng mcm nuget tu) RM5 sahaja.
Tapi malam tu, ayu makan Grilled Chicken Chop. Harga RM7.50. Dan orang sebelah ayu tu makan Lamb Chop RM10. Pon sedap dan elok masaknya. ;-)
Tapi, sangat ramai ya kat situ. Sampai beratur-ratur nak makan. Dok cop-cop meja. Tunggu orang makan. Ish ish ish.
Btw, korang try la kalau datang JB. :)
Ada 1 lg port. Chicken chop kat Ateh Corner taman universiti Skudai..rm5 free air. Pun best gak tu. Hehe
Ni online guna phone. Gambar akan keluar dulu tau. Memang xberapa nak comel entry. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

25 September 2013

Pecel Lele Pun Naik Harga

Assalamualaikum.
berikutan harga minyak naik.. kedai makan feveret ayu ketika ke Skudai pun dah naik harganya.

dulu Pecel Lele (ikan Keli) : RM4.50
Ayam Penyet : RM5.

sekarang masing-masing mengalami kenaikan sebanyak RM1. 
so,
Pecel Lele : RM 5.50
Ayam Penyet : RM 6.00


Ayu suka Restoran Bibik ni. Sebab Pecel Lele dia memang Ummpphh lah.
Kalau ikan keli tu besar, dapat 1 ekor. Kalau ikan keli kecik, dapat 2 ekor atau 1 1/2 ekor.
hihihi.. sambal Bibik pun sedap sangat la pada ayu. Ayu memang layan pecel lele..Ayam penyet tak berapa sangat.

Btw, sape yang rasa nak try bolelah ke restoran tersebut.

Restoran Bibik
Address: No. 31, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti 81300 Skudai Johor

24 September 2013

Kerang Sambal Special

Assalamualaikum.

ha.. semalam ayu citer pasal kacang pool haji kat larkin kan?
harini ayu nak story port makan lain yang ayu suka..
kat Taman Sentosa.
biasa orang cari Bubur Nasi No.1 Taman Sentosa kat situ lah.
tapi ada 1 stall jual kerang camnni..

lama dah photo ni.
RM 5 sepinggan..

sedap uiii..
ayu ingat kerang sambal yang merah2 guna cili kering.
tup2 dia hantar sambal lain. serius sedap.
tapi ayu tak sure sekarang ada lagi ke tidak.
sebab ayu lupa gerai mana ayu order.
hari tu ayu order ingat kedai sama..rupanya lain.. 
sambalnya tak sama.. plus.. kerangnya sikit. hehehe tapi sebab tak sedap, 3 orang makan 1 pinggan tak habis. kira nasib-nasib bila pilih gerai.

tapi kalau korang pekena sambal kerang kat stall bubur nasi dia sedap gak. ayu ada try 1 kali. 

ihsan google. mcm tu la bubur dia.. siap copstik. tp ayu xguna pon. haha.
okey, 

kalau nak gi sana... korang boleh google : Bubur Nasi Istimewa No.1 Taman Sentosa.

Nota :
Bole tanya? siapa duk JB angkat tangan..hhehe

Kacang Pool Haji (Larkin) memang sedap

Assalamualaikum..

harini nak share mengenai kacang pool Haji di Larkin Johor.
since ayu dah menetap di JB ni, opcos la nak share sikit apa yg best-best kat JB ni.

ni gambar lama sebenarnya.. rindu kat Kacang Pool haji ni.

maaf. gambar x comel. dah makan baru teringat nak snap.

kalau tak silap ayu, kacang pool haji ni pernah masuk JJCM-Jalan Jalan Cari Makan pada tahun 2010.
dan ayu merasai keenakannya pada 2013. hihihi.

Memang sedap kot. Ayu tengok orang keliling dok makan sampai re-order. hihi..

Kalau korang ke JB boleh lah try.. hehe
ni alamatnya.. tak pun tanya je orang.. "Cik, kacang pool haji sebelah bomba tu kat mana?" hihi


  • No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak
  • 80000 Johor Bahru, Malaysia

16 October 2011

Apa anda rasa bila...

bila..
tiba-tiba kawan anda call pagi2 hari dan cakap dah nak sampai rumah..
sebab nak hantarkan *blueberry cheese tart* yang anda nak sangat makan...
dia siap buatkan... malah siap hantar sampai depan pintu rumah..

im very touching dengan tindakan dia..waa...sangat terharu okeh..




ni la kawan aku..

nak kawin dah beliau..beliau dah kawin nnti duduk jauh kat utara..
sapela nak buatkan aku tart ni lagi..

huhuhu

nota kaki :

Waaa...im very lucky sbb dpt kawan cam dia..

08 October 2011

Menu : Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum.
Salam hujung minggu buat semua..

apa program hujung minggu k0rang?

minggu ni..aku duk umah je kot. selesema agak teruk sekarang..

em..
atas permintaan adik-adik..
harini aku sediakan sarapan maggi goreng.hehe
but bukan itu nak cerita harini..
nak cerita..yang aku buat kek coklat kukus kegemaran adik-adikku.

jgn lupa tambah ramuan kasih sayang....

Bahan-bahan  & cara-cara

Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

Semua bahan di ayak.

Bahan B :
Telur 3 biji
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula pasir (aku letak 3/4 je)
1 cawan Air masak suam 
1 sk esen vanilla

Pukul telur, dan campurkan semua bahan lain dan adun sebati.

campurkan acuan A dan B dan gaul sebati kemudian kukus selama 45 minit.

sekian..
senang sangat..malu aku nak share resepi senang ni..
hihihi..

Nota Kaki :
Aku xla pandai masak. Xjuga rajin masak. Tapi aku suka masak.
harap-harap da kawin sok rajin la.ihihihi

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Salam Kasih,
Ayu Zan

06 October 2011

Menu : Jeli Berkuah Koktel

Assalamualaikum.

Harini aku MC.
kenapa MC?
mestila sbb xsihat.
ha ha ha

disebabkan xkeje.
aku mempunyai sedikit ruang masa.
so..aku telah merajinkan diri utk membuat desert.

inilah rupa paras encik desert aku.
nak bagi nama ape ntah?
Jeli Berkuah Koktel?
haha.ape saja lah 

even resepi nya sangat mudah.
aku nak jugak abadikan dalam bel0g ku ini.hihihi

JELI BERKUAH KOKTEL

Jeli
bahan-bahannya :

1 paket agar-agar serbuk (10gm)
1 liter air (aku tambah sikit air lg.sbb xsuka keras2)
1/2 cwn kordial strawberi/anggur atau ape saja lah. kalau xda..letak je pewarna.*jgn ltk water color sudah*
3 sudu besar susu pekat manis
gula (ikut kemanisan yg digemari)
garam secubit


Cara-caranya :
Campur semua bahan.dan masak hingga didih.

nota : 
Susu sengaja letak sebab..merah garang sangat. takut. hehhe..bila letak susu tu..jadi suram sikit..sejuk mata memandang. malah..lebih creamy..enak dimakan begitu sahaja.

*****

Kuah Koktel
bahan-bahannya :




1 tin Susu sejat
2 cawan air
1/2 cawan gula (ikut kemanisan yang digemari)
1 tin buah koktel

Cara-caranya :
Campur semua bahan.dan masak hingga didih. *hihihi..senang x?*

nota : 
Ada orang suka pekat2..dia letak la tepung custard sikit. tp aku x..
semua yang senang dan ada kat umah..main campak2 je.

Sekian..

selamat menjamu selera.

nota kaki :
ketika entry ini ditulis..desert aku sedang laku.dah tinggal seciput aje.hahaha..

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan


Salam Kasih,
Ayu Zan

30 September 2011

Makan : Mee Bandung Muar

Assalamualaikum~

Selamat malam  sabtu..
es0k mula dah weekend kita smua..ehehe..
tapi bagi yang kena bekerja..selamat bekerja la ye..

*****

0keh..topik harini Mee Bandung Muar.
.
"Ayu, asal mana?" Tanya sesiapa.
"Muar,"Jawab aku.
"Oh..muar ada mee bandung. kat kedai mana yg sedap ek?" Tanya sesiapa.
"tak tahu nak rekemen...errkk..byk sgt kedainya..." Tiada jawapan yang sesuai dari aku.
.
ha..tu antara dial0g ringkas yg aku biasa kena kalau kenal2 0rg yg bukan asal muar..
since dulu masa study kat penang ini dah macam regular question bagi aku.hahaha
.
saje nak kuarkan isu ni..sebab tadi lepas magrib belanja mak makan mee bandung. 
tapi....
xsedap! *uish..xbaik..tapi mmg xkena dgn tekak aku dan mak..*
.
tu dia..mee bandungnya..maaf kualiti kurang baik. HP camera c3 i cume 2 mp jek.ehehe
So..pasni try next kedai.
.
sekian.hahahahha



Nota Kaki : Es0k mahu ketemu sama my besties zaman sk0la menengah dulu


Salam Kasih,

Ayu Zan

08 September 2011

Menu : Agar-agar coklat susu pecah

Assalamualaikum~

salam malam jumaat.
m0ga jumaat kita semua terisi dengan benda yang baik.
ye x.?

0keh. here i wanna share dengan u alls.

i ni pecinta puding, k0nyaku jelly, dadih dan juga agar2(lengk0ng).

s0..harini i masak s0meting.

*Agar-agar c0klat susu PECAH.*

hehe..
ini lah ghupa dia..


u 0lls nampak x serpihan susu tu?
hik3..

tu yg make my agar2 styl0..saje i pecah2 kan.

ececeh..

*padahal..i xsengaja..sbb i xsaba tunggu dia beku..i dah kerat2 30 dia..tu yang pecah sikit.dah terpecah..i tuang aje..sayang membazir..*

kalah m0nafendi. hahaha...

0keh..

mahu tayang lah rupa setelah dip0t0ng..


hihi..sedap..

atas permintaan bakal adik ipar. ececeh..perasan kau ayu..
dia mintak resepi.

yang ajar i buat agar2 ni my kazen..*maaf ye kazen..i dah 0lah resepi..sbb yang susu tu lembut sgt*

bahan-bahan :
agar2 susu :

  • 12gm agar-agar yang tali tu
  • air 1 1/2 cawan
  • susu cari 1 tin
  • gula secukup rasa *1/3 cawan is en0ugh..manis buah gitu*
  • esen vanilla sikit.


cara-cara  buat agar-agar susu :

  1. basuh agar-agar dan tos.
  2. masak agar-agar, air,susu dan gula serta esen vanilla hingga larut dan didih
  3. tapis dia. kalau x..aje la ket0l2 agar2 tu nanti..
  4. then..simpan dia bagi beku. *mak kata..jgn trus masuk esb0x..nnti r0sak esb0x.*
  5. agak dah keras.. p0t0ng dia empat segi m0lek2..susun t0nggang terbalik atas l0yang supaya petak2 tu    nampak bila dah campur c0klat.

bahan-bahan :
agar2 cek0lat :

  • 10gm agar-agar yang tali tu
  • air 2 cawan *sbb xyah susu..s0..ltk la lebih*
  • gula secukup rasa 
  • *s0ry i lupa n0ted : paling utama..serbuk k0k0 1/3 cawan..
cara-cara  buat agar-agar c0klat :

  1. basuh agar-agar dan tos.
  2. masak agar-agar, air dan gula hingga larut dan didih
  3. masukkan serbuk k0k0
  4. tapis dia..
  5. then..tuang la dlm l0yang yang u 0lls susun petak2 susu tu.
  6. siap! tggu keras dan b0le p0t0ng dan makan........ =)


hehe..lain kali kita share lagi yep.

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Salam Kasih,

Ayu Zan