Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

30 September 2013

Hempas anak demi game?


Harian Metro: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.

Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya.



Nota ayu :
Semoga kita terjauh dari nafsu amarah yang memusnahkan.
Antara anak dan game?

11 July 2013

KEK BIRTHDAY UNTUK MAK DAN ADIK

assalamualaikum.

salam ramadhan. 
moga2 ramadhan kali ini dipenuhi dengan barakah hendaknya.

okey, entry kali ini berkaitan KEK. eh..haritu promote kek. ni promote lagi ke?
hehehe

last week my mum birthday. sekali dengan birthday adik perempuan kecil saya next week. balik hujung minggu lepas malam-malam saya suprisekan kan dengan kek. kikikiki.. dekat jam 11 malam juga sampai rumah. 

sampai rumah, glad,,alhamdulillah..mak masih setia menunggu saya sampai dengan selamat. mak memang mcm tu. she's the best mum ever. 

tapi adik kecil saya si Nurul Fatihah tu dah tido. saya gagahkan diri..pi kejut sampai dia bangun. :) siap dukung lagi weh. berat dah adik akak ni sekarang. maklumla..da nak masuk fasa anak dara. dah darjah 5 da ekau..

tu adik dengan muka bangun tido nya. still sempat senyum. yelaa..bebudak kan loves cakes..

macam biasa. kek ni saya order dari Fiqah Rich Cake a.k.a Kak Yun. 
murah je ok. kek birthday.. RM30/kg. (murah kan?)
utk sekitar muar..bole la try2 order. 

dia pakai fresh krim. bukan icing tau.
krim dia jadi nyummy gila.. ops...hihi..over la ayu..
ko kan puasa..
btw,
kek memang sedap.
RECOMENDED!

Love,
ayu zan

08 October 2011

Menu : Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum.
Salam hujung minggu buat semua..

apa program hujung minggu k0rang?

minggu ni..aku duk umah je kot. selesema agak teruk sekarang..

em..
atas permintaan adik-adik..
harini aku sediakan sarapan maggi goreng.hehe
but bukan itu nak cerita harini..
nak cerita..yang aku buat kek coklat kukus kegemaran adik-adikku.

jgn lupa tambah ramuan kasih sayang....

Bahan-bahan  & cara-cara

Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

Semua bahan di ayak.

Bahan B :
Telur 3 biji
1 cawan minyak masak 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula pasir (aku letak 3/4 je)
1 cawan Air masak suam 
1 sk esen vanilla

Pukul telur, dan campurkan semua bahan lain dan adun sebati.

campurkan acuan A dan B dan gaul sebati kemudian kukus selama 45 minit.

sekian..
senang sangat..malu aku nak share resepi senang ni..
hihihi..

Nota Kaki :
Aku xla pandai masak. Xjuga rajin masak. Tapi aku suka masak.
harap-harap da kawin sok rajin la.ihihihi

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Salam Kasih,
Ayu Zan

06 October 2011

Kes : Bapa Bunuh Anak Kat Kampung Aku

Assalamualaikum.

Semalam kat ofis..kecoh yang pengurus bank tutttt...telah membunuh anaknya. 
siap buang kat parit dekat dengan rumah aku lagi.
ish ish ish..

dengar cerita dari kawan aku..budak yang dibunuh tu jahat..kaki dadah..bapaknya geram sampai membunuh. ish ish ish..
kan ke serah kat polis lagi baik.

Di manakah nilai kasih sayang mereka kan..
hmmm..

sila rujuk sini utk maklumat lanjut.


nota kaki :
mohon dijauhkan dari kalangan keluarga dan orang terdekat kita..


Salam Kasih,
Ayu Zan

25 September 2011

Wordless : Bunga Untuk mama




"Mama suka bunga kan? Bunga ni untuk mama," Kata Iman.


Nota Kaki : Budak kecik pun tahu erti kasih sayang.. inikan pula kita yang dah besar/dewasa dan tahu menilai..



Salam Kasih,

Ayu Zan