Harian Metro: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.
Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.
Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.
Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.
Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.
Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.
“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.
“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya.
Nota ayu :
Semoga kita terjauh dari nafsu amarah yang memusnahkan.
Antara anak dan game?
13 comments:
ish ish..game lagi penting dari anak..xpatut betul..
hape benda lah ayah macam ni..
macam2 kan
hope si ayah tu dikenakan tindakan undang2
Jemput join & menangi hadiah bernilai RM550
Giveaway Butik Comel Collection
apa punya bapakla macam ni...pasal game pun nak bunuh anak ke? mengucap byk2 sebelum buat sesuatu...
kalau dah marah , semua benda boleh jadi...
Astagfirullah.. game punya hal.. mmg jenis org baran hilang akal lah...
Ni la bila game lebih penting dari anak.. moga dijauhkan .. saya pun ada terbaca tadi petang.. hmmmm
Ni la bila game lebih penting dari anak.. moga dijauhkan .. saya pun ada terbaca tadi petang.. hmmmm
tk patut2x.. mmg tk ptut. mcm bdk2x si ayh tu
mmg kecewa bila kita buat sesuatu yg hampir dah nak siap, sekali ada orang gagalkan.. tpi kalau dah darah daging sendiri, agak2 lerrrrr
Semoga dia insaf dan bertaubat
eii... rasa nak hentak je lelaki jenis macam tu!!! :((
ya Allah, kejam nye!
Post a Comment