Nuffnang

18 September 2013

Budak Sekolah Berdiri sambil Juntaikan Kaki Di Pintu Bas Sekolah

Assalamualaikum.


Kes kemalangan ngeri dah banyak sangat dah berlaku. Dan bila lihat apa yang budak lelaki dalam gambar di atas buat macam tu, ayu dah fikir bukan bukan. Ketika tu bas sedang bergerak tau. Kalau berhenti tu lainla.. dia dok juntai kaki macam tu ketika bas bergerak. Yang ayu nampak masa tu, bas tidaklah padat. Cume mungkin budak tu saja nak buat aksi lagak ngeri. Macam buat gaya nak terjun pun ada.. Kalau terjatuh, pastu kena sodok/gilis dengan kenderaan lain macam mana? Astagfirullah.. moga budak tu selamat.

Salah Siapa?

Biasa lah orang mesti mencari salah siapa kalau seandainya budak tu tercamak keluar dan digilis. Susah kan? Nak salahkan budak? Budak memanglah seronok buat aksi macam tu. Nak salahkan pemandu lori, opcos lah dia sibuk dengan pemanduan. Kat bas sekolah tak ada konduktor bas kan? Tapi ayu musykil, bas sekolah tu tak tutup ke pintunya? Atau bas sekolah memang tak ada pintu???

nota hati :
mencegah lebih baik dari mengubati.

5 comments:

umi alya said...

akak tengokpn ngeri

Dhia Dirham said...

bila berlaku kemalangan mula la salahkan orang lain. sendiri buat sendiri tanggung la. rasa budak ni sekolah menengah kan, dia sudah pandai berfikir baik dan buruk. :)

Akmal Halim said...

sepatutnya siapa yang perasan( orang dalam bas) kena g tegur..nanti kalau jadi apa2 mulalah semua orang lepas tangan kan >.<

Sya Mimie said...

dulu masa sekolah mmng naik bas sekolah. pelajar lelaki ke perempuan ke sama je suka duk kat pintu.. ngeri tau kalau kena time break emergncy..

IntaNBerliaN said...

masa akak sek dulu, selalu tgk org wat camni.. bahayakan