19 September 2013

Mood musnah di pagi hari

Assalamualaikum.

Pernah tak korang rasa, ada benda jadi yang menyebabkan mood korang termusnah pagi-pagi buta masa sampai tempat kerja/belajar. Rasanya ni perkara yang confirm pernah terjadi pada hampir semua orang.

Contoh :
Kena marah dengan bos/pengajar?
Kena marah dengan sape-sape sedangkan kita rasa kita tak bersalah?
Atau sebarang situasi berkaitan.

Ayu berani jamin, kalau pagi-pagi emosi kita dah rosak, bukan mudah nak carry sampai 1 hari. Kan?
Tapi, pada ayu, kita kena jugak stabilkan emosi tu kembali. Tak kan kita nak marah atau bersedih sepanjang hari. Ayu sendiri faham, kalau jadi kat ayu memang berat nak 'sembuh'.
Tapi memang kena ingat, yang tu semua bisikan syaitan yang tugasnya tak lain hanya nak menyesatkan anak adam. Biar korang marah, benci lepastu bergaduh sesama sendiri.

Korang mungkin boleh adaptasi dalam situasi korang.
1-ingat Allah. istigfar mohon keampunan dari Allah. Mungkin ada terkurang dari kita dalam menjalankan amanah kerja ini. Kalau marah sampai nak belasah orang atau nak tumbuk dinding(lelaki biasanya) lebih baik berwudhu.

2- maafkan si ………… tu. Siapa yang marah, buat korang kecewa tu, maafkan dia. Ingat ya.. Jangan dendam. Nanti musnahkan diri.

3- teruslah melaksanakan tugas harian itu dengan sebaiknya. Kalau student kena marah, jangan sampai lari balik lak. Jangan! Terus hadiri kelas macam biasa. Kalau kena marah bos/senior/rakan pun sama. Be strong, terus buat kerja korang. Ingat, kerja tu amanah.

4- tengah-tengah buat kerja tu, rasakan dalam hati dan fikir untuk ambil kritikan tu dengan hati terbuka. Sebab apa ayu letak nombot 4? Sebab. Selalunya tengah berangin memang susah nak fikir baik-baik.

5- positif. Positifkan diri dalam segala hal. Jangan bentak-bentak. Atau buat muka. Senyumlah. Tapi nak senyum tu hati kena bersih, kalau dah maafkan mereka yang buat tahi kat korang tu, dah ambil kritikan dengan hati terbuka, dah istigfar & wudhu(syaitan dah jauh) maka, tak susah untuk datangkan aura positif dalam diri kita semula.

Dan selepas tu, in shaa allah. Dengan izin yang esa, emosi akan stabil semula. Even mungkin tak dapat nak meng*ok*kan diri 100% setidak-tidaknya kita tak kan buat benda-benda bodoh seperti maki hamun, menengking orang, hempas-hempas barang, muncung sedepa. Sebab kalau buat semua tu, lagi la syaitan tepuk tangan. "berjaya dah aku!" kata setan dengan angkuhnya. Dan, kalau buat benda bodoh, orang sekeliling lagi menyampah kat kita.
So.. Cool la. ;)
Salam Jumaat.
Published with Blogger-droid v2.0.10

6 comments:

norhasnizakhalid said...

setuju dengan ayu...pada mama kalau mood pagi dah spoil.. jawabnya sampai ke mlam la..

cik atie said...

hihi.. biase sangat jadi tu.. kalo pg mood da xde, almtnye smpai malam la.. tapi just keep on thinking +.. :)

Niena Reen said...

betul tu kak. sy pun selalu patah semangat terus nak teruskan hari tu bila awal2 lagi dah ada yg musnahkan mood. tapi klu sy, tak lama mana pun bad mood. nnti okey sendiri. :)

Mazatul azura said...

Alhamdulillah... thanks for sharing..

Khir Khalid said...

Betul tu.. klu pepagi mood dah spoil mmg x syok lah.. fail..

Unknown said...

..mmg nyampah kalau pg2 dh ade org usik mood..bersabar je la kalau terjadi.. hehehe