Nuffnang

26 September 2013

Cheesekut : Cheese+Biskut

assalamualaikum.

dah lama nak makan cheese-cheese ni.

Malam tadi lepas magrib ayu dok bersilat di dapur. Bukan masak dinner tau.. Tapi, buat cheesekut.
alkisah nak pukul cream cheese.. Katanya boleh blend cream cheese guna blender. ayu pun try. Sudahnya blender tak mengisar pun cream cheese ayu. Kira, cream cheese tu tak bergerak pun dalam blender. Akhirnya terpaksa keluarkan mixer yang baru 1 kali guna tu dari kotak. Malas nak guna sebab rasa leceh nak simpan semula.hehe

Yang lawak lagi 1 hal, masa on mixer tu. terperciklah cream cheese yang sedap dan mahal tu ke sekelilingnya termasuk muka sendiri. hahahaha.. nampak sangat tak reti guna mixer kan.

tapi setelah berpenat lelah di dapur, akhirnya siap juga cheesekut yang enak tu. tapi dah potong cam selekeh sikit. hahaha..

sila sila sila rasa..
Resepi :

bahan : Cream Cheese 250gm, Susu Pekat Manis 1/2 tin, Fresh Milk dan biskut cream cracker.

Pukul Cream Cheese 250gm hingga kembang (lembut)
masukkan susu pekat manis suku tin-1/2 tin. (ikut suka korang) dan pukul lagi.
masukkan 2-3 sudu fresh milk untuk cairkan sikit adunan.

sediakan 1 mangkuk fresh milk. Celup biskut cream cracker ke dalam susu tadi sesaat. dan susun dalam bekas. kemudian, lapiskan dengan bancuhan cheese tadi.. dan ulang proses hingga biskut dan cheese habis.. topping atas  haruslah cheese tadi dan ayu tabur milo.. hehe..konon macam ekslusif sikit lah.

setelah siap, masuk dalam fridge. Tunggu keras sikit sebelum potong.

untuk maklumat lanjut sila ke blog :Life 101

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

8 comments:

Puteri Fiza said...

Sedapnye. Nak skit :)

Yumida Huda said...

sedapnye cheesekut ayu buat
nnti nk try jugak la
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

memmetlenggeng said...

Arggghhhs sedap nampak..Nanti nak try buat lak

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya.. :D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ayu. sedapnya. sheila nak rasa sikit boleh? hehehe

IbuNoey said...

mak aih,nampak sedap,dik..berliur kejap aka nengok nye..hehe..

barulah lega dapat blogwalking..

Lilynn Wifey Sham said...

cheese oh cheese.. baca entry ni d tgh mlm.. bergelodak perot ini.. :)

Izan Ishak said...

kak izan pun suka yg cheese2 ni tau ayu. buat seloyang hari tu... mmg hadap hari2 sampai licin. mmg best lagi2 lepas 2-3 hari dan sejuk dlm peti kan!