Assalamualaikum.
esok 13 hb September. Birthday arwah abah ayu.
Semenjak arwah pergi. tiap kali tiba tarikh tu, ayu dah mula sebak dah.
:(
abah pergi 07 Januari 2010.
ayu punya birthday pulak 27 Januari.
Terlalu dekat kan dengan ulangtahun kelahiran ayu? Seperti dekatnya hati dan jiwa ayu dengan abah.
ayu masih ingat lagi. Ayu berumur 20 tahun ketika tu. Masa tu ayu kat penang study sem 5. Abah asyik call masa nak dekat cuti sem tu. "Bila kakak nak balik"
Bila ayu balik kampung, ayu tengok abah dah kurus sangat. abah tak boleh makan dan buang air. Ayu ajak g hospital beberapa kali tapi abah tak nak. dan sampai 1 masa tu, abah setuju nak ke hospital. Tapi masa tu kami ada motor je.. ayu cakap nak minta tolong pakcik, Tapi abah nak ayu jugak yang hantar.. Ayu gagahkan jua..Dengan tak de lesen, ayu ride bawak motor abah dan bonceng abah ke hospital. Serahkan keselamatan kami sepenuhnya pd Allah. dan memang Allah lindung niat baik hambanya.Ayu ingat lagi saat tu. Masih rasa lagi abah pegang erat ayu.
abah ditahan ward selama 17 hari. Ayu dan mak bergilir jaga abah. Adik-adik ayu urus bergilir dengan mak. Masa tu angah 19 tahun, Uda 16 tahun, Aman 13 tahun dan adik 7 tahun. Kebetulan masa tu nak naik sekolah (bln disember). Pengurusan mereka nak beli baju kasut etc memang agak kacau. Tambah lagi faktor ekonomi keluarga ketika tu sangat-sangat lah teruk. Mak kerja siang, ayu jaga abah. Malam mak jaga abah, ayu jaga adik-adik. Ayu ingat lagi kat rumah ayu kumpul adik-adik dan ajak mereka baca yassin untuk buat air yassin untuk abah masa abah kat wad.
setelah 1 minggu proses endoscope, ct scan dan macam-macam proses, akhirnya abah di sahkan kanser usus. ada 3 ketumbuhan dia bahagian usus besar abah. Tapi masa tu doktor tak kata teruk atau tak.
makin hari, abah dah mula tak nak berenggang dengan mak. mak cuti kerja 1 minggu selepas abah ditahan wad. Masa tu ayu rasa ayu nak kerja part time. Sebab sumber kewangan makin susut. Tapi memikirkan adik-adik, ayu terpaksa batalkan hasrat. Abah mula makin kritikal. Hinggakan ubat dos paling tinggi tak mampu kurangkan kesakitan perut abah. Ayu ingat lagi, kat perut abah ada benda keras-keras bila ayu pegang.
masa dalam wad tu, abah request nak makan anggur. ayu belikan.. apa aje yang abah nak makan, ayu cari. alhamdulillah, masa tu tak susah nak mendapatkannya..
satu hari tu, mak call ayu, "kakak.. datang sini.. Abah kejang" di susuli dengan tangis mak
ayu datang.. ayu tengok abah kejang..ayu ajar abah mengucap.. ayu cium abah.peluk abah.. cakap kat abah suruh kuat semangat. "Abah tak nak tengok kakak berjaya ke? abah jangan macam ni.. kakak sayang abah.."
Mak dah pucat. Semalam mak kata nak makan cendol, ayu dah belikan. Ayu belikan sprayer untuk mudahkan abah wudhu. Tapi mak xjamah pun cendol tu.Nasi apatah lagi. Lauk yang ayu bawa mak tak sentuh. Mak kata, doktor panggil mak tadi, abah dah kritikal.
Ayu pun diam je. Doa doa dan doa.
Abah elok dari kejang. Magrib tu, abah solat. Ayu sendiri nampak abah nangis dalam doanya. Teresak esak abah. Malam tu, Abah suruh ayu dan angah bawa adik-adik balik. " Kakak , angah, bawa adik-adik balik. Hospital banyak kuman..tak bagus.." Kami salam abah..cium abah.. Abah pesan "Jaga solat"
Kami balik.
Kat rumah, usai sediakan pakaian sekolah adik-adik, ayu duduk. Memikirkan abah. Pukul 1 lebih pagi, mak call.. Mak nangis je... mak cakap.. "Kakak.....mak tak tahu nak cakap...abah..."
Ayu tak kejut adik-adik. Ayu cume fikir ABAH! Ayu terus capai tudung dan beg. Start motor dan jalan. Ayu bau abah. Bau tu kuat. ayu kenal..tu bau wangian bedak abah yang ayu pakaikan sepanjang dia sakit. Masa naik motor tengah malam tu, ramai budak-budak lelaki meliar tepi jalan.. Alhamdulillah..perjalanan 20 minit tu lancar.
Ayu terus ke katil abah.
Mak nangis.. "abah dah tak da"
innalillahiwainnailaihirajiun...
ayu kucup dahi abah. Ayu hampir meratap masa tu.. Peluk abah.. dan tanya kenapa abah tinggal kami.. tapi ayu kuatkan hati bila tengok mak. Mak hampir rebah.. Tak kan ayu pun sama.
ayu call angah, suruh angah datang. ayu call sedara mara..ayu urus semuanya memandangkan ayu anak sulung. ayu tabahkan hati. ayu tau, Allah uji ayu sebab Allah tau ayu boleh galas dengan baik. Ayu letakkan setinggi-tinggi harapan supaya Allah kuatkan hati kami menerima dugaan ini. Dan ayu rasa sangat bersyukur sebab semuanya lancar dengan bantuan ramai org dan Allah tak biar abah sakit lama-lama. Sebab ayu dengar ada yang sampai usus pecah dan nanah keluar. Alhamdulillah, abah tak macam tu. Masa mandikan abah..ayu ingat lagi tukang mandi jenazah kata "Bersih jenazah". Alhamdulillah..tenang mendengarnya..dan sememangnya abah orangnya pembersih.
Sekarang, ayu dan adik-adik cume mampu sampaikan doa untuk abah. Moga Abah tenang di sana.
Sesungguhnya setiap manusia akan merasa mati.
Mohon rakan-rakan sedekahkan ALFATIHAH kepada abah ayu.. MOHD ZAN BIN LANI. moga rohnya dicucuri rahmat.
masih ingat kata ustazah time usrah "ujian paling sukar adalah menghadapi kematian/pemergian orang tersayang"
*masa taip entry ni air mata berjurai-jurai dengan kerinduan pada abah yang amat sangat..
3 comments:
al-fatihah utk arwah abah ayu..
kami doakan mg arwah abah ayu di tempatkan di kalangan org2 bertakwa..amin...
Al-fatihah kepada arwah ayah ayu..semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..aminn
tak sedar air mata menitik baca apa yg ayu tulis... sedih sgt... ayu kuat... mujurlah adik2 ayu di anugerahkn sorg kakak yg kuat unk hadapi semua ujian ni... harap ayu, mak, dan adik2 tabah hadapi ujian ni... semua org akan hadapinya... cuma cara ayu buat sy rasa ayu kuat sgt...
Al~fatihah buat abah ayu...
moga ayu jalani hdp dgn tenang....
Post a Comment