18 September 2013

Rumah Idamanku

Assalamualaikum.


Ingat lagi zaman sekolah? Masa mula-mula belajar melukis. Belajar lukis rumah. Macam tu lah lukisan rumah dibayangan imaginasi kanak-kanak.

Setiap orang ada rumah idaman mereka kan? Macam tu juga ayu. Ayu nak ulas & sharing sikit berkaitan rumah idaman ayu dari 2 sudut iaitu lahiriah & rohani.

Rumah Impian Dari Sudut Lahiriah



Bentuk rumah dan jenis rumah yang ayu idamkan adalah sebiji rumah di atas sebidang tanah. Tak perlu terlalu besar, cukup lah sempurna dengan ruang tamu, dapur, bilik-bilik, ruang solat & terutamanya perpustakaan mini buat ayu dan keluarga.


Kalau boleh, kat ruang halaman rumah, ayu nak bina gazebo untuk ayu, bakal suami(coming soon la) dan bakal anak-anak (pun coming soon la) duduk bersantai petang-petang hari. Tiada yang lebih membahagiakan selain bersama orang tersayang. Ye tak?


Rumah Impian Dari Sudut Rohani

Ayu nak jadikan rumah ayu nanti, "Rumahku, Syurgaku".

Caranya, ayu kenalah berusaha untuk membina taman-taman syurga di dalamnya, iaitu dengan mengadakan majlis ilmu. Ayu mahu di rumah itu ayu & keluarga dapat solat berjemaah, adakan kelas solat & mengaji untuk anak-anak (coming soon). Suami mengajar isteri & anak-anak soal ilmu dunia mahupun akhirat serta Ayu mengimpikan sebuah rumah tiap-tiap harinya tak pernah sunyi dari bacaan Ayat Suci AlQuran.

Sabda Rasullulah, "Apabila kamu melewati taman-taman syurga, perbanyaklah berzikir.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman syurga itu?” Beliau menjawab, “Ia halaqah-halaqah zikir (majlis ilmu)” (Riwayat Tarmizi)

Itulah serba sedikit tentang rumah impian & angan-angan ayu, sekiranya rumah impian lahiriah tu ayu tak dapat capai, cukuplah sekiranya rumah impian rohani itu tercapai. ;-)

sekian, kalau korang berminat nak sharing rumah impian korang, boleh join contest my story my life ni, sila klik .


4 comments:

Unknown said...

wah rumah impian ayu sama dgn rumah impian yumida
cantik so gojes la
beznye kalau impian menjadi nyata
nak buat umah mcm tu kene de kwsn yg luas
nak buat kat perumahan..kwsn sempit n harga pun dah mahal
terbatal impian nak bina umah sendiri
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Khir Khalid said...

Assalam.. subhanallah. Mmg impian sy juga klu dimurahkan rezeki. Semoga tercapai hajat Ayu nanti, in shaa Allah.. amin.

Siti Munirah said...

Salam. Terima kasih sudi join contest di blog saya! :)

Vinda said...

desain rumahnya bagus banget, jadi pengen punya rumah seperti ini. Semoga bisa dapat rejeki untuk membangun rumah seperti ini.