Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

24 October 2013

Perpustakaan Di Rumah

Assalamualaikum

malam ni ayu nak share sikit impian ayu sejak dari zaman sekolah.
ni perpustakaan mini betul ni.hehe..
Nak miliki 1 perpustakaan mini kat rumah. Memandangkan tak ada dana, ayu mulakan dengan rak kecil untuk susun molek-molek buku yang dimiliki. 
Rak buku dua tingkat ni jadi pilihan. Ini untuk rumah ayu kat JB. untuk rumah mak kat kampung pun ada 1 rak lagi (3 tingkat). Dan beberapa buku lagi kat tempat kerja. Buku belum banyak koleksi, masih kira diperingkat awal mengumpul buku-buku. Sebulan 1 buku.

Masa usia kanak-kanak memang ayu dan buku tak dapat dipisahkan. Masuk pertandingan bercerita sejak umur 6 tahun dek kerana minat baca buku cerita.  Mak kata, ayu tak ubah macam arwah abah, minat membaca sangat-sangat.

Zaman remaja pula, ayu banyak membaca jugak tapi lebih kepada buku-buku versi novel-novel cinta dan majalah pula Dara.com. 

Tapi mungkin sejak umur meningkat dewasa ni, bahan bacaan jadi berubah lebih matang. Ayu jadi berfikir lebih jauh untuk mencari bahan-bahan yang menginspirasikan diri untuk menjadi lebih baik. Yela...umur-umur macam ni bakal-bakal jadi isteri dan kalau Allah izin satu saat nanti mesti lah nak jadi ibu juga, ofcoss la ayu nak jadi ibu yang berilmu. Agar anak-anak pun mencintai ilmu. :) Mak borek, anak rintik. hihi. Jauh kan fikir..hihihi

Ayu ada beberapa contoh sumber inspirasi perpustakaan di rumah :

ni perpustakaan rumah wardina safiyyah.
ayu suka kalau design bilik/ruang tu boleh jadi ruang solat dan mengaji juga. 

yang ni classic ni. sejuk mata memandang
banyak kebaikan perpustakaan di rumah ni. Ia memupuk minat membaca terutama buat kanak-kanak. Mungkin pada sesetengah individu, banyak bahan boleh baca kat intenet aje... tapi ayu tetap suka kat cara membaca tradisional dengan buku berbanding e-book. Sebab rasa puas dapat tengok buku-buku tu. hihi (-_*)

Nota : Korang ada tak pasang impian macam ayu?

18 September 2013

Rumah Idamanku

Assalamualaikum.


Ingat lagi zaman sekolah? Masa mula-mula belajar melukis. Belajar lukis rumah. Macam tu lah lukisan rumah dibayangan imaginasi kanak-kanak.

Setiap orang ada rumah idaman mereka kan? Macam tu juga ayu. Ayu nak ulas & sharing sikit berkaitan rumah idaman ayu dari 2 sudut iaitu lahiriah & rohani.

Rumah Impian Dari Sudut Lahiriah



Bentuk rumah dan jenis rumah yang ayu idamkan adalah sebiji rumah di atas sebidang tanah. Tak perlu terlalu besar, cukup lah sempurna dengan ruang tamu, dapur, bilik-bilik, ruang solat & terutamanya perpustakaan mini buat ayu dan keluarga.


Kalau boleh, kat ruang halaman rumah, ayu nak bina gazebo untuk ayu, bakal suami(coming soon la) dan bakal anak-anak (pun coming soon la) duduk bersantai petang-petang hari. Tiada yang lebih membahagiakan selain bersama orang tersayang. Ye tak?


Rumah Impian Dari Sudut Rohani

Ayu nak jadikan rumah ayu nanti, "Rumahku, Syurgaku".

Caranya, ayu kenalah berusaha untuk membina taman-taman syurga di dalamnya, iaitu dengan mengadakan majlis ilmu. Ayu mahu di rumah itu ayu & keluarga dapat solat berjemaah, adakan kelas solat & mengaji untuk anak-anak (coming soon). Suami mengajar isteri & anak-anak soal ilmu dunia mahupun akhirat serta Ayu mengimpikan sebuah rumah tiap-tiap harinya tak pernah sunyi dari bacaan Ayat Suci AlQuran.

Sabda Rasullulah, "Apabila kamu melewati taman-taman syurga, perbanyaklah berzikir.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud taman-taman syurga itu?” Beliau menjawab, “Ia halaqah-halaqah zikir (majlis ilmu)” (Riwayat Tarmizi)

Itulah serba sedikit tentang rumah impian & angan-angan ayu, sekiranya rumah impian lahiriah tu ayu tak dapat capai, cukuplah sekiranya rumah impian rohani itu tercapai. ;-)

sekian, kalau korang berminat nak sharing rumah impian korang, boleh join contest my story my life ni, sila klik .


Gangguan Di Rumah Sewa?

Assalamualaikum.
Susulan dari entry TIPS MASUK RUMAH SEWA yang ayu share berdasarkan pengalaman sendiri, ayu mendapat beberapa feedback dari rakan pembaca. 

salah satu dari cik aann.
cuba korang baca..

mengikut kata cik aann..beliau macam kes ayu lah, sewa rumah yang sebelumnya orang india menetap.
dah laksanakan tips tips ringkas macam ayu share dulu but still.. ada gangguan-gangguan seperti bunyi guli dari atas siling rumah, ditindih sesuatu, mimpi haiwan ganas dan juga rasa seperti ada benda dok tido sebelah kita.

sejujurnya..masa mula-mula ayu start dok rumah tu, sama lah macam cik aann rasa, cume alhamdulillah, tidaklah seteruk itu. Bila baca sharing from aann baru ayu fikir, agak-agak bunyi guli dari atas rumah tu bukan anak orang tingkat atas ke? :) tapi, ayu tak mahu memanjangkan isu tersebut. Ayu diamkan, tak fikir-fikir dan serahkan kepada Allah..ayu amalkan kelaziman baca ayatul qursi. Alhamdulillah.. tak de dah sekarang guli-guli berdenting tu. Masa awal-awal je dulu. dalam 1-2 bulan awal..

macam cik aann kata, beliau dah pergi berubat agar dijauhkan dari anasir-anasir seperti itu. Moga-moga berkat amalan kita dalam mengingati Allah sentiasa, rumah kita selamat dan selesa untuk didiami.

kesempatan ni, ayu nak share RUMAH RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT RAHMAT . moga-moga rumah yang kita diami tergolong antara rumah yang disukai oleh malaikat rahmat ni, sebab kalau Malaikat suka, Allah pasti suka. :) 

1.Rumah-rumah yang bersuci & berzikir.
2.Rumah-rumah yang rukuk & sujud.
3.Rumah-rumah yang bersifat benar & janji.
4.Rumah-rumah yang makanannya Halal.
5.Rumah-rumah yang penghuninya bersilatulrahim.
6.Rumah-rumah yang penghuninya berbuat baik kepada ibu & bapa.
7.Rumah-rumah Isteri yang solehah.
8.Rumah-rumah yang penghuninya menunaikan perkara2 yang hak & kewajipan.
9.Rumah-rumah yang memelihara rahsia-rahsia.
10.Rumah-rumah yang penghuninya menolak perkara haram & kemungkaran.
11.Rumah-rumah yang menolak segala bi’daah.
12.Rumah-rumah yang penghuninya mengamal salam & minta izin.
13.Rumah-rumah yang penghuninya bersifat merendah diri.
14.Rumah-rumah yang mampu (memaafkan ) & Ihsan ( berbuat baik ).
15.Rumah-rumah yang menolak perkara-perkara keji.
16.Rumah-rumah yang kasih & taat.

sumber : deamira

12 September 2013

TIPS : Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum

memandangkan ayu ada post entri berkaitan tips nak kasi hadiah untuk kekawan yang pindah masuk rumah baru, ada pulak new keyword yang menjengah {Tips Masuk Rumah Baru}

so, ayu terasa nak citer sikit lah tips tips ringkas untuk u olls yang nak pindah rumah berdasarkan pengalaman sendiri.(1thn lps)
gambar masa 6 hr baru pindah masuk. hehe. perabot tu disediakan oleh pihak kerajaan ya..

Rumah yang baru kita nak masuk ni terbahagi kepada beberapa jenis :-
  1. rumah fresh yang kita beli. Atau kita adalah penyewa 1st.
  2. rumah sewa/beli yang telah beberapa kali bertukar tangan tetapi semua nya islam.
  3. rumah sewa/beli yang kita pasti sebelum ni bukan islam. *ini situasi ayu*
okey, ayu mengalami situasi ke 3. Semestinya berat sikit.
ayu menyewa rumah keluarga india beragama hindu. dan yang ayu dengar cerita, sbelum india tu..cina beragama budha yang sewa. ayu agak beruntung sebab ayu dapat rumah yg 80% bersih tak ada lah ditinggalkan sampah sarap oleh penyewa sebelumnya. Ayu kan sewa kuarters kerajaan, mana ada tuan rumah nak datang bersihkan.hehe
  1. 1st thing ayu buat ialah.. Masuk rumah, pasang laptop dan play surah albaqarah. Ayu mmg rancang nak baca sendiri..tapi sebab masa tu nak mengemas dulu, kami pasang surah tu kat laptop dan nanti dh usai semua baru baca sendiri. "sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 
  2. Lepas tu masa mula-mula nak sinsing lengan baju nak mengemas ni, korang kena la makesure tiada sampah sarap yang ditinggalkan dalam rumah.. kalau ada, bersihkan dulu dan buang.
  3. Ayu cek semua pili air kat rumah. Sebab ayu merancang untuk samak guna tanah liat. walaupun ayu ada dengar dari ustaz/ustazah, kalau kita yakin tak ada anjing atau benda-benda mughallazah kat owner sebelumnya kita tak perlu samak, tapi ayu macam was-was sikit sebab penyewa situ dari awal adalah bukan islam. Ayu bancuh air tanah dalam baldi. (Tanah liat ambil kat kampung). kemudian, ayu gunakan mop lama yang orang tu tinggal kat situ dan mula meratakan air tanah tu ke seluruh lantai rumah. Termasuk gak dengan almari dapur, ayu ambil kain..dan ratakan ke seluruh almari. lepas tu, ayu siramlah dengan air paip sampai bersih. dan seterusnya..proses tarik air guna penarik air tu.. dan last sekali.. baru ayu bancuh air untuk mop guna pewangi lantai.*ayu rasa..selepas samak tu, ayu dapat rasa perbezaan. iaitu dari segi bau. bau-bauan sebelum ni sangatlah kuat. dan begitulah hebat Allah mencipta "samak" yang sgt-sgt berguna. bukan aje bersih, malah bau pun hilang.*
  4. selepas kering semuanya.. masuk waktu magrib, dan kenalan yg sama-sama bantu ayu dan adik-adik mengemas tadi azan di setiap bilik, dapur dan ruang tamu rumah dan laksanakan solat magrib.
  5. Dan after dah settle proses pembersihan.. baru lah ayu sikit demi sikit kemakan barang-barang.
Bila dah menetap, korang janganlah lupa untuk sentiasa membaca alquran selalu, sebab rumah yang dibacakan alquran in sha allah dijauhkan dari gangguan syaitan...

okey, done. apepun.bila kita buat apa-apa..mesti jangan lupa landasan islam. Back to fitrah. Islam tu agama fitrah..semuanya ada guide line..terserah kita lah, samada nak jadikan islam cara hidup ke tidak. :)

sumber mengenai samak rumah : alhafiz.net

10 September 2013

TIPS : Hadiah Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.
Macam mana dengan entry petang semalam. Korang dah baca? Pasal 3 barang free yang korang boleh dapat tu..handphone free, topup free & sample lactacyd free : KLIK SINI


Okey, harini ayu nak story sikit mengenai keyword hadiah masuk rumah baru yang orang google kat blog kecil ayu ni. Ni mesti kes sebab dulu (1 tahun lps) masa ayu mula pindah masuk rumah ni ayu pernah buat entry mengenainya dan juga ayu ada story pasal orang-orang baik budi yang kasi hadiah kat ayu untuk melengkapkan rumah kecil tu. Ni entrinya : Hadiah Sempenan Masuk Rumah Baru. Korang yang baru tau, rumah tu bukan lah rumah baru beli. cume sewa a.k.a kuarters kerajaan. ehehe

antara hadiah/pemberian yang ayu terima & boleh dijadikan tips untuk korang bagi hadiah untuk kawan/sedara korang yang baru pindah ialah :
  • batu lesung. ni dari mak ayu. batu lesung tu kata mak, mak beli masa mak & arwah abah mula-mula kawin. Batu lesung tu sangat berguna ya tuan tuan dan puan puan. even ayu belum pun ada mak mertua datang nak test sambal belacan ayu, tapi ia tetap berguna untuk orang yg belum ada blender ketika itu. :)
    nampak batu lesung yg tertenggek kat tepi singki tu? ni gambar masa 6 hari baru pindah.. 
  • Set Cawan/Gelas/pinggan mangkuk/canister isi garam/periuk kuali
mak adalah sumber utama ayu lah. hehe.. mak kasi ayu 1 set cawan untuk air panas.. kira ketika tu ada saudara ziarah ayu, tidaklah ayu malu sebab ada set cawan untuk hidangkan kopi/teh panas. 

hadiah dari busu
canister (bekas kaca comel) pulak hadiah dari busu ayu. dia kasi 2 biji canister. dan sampai harini masih ayu guna.. 1 untuk garam, 1 untuk asam jawa. :-)

gelas kaca yg fuh! meletops tu pun dari busu juga. sampai skrg lum guna. hihihi. tunggu buat candle light dinner bila kawin nnt kot. muaahahaha...

periuk comel tu juga dari busu ayu. :)
  • Toto/comforter
mak ayu kasi dua. busu ani ayu kasi 2.

pun dari busu.
 alhamdulillah. benda ni sangat penting ya u olls.. masa tu ayu lum ada tilam.. dan kalau orang datang nak tumpang tido.. menda alah ni la yg jd penyelamat.. xkan nak tidur atas mozek tu...huhuu
  • pengukus - dari mak cik. yang ni best. masa tu ayu balik muar, mengadu kat mak yang nak beli pengukus. sebab ayu suka stim ikan dan kek coklat kukus. so, kebetulan ibu saudara kesayangan ayu ada masa tu, dan dia offer kukus dia yg terperuk xdiguna. hehehe apa lg.. ayu xtolak. Alhamdulillah
sebenarnya ada lagi. sedara sedara & kawan-kawan kasi.
  • bekas kuih, set cawan, piring.- dari cik ani.
  • gelas & pinggan mangkuk. - dari kak nurul
Korang juga boleh kasi benda-benda di bawah ni sebagai hadiah :
  • set pisau
  • rak cawan pinggan
  • jam dinding
  • water heater
  • blender
  • iron
  • cadar
  • rak kasut
dan macam -macam lagi. rasanya tips kat atas ni boleh korang gunakan untuk kasi hadiah untuk kawan-kawan/sedara/adik beradik yang nak pindah rumah tapi ZERO mcm ayu. Atau boleh juga korang kasi kat pengantin baru kan. dan barang yang tersenarai di atas tu hanya yg jenis-jenis mampu beli lah. kalau korang kaya.. beli la hadiah TV ker.. Hifi ke.. tilam Vono ke.. hehehhe..


apepun. bila kita memberi sesuatu haruslah ikhlas.. dan ingatlah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

harap membantu :)

07 October 2012

Hadiah Sempena Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.

Sekarang jam 8.40 am.
Semua dah pegi kerja kan?
aku je belum.
sebab aku masuk pukul 10.00 am..
dah macam orang kerja kat pasaraya kan..bukak pukul 10. hehehe..
anggap je la begitu.

Ok. harini mau cerita tentang semalam.

Mula-mula..ucap ALHAMDULILLAH..
Lepas aku sibuk-sibuk kononnya bercuti ke legoland (rujuk entry semalam : Legoland)
aku gi umah my best aunty. call her Busu Ani... ala yang kasi tv tu. hehe

Dia kasi aku hadiah.

Sape tak suka hadiah kan?

1 set gelas seksi. 
*owh..aku terus bercita-cita nak buat desert nak rasmikan glass cun tu*

1 sauce pan. *ada bunga-bunga pink ok. cun sangat*

2 biji canister kaca.
 *Ni dah lama aku aim. tapi tak beli-beli. Akhirnya dapat juga. makin berseri dapur i. =))*

Dan lastly aku dapat dua helai toto.
wah..
terus rasmi ha.. hihihi.

Nota Jari Manis :
Terharu tengok adik aku bawak bekal gi kerja nasi dan lauk-pauk yg aku masak.

Love,
Ayu Zan

04 October 2012

Rumah baru

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?
dah 1 tahun lupakan blog ni..
eh. eh. bukan lupa.. banyak sangat benda di lalui sehingga terpaksa melupakan 'teratak' ini.
berkulat bersawang kot da?
haha..
xpela..yg penting tak di makan anai-anai. hihi

sebut pasal anai-anai,
aku skarang dah berpindah ke rumah baru dan mendapat pekerjaan baru.
alhamdulillah.. 

harini masuk hari ke-5 di rumah baru.
duduk dengan adik ke-3 aku...
owwh.. mcm tengah praktis jadi suri rumah ok..
memasak sendiri.. tu yang paling best. hehe..
bule la test power. lama dah xpegang senduk.

=))

oklah kawan-kawan follower ku sekalian..
lepasni slow-slow aku cube get long dengan korg ya..
cube blogrunning smula.. =)

Love,
Ayu Zan