Assalamualaikum.
Susulan dari entry TIPS MASUK RUMAH SEWA yang ayu share berdasarkan pengalaman sendiri, ayu mendapat beberapa feedback dari rakan pembaca.
salah satu dari cik aann.
cuba korang baca..
mengikut kata cik aann..beliau macam kes ayu lah, sewa rumah yang sebelumnya orang india menetap.
dah laksanakan tips tips ringkas macam ayu share dulu but still.. ada gangguan-gangguan seperti bunyi guli dari atas siling rumah, ditindih sesuatu, mimpi haiwan ganas dan juga rasa seperti ada benda dok tido sebelah kita.
sejujurnya..masa mula-mula ayu start dok rumah tu, sama lah macam cik aann rasa, cume alhamdulillah, tidaklah seteruk itu. Bila baca sharing from aann baru ayu fikir, agak-agak bunyi guli dari atas rumah tu bukan anak orang tingkat atas ke? :) tapi, ayu tak mahu memanjangkan isu tersebut. Ayu diamkan, tak fikir-fikir dan serahkan kepada Allah..ayu amalkan kelaziman baca ayatul qursi. Alhamdulillah.. tak de dah sekarang guli-guli berdenting tu. Masa awal-awal je dulu. dalam 1-2 bulan awal..
macam cik aann kata, beliau dah pergi berubat agar dijauhkan dari anasir-anasir seperti itu. Moga-moga berkat amalan kita dalam mengingati Allah sentiasa, rumah kita selamat dan selesa untuk didiami.
kesempatan ni, ayu nak share RUMAH RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT RAHMAT . moga-moga rumah yang kita diami tergolong antara rumah yang disukai oleh malaikat rahmat ni, sebab kalau Malaikat suka, Allah pasti suka. :)
1.Rumah-rumah yang bersuci & berzikir.
2.Rumah-rumah yang rukuk & sujud.
3.Rumah-rumah yang bersifat benar & janji.
4.Rumah-rumah yang makanannya Halal.
5.Rumah-rumah yang penghuninya bersilatulrahim.
6.Rumah-rumah yang penghuninya berbuat baik kepada ibu & bapa.
7.Rumah-rumah Isteri yang solehah.
8.Rumah-rumah yang penghuninya menunaikan perkara2 yang hak & kewajipan.
9.Rumah-rumah yang memelihara rahsia-rahsia.
10.Rumah-rumah yang penghuninya menolak perkara haram & kemungkaran.
11.Rumah-rumah yang menolak segala bi’daah.
12.Rumah-rumah yang penghuninya mengamal salam & minta izin.
13.Rumah-rumah yang penghuninya bersifat merendah diri.
14.Rumah-rumah yang mampu (memaafkan ) & Ihsan ( berbuat baik ).
15.Rumah-rumah yang menolak perkara-perkara keji.
16.Rumah-rumah yang kasih & taat.
sumber : deamira
