Nuffnang

18 September 2013

Gangguan Di Rumah Sewa?

Assalamualaikum.
Susulan dari entry TIPS MASUK RUMAH SEWA yang ayu share berdasarkan pengalaman sendiri, ayu mendapat beberapa feedback dari rakan pembaca. 

salah satu dari cik aann.
cuba korang baca..

mengikut kata cik aann..beliau macam kes ayu lah, sewa rumah yang sebelumnya orang india menetap.
dah laksanakan tips tips ringkas macam ayu share dulu but still.. ada gangguan-gangguan seperti bunyi guli dari atas siling rumah, ditindih sesuatu, mimpi haiwan ganas dan juga rasa seperti ada benda dok tido sebelah kita.

sejujurnya..masa mula-mula ayu start dok rumah tu, sama lah macam cik aann rasa, cume alhamdulillah, tidaklah seteruk itu. Bila baca sharing from aann baru ayu fikir, agak-agak bunyi guli dari atas rumah tu bukan anak orang tingkat atas ke? :) tapi, ayu tak mahu memanjangkan isu tersebut. Ayu diamkan, tak fikir-fikir dan serahkan kepada Allah..ayu amalkan kelaziman baca ayatul qursi. Alhamdulillah.. tak de dah sekarang guli-guli berdenting tu. Masa awal-awal je dulu. dalam 1-2 bulan awal..

macam cik aann kata, beliau dah pergi berubat agar dijauhkan dari anasir-anasir seperti itu. Moga-moga berkat amalan kita dalam mengingati Allah sentiasa, rumah kita selamat dan selesa untuk didiami.

kesempatan ni, ayu nak share RUMAH RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT RAHMAT . moga-moga rumah yang kita diami tergolong antara rumah yang disukai oleh malaikat rahmat ni, sebab kalau Malaikat suka, Allah pasti suka. :) 

1.Rumah-rumah yang bersuci & berzikir.
2.Rumah-rumah yang rukuk & sujud.
3.Rumah-rumah yang bersifat benar & janji.
4.Rumah-rumah yang makanannya Halal.
5.Rumah-rumah yang penghuninya bersilatulrahim.
6.Rumah-rumah yang penghuninya berbuat baik kepada ibu & bapa.
7.Rumah-rumah Isteri yang solehah.
8.Rumah-rumah yang penghuninya menunaikan perkara2 yang hak & kewajipan.
9.Rumah-rumah yang memelihara rahsia-rahsia.
10.Rumah-rumah yang penghuninya menolak perkara haram & kemungkaran.
11.Rumah-rumah yang menolak segala bi’daah.
12.Rumah-rumah yang penghuninya mengamal salam & minta izin.
13.Rumah-rumah yang penghuninya bersifat merendah diri.
14.Rumah-rumah yang mampu (memaafkan ) & Ihsan ( berbuat baik ).
15.Rumah-rumah yang menolak perkara-perkara keji.
16.Rumah-rumah yang kasih & taat.

sumber : deamira

7 comments:

TelingaBulat said...

alhamdulillah time kasih for sharing ;)

Sheila Salim said...

Assalmaualaikum ayu. thanks sharing ya :)

Teena Tna said...

Insya Allah, sama2 kita amalkan..

Yumida Huda said...

alhamdulillah..nice sharing ayu
blh praktikkan di umah ni
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Akmal Halim said...

menarik perkongsian ayu kali ni..tapi kan..kalau rumah tu jenis setingkat je..anak siapa pulak yg main guli kat atas tu??hee :P

Norhasniza Khalid said...

seyes beb!! mama pengecut.. dulu masa baru pindah sini, setahun mama follow suami mama pergi kerja.. haha

Mahirah Ridzuan said...

ayu, rumah akak masa baru pindah dulu pun pernah kena mcm ni... yg bestnya masa tu dia main waktu siang... hubby baru beli rumah tu so dia tinggalkan akak kejap yg masa tu tgh cuci rumah sbb nak keluar beli makanan je... masa tengah mengemop lantai tu akak bacalah ayatul kursi sampai 3 kali... tak ada angin ke apa tetiba ada sesuatu tolak pintu dapur akak berdentum, disusuli dengan salah satu pintu bilik tidur kita org... berderau jantung akak oi... tp akak buat releks je... bukak sliding door luas2 pastu termenung kejap... mcm kena buat sesuatu sbb sebelum kami pindu situ dah 6 bulan rumah tu tak berpenghuni... yelah rumah barukan...

So, bila kita org dah pindah ngan perabut bagai.. mmg ada bunyi guli berdenting2 kat atas.. dan akak rasa pernah kena tindih 2 kali masa tido.. dah geram sbb kena ganggu, akak buat2 berani je wlupun hati kecut juga.. anak akak pun selalu nampak... budak kecikkan... masa tu dia 2 tahun... klu kita tunjuk yg kita takut nanti lg dia kacau... so akak cari doa al ruqyah kat 4shared... download... mlm tu pasang kuat2 gila babeng dengar budak2 berlari lintang pukang menuju ke laluan pintu masuk utama ruma... meaning dia larikan diri... huhuhu scary dow... mlm tu dan seteruskan kami tido ngan nyenyaknya tanpa mimpi apa2 dan gangguan apa2...

cuba lagi cari doa al ruqyah pasang tiap2 malam... rumah kita perlu sekurang2nya mengaji 1 kali seminggu... paling tidak setiap kamis bukak yasin kat oasis.. akak mmg every weekend je mengaji.. klu tiap2 malam kdg2 tak sempat sibuk... try ek...