30 September 2013

Madu - Ubat sakit tekak

assalamualaikum.

2 hari lepas ayu ada sharing entry mengenai ayu putus suara kan?
hampir 2 hari ayu berusaha untuk pulihkan. Pagi sabtu celik mata pagi tu dah tak bersuara, puas cuba keluarkan sang kahak jika ada. Tapi tak ada. :(

jom kita tengok apa usaha ayu buat untuk cepat-cepat boleh bersuara.

Kumur dengan air garam

orang kata takut bakteria kat tekak. so, kumur-kumur lah.

Minum air asam jawa

ya.. sabtu pagi tu ayu bedal 2-3 mug air asam jawa. dah lah masa tu ayu nak keluar untuk survey barang yang memerlukan suara untuk bertanya itu ini. Astagfirullah..seksa masa tu. Adik ayu jadi jurucakap

Minum air kosong banyak-banyak

yang ni ofcos la.. :)

Beli ubat herba cina.

masa dok survey barang, ada kedai sing se kat sebelah, terus tanya dengan bahasa isyarat nak beli ubat. dia tanya nak yang persediaan herba atau ubat batuk biasa. Ofcos ayu akan pilih yang tak da dadah. Ayu beli ubat cina tu. Kena rendam dalam air dan minum. Ayu buat hampir 3 botol. *betul2 nak cepat sembuh*

Madu Asli

Alkisahnya memang nak bertemu dengan makanan sunnah ni, ahad semalam ayu bawa mak ke kota tinggi, otw balik singgah solat zuhur di masjid sebelahnya ada kedai, nak beli air..ternampak pula madu asli. Selepas jurucakap-jurubahasa ayu tanya itu ini kat pakcik mengenai madu. Akhirnya ayu beli sebotol kecil. Botol kecil RM 28 botol besar RM50.

Pesan pakcik tu :

Badan saya panas dalam, sebab tu putus suara..

dia nasihat supaya, 1 sudu + Perahan limau kasturi = makan. Insya allah putus suara tu lega.

Dia kasi tips lagi, madu asli boleh pulihkan orang histeria (diganggu syaitan). Letak di jari kemudian oles di mulut pesakit, in sya allah pulih..


“…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 69)

di takdirkan Allah, lepas singgah solat di masjid tu, dan jumpa pakcik tu beli madu, belum pun diminum madu itu, dah keluar sikit-sikit suara ayu. Alhamdulillah.. :)

dan sekarang suara ayu alhamdulillah dah ada halus-halus, macam tembok di tekak dah roboh separuh. Cuma sekarang batuk lah pula.. :) in sya allah.. terus amalkan madu ni baik dan sembuh dengan izin Allah. Malah, dapat pahala amalkan sunnah.

makan madu jangan dengan sudu besi ya.. Harus guna sudu plastik,kaca,seramik atau kayu.
INGAT! Jangan makan madu dengan sudu besi : http://saudagarmadu.blogspot.com/2007/06/mengapa-guna-sudu-plastik.html


Nota : Makanan Sunnah itu hebat kan. Dan ayu belajar sesuatu. Macam mana rasanya jika Allah ambil nikmat bersuara kita.. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat kurniaannya...

2 comments:

memmetlenggeng said...

akak pun sakit tekak gak nih...tapi stok madu takde lak

Unknown said...

ooo..begitu..