Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

01 October 2013

Terpijak Gunting Melengkung

Assalamualaikum.

kesihatan ayu nampaknya belum di tahap yang begitu baik. semalaman tak tidur dek batuk-batuk. :(
Sudahnya kerja dengan mata mengantuk sebab tidur kurang kualiti. doakan ayu sembuh cepat ya.

okey, 
gambar di bawah di gunting melengkung yang biasa crafter guna untuk gunting benda kecik2.
macam gunting huruf ke... atau apa sahaja lah.


nak dijadikan cerita, ayu pernah terpijak gunting tu. masa tu baru 2 hari beli dengan SUS. Tajam kemain..
okey, korang mesti la tahu apa jadi lepas tu.
berjurai-jurai darah mengalir tak henti henti.
dan ayu pun jalan terhincut-hincut lah.

tapi itu cerita lama. Sekarang dah sembuh.
cume bekas still ada. tiap kali nampak gunting tu, mesti teringat.

Nota : Sekarang ayu sangat hati-hati bab gunting. haha.. fobiaaa...

30 September 2013

Madu - Ubat sakit tekak

assalamualaikum.

2 hari lepas ayu ada sharing entry mengenai ayu putus suara kan?
hampir 2 hari ayu berusaha untuk pulihkan. Pagi sabtu celik mata pagi tu dah tak bersuara, puas cuba keluarkan sang kahak jika ada. Tapi tak ada. :(

jom kita tengok apa usaha ayu buat untuk cepat-cepat boleh bersuara.

Kumur dengan air garam

orang kata takut bakteria kat tekak. so, kumur-kumur lah.

Minum air asam jawa

ya.. sabtu pagi tu ayu bedal 2-3 mug air asam jawa. dah lah masa tu ayu nak keluar untuk survey barang yang memerlukan suara untuk bertanya itu ini. Astagfirullah..seksa masa tu. Adik ayu jadi jurucakap

Minum air kosong banyak-banyak

yang ni ofcos la.. :)

Beli ubat herba cina.

masa dok survey barang, ada kedai sing se kat sebelah, terus tanya dengan bahasa isyarat nak beli ubat. dia tanya nak yang persediaan herba atau ubat batuk biasa. Ofcos ayu akan pilih yang tak da dadah. Ayu beli ubat cina tu. Kena rendam dalam air dan minum. Ayu buat hampir 3 botol. *betul2 nak cepat sembuh*

Madu Asli

Alkisahnya memang nak bertemu dengan makanan sunnah ni, ahad semalam ayu bawa mak ke kota tinggi, otw balik singgah solat zuhur di masjid sebelahnya ada kedai, nak beli air..ternampak pula madu asli. Selepas jurucakap-jurubahasa ayu tanya itu ini kat pakcik mengenai madu. Akhirnya ayu beli sebotol kecil. Botol kecil RM 28 botol besar RM50.

Pesan pakcik tu :

Badan saya panas dalam, sebab tu putus suara..

dia nasihat supaya, 1 sudu + Perahan limau kasturi = makan. Insya allah putus suara tu lega.

Dia kasi tips lagi, madu asli boleh pulihkan orang histeria (diganggu syaitan). Letak di jari kemudian oles di mulut pesakit, in sya allah pulih..


“…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 69)

di takdirkan Allah, lepas singgah solat di masjid tu, dan jumpa pakcik tu beli madu, belum pun diminum madu itu, dah keluar sikit-sikit suara ayu. Alhamdulillah.. :)

dan sekarang suara ayu alhamdulillah dah ada halus-halus, macam tembok di tekak dah roboh separuh. Cuma sekarang batuk lah pula.. :) in sya allah.. terus amalkan madu ni baik dan sembuh dengan izin Allah. Malah, dapat pahala amalkan sunnah.

makan madu jangan dengan sudu besi ya.. Harus guna sudu plastik,kaca,seramik atau kayu.
INGAT! Jangan makan madu dengan sudu besi : http://saudagarmadu.blogspot.com/2007/06/mengapa-guna-sudu-plastik.html


Nota : Makanan Sunnah itu hebat kan. Dan ayu belajar sesuatu. Macam mana rasanya jika Allah ambil nikmat bersuara kita.. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat kurniaannya...

27 September 2013

Tak ada suara

Assalamualaikum.

Cuaca sekarang tak tentu.
Dan ayu pulak sejak beberapa hari tekak dok perit perit. Semalam dah mula rock suara. Dan tambah kritikal, bangun pagi tadi tak ada suara langsung. Dengan lafaz bismillah, dah pun makan strepsil berbiji-biji tapi still suara tak mo keluar. Minum air asam jawa pun dah. Ia agak menyukarkan urusan ayu untuk bercakap, especially urusan penting.

Ada tips lain? Mungkin boleh share sini..

Published with Blogger-droid v2.0.10