25 February 2014

'Sis' ketika jual beli

Assalamualaikum

hehe, saje je nak up story ni. Ayu kan seller online, juga buyer online.
Kalau shopping kita sms/text/pm kan, mesti macam jadi kebiasaan panggil si penjual tu sis.
begitulah sebaliknya.

Alkisah pernah 1x tu saya panggil buyer saya sis masa dia nak beli tasbih. Sebab, saya baca nama dia nama perempuan. Rupanya dia lelaki. "Maaf puan ayu, saya Suh***i BIN ***." hihi. Sungguh-sungguh ayu ucap maaf kat beliau. Nasib baik encik tu tak cancel order. Adeh.. (-_-)

Lepas tu satu kisah lagi, FB dia PM ayu, namanya SHAM SUL, gender : Male. Ofcos ayu formal, panggil encik. Tiba-tiba masa whatsapp pula, dia cakap, dia perempuan sebenarnya. Nak menyorok identiti masa mencari goodies untuk kahwin dia, takut kawan-kawan terdekat tahu tu dia.hihihi.

Macam macam kan.. Kadang tu tak nak ber'sis' ni, tapi macam jadi trend pulak. hoho

Gambar Berbicara : Kebab Cinta Ayu


:)

24 February 2014

BE 1-2014 : Laneige

assalamualaikum

setelah ayu rasa nak merajuk dengan nuffnang dan busy sangat 2,3 hari kebelakangan ni, x update entry, masuk pulak CPUV PERTAMA dalam tahun ni. ish ish. 2 bulan tanpa cpuv. Akhirnya mr nuff datang memujuk.hehe alhamdulillah.


BE kali ni iklan LANEIGE Serum Intense Lipstick. Terkejut juga tau. Yela, ni kan produk-produk kecantikan, pihak advertiser pilih blog ayu, memang rare la kan. hihi. apepun, syukur sangat-sangat. Membuak balik semangat blogging ayu yang memudar semalam.hihi

jom, kalau korang nak usha lipstick laneige ni..atau apa-apa produk laneige ni.. boleh direct ke FB Laneige Malaysia atau klik iklan di sana sini blog ayu.

TQ Mr Nuffnang & Laneige kerana memilih blog ayu untuk iklan kali ini. :) TQ jugak kat pelawat-pelawat rakan-rakan blogger yang tak jemu ziarah blog ini. :)

Cotton Beg

assalamualaikum

Sorry kalau ada yang singgah sini tapi balik-balik entry sama. Biasala la kan.. ada masa busy sangat dan mood ke laut jadilah begini. Yela,.. bila penat, mood blogging pun tiada. hari-hari bukak blog sendiri tengok entry lama je. hihi.

oklah, just nak share.. hari tu ayu ada buat beg tote satu set kan? lepas-lepas tu ayu ada buat lagi beg tote tu. tapi kaler lain. Kiranya ada 2 set lah. dan dah pun settle. hehe.

set beg
pastu, ayu pun tambah brooch kat beg. kiranya, kalau brooch tu nak tanggalkan dan letak kat tudung pun bole. hihi.. salah satu nya, pembeli jadikan hadiah buat seseorang. siapa? ayu pun xtanya..anak dia kot.

merah
pepel

dan masa free tu ayu buat juga coin purse. ada lah beberapa biji ni. ayu jual lah RM 5 sebijik. hihi. suka-suka je untuk budak-budak. 

coin purse pelbagai perisa

hehe. entry basi ni kan. tapi tak pelah, hihi. just sharing...

18 February 2014

Dulu Lain Sekarang Lain

Assalamualaikum

pagi tadi dengar radio IKIM topik dulu lain sekarang lain kalau tak silap. Yela, dengar sikit je masa on the way pergi kerja. Macam-macam orang cakap.

hmmm..no komen

dulu kena rotan kat sekolah tunjuk mak pak, kena "nasi tambah" lagi.
sekarang kena rotan, tunjuk mak pak, makpak datang sekolah marah cikgu.

isk isk













dulu kalau bawak report card merah-merah kena marah mak pak,
sekarang kalau report card merah-merah cikgu kena marah.

hehe.. tu je dua yang ayu dengar kat radio lah.

ada banyak lagi kan beda dulu dan sekarang.. terlalu banyak. Tapi harapnya keluarga ayu nanti (bila ada anak-anak) tidaklah jadi seperti foto di bawah. Allahu Robbi, tiada nilai kekeluargaan langsung. Masing-masing dengan gadget. Salah guna tu. huhu

jangan jadi mcm sekarang tu


Till then, daa.. Wassalam

17 February 2014

Tasbih Elektronik

Assalamualaikum

Bismillah...

Macam yang korang tahu, ayu adalah penjual tasbih. Ada pelbagai jenis tasbih dipasaran sekarang. Antara yang ayu suka nak war-warkan di sini ialah tasbih elektronik yang sangat mudah dan ringkas untuk digunakan. Biasa ayu gunakan ketika memandu. sebab dia ada tali yang membentuk seperti tali jam. So, just perlu setkan muat jari anda. Dan boleh zikir dan count dengan memicit/menekan butang dia setiap kali melafazkan zikir tu.



Ayu tahu, nak zikir tak ada tasbih pun boleh kan? Tapi secara peribadi, alat-alat count zikir ni sebenarnya berguna untuk kita memberi fokus pada apa yang dilafazkan.. Kalau tak ada, boleh jadi hilang fokus kadang-kadang.(secara peribadi lah) Ya.. boleh juga guna khidmat count guna senggat jari seperti yang dipelajari ramai. Kalau lepas solat, duduk-duduk mungkin sesuai.

Tapi, kalau memandu, ketika trafik sesak, tangan masih perlu berpaut pada stereng, rasanya tasbih elektronik yang compact ni adalah solusi paling sesuai.

Even, baru-baru ni ada juga yang memberikan tasbih digital ini sebagai hadiah kenduri mahupun walimatulurus. Allahu Robbi.. Moga ramai mendapat manfaatnya.


Lagipun, harganya bukannya terlalu mahal, sesetengahnya bagi doorgift dengan harga yang lebih mahal dari harga tasbih ni kan? :) Yela.. tepuk dada, tanya iman, tanya akal, tanya selera.


Untuk rakan-rakan yang nak beli secara runcit atau sikit-sikit untuk guna sendiri... ayu jual dengan pembelian minima 5 pcs dengan harga RM20. dan poslaju kos RM6 sm/RM9ss. Kalau beli lebih banyak, lebih murah. boleh jadi RM2 sahaja per pc. tapi tu kena beli borong la. 


Kalau ada yang minat, just bagitau qty anda nak dan boleh direct sms ayu 0103787836 atau email ayuzan@hotmail.com.

16 February 2014

Steamboat @ Dataran Bandaraya Johor Bahru

Assalamualaikum

Ni cerita minggu lepas.

Rasa-rasa siapa duk JB mesti tahu tempat makan steamboat cucuk-cucuk kat Dataran JB kan? Yang dekat jam besar tu.

setakat ni baru 2x gi try makan situ. Itu pun lepas bernikah dan suami yang bawak. Sebelum-sebelum tu tak pernah jejak. hihi

ada banyak lori yang jual cucuk-cucuk beserta kuahnya. Korang boleh baca kat sini untuk tengok pendapat ramai tentang lori/gerai yang sedap dan tak sedap serta mahal atau murah.

Dah 2x ni kami makan kat gerai no.8. Sedap sedap sedap kuah cicah dia. tu yang 2x masih tersinggah kat situ. Tapi tadi baca kat komenkomen orang ada yang kata paling sedap gerai/lori no.9. ouh. harus cuba lah nanti-nanti. Tapi tak tahu lah bila. hehe

sedap sedap.

Steamboat ni dikira berdasarkan cucuk yang kita ambil. Setiap lidi ada harganya. Kalau tak silap ayu, lidi plain tak ada warna harga 50 sen. Lidi hujung warna merah RM1 dan warna biru RM2. So, korang pick pick pick dan nanti diorang kira. Masa 1st time makan, banyak amik cucuk kaler merah. so total bayar rm17.50. Yang 2nd time banyak amik cucuk biru jadilah RM24. hihihihi.

Ok lah, for those yang lom try, meh la try. makan sambil hirup udara JB. hek hek hek. pastu guling-guling kat dataran. :)

Till then, taa..

15 February 2014

SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

Assalamualaikum

Ayu join GA dari saudara Ikhwan. Kebetulan beliau invite ketika komen di entry sebelum ni. Dan sebab GA contest ni adalah satu peluang menyebar manfaat, sudah tentu ayu nak join. Beliau minta share kan QUOTE menarik. Nak share banyak pun boleh katanya. Tapi ayu cume nak share 1 je. 

"Mujahadah Itu Pahit, Kerana Syurga Itu Manis"


Ya... Mujahadah dalam dunia serba mencabar ni memang sangat sukar, tergelincir sikit masuk ke lembah lembah penuh dosa. Terleka sesaat boleh tergoda dengan godaan Syaitan durjana. 

Tapi.

Susah macam mana pun nak harungi dunia medan penuh ujian ni, kita kena kuatlah. Demi menggapai syurga yang penuh dengan kemanisan. :)

Nak join?

jom lah klik banner di bawah. :)


13 February 2014

Set Beg Kaler Purple

Assalamualaikum.

Terajin pagi-pagi jumaat tadi.
Jahit set beg tote + make up case + coin purse kaler purple. 


Kalau dah termula jahit, busy pun curik masa nak menjahit. Nanti iklan lah. Kalau ada yang nak beli, ayu jual. Kalau tak ada, pakai sendirilah. hhihihihi. Tote bag tu sesuai nak letak telekung. 

:)



12 February 2014

Sup Sayur, Ayam dan Telur

Assalamualaikum

Saje nak share super simple menu ni. Bihun sup yang isi sup nya ada macam-macam. ada telur, ayam dadu, sawi, jagung kecik dan carrot.

Ni menu last week. husband request nak bihun sup yang ada telur dan sayur. So, jadilah gini..
Ala, nak share resepi pun segan sebab resepi mudah kan.

Masak sup ayam seperti biasa --> masukkan sayur --> masukkan telur. siap. :) taburkan daun sup dan bawang goreng untuk tambah kesedapan.

Sup Sayur, Ayam dan telur

Oleh sebab ayu baru je nak berjinak dalam Diet Atkins . Ayu merasakan menu ini agak sesuai untuk atkiners. Tambahkan lebih sayur hijau dan tukar lah carrot tu dengan sayur lain. hihi. cume bihun tu lah, kena avoid untuk 2 weeks induction phase. :)

Nota : Tq Sis Yui, tadi dok berguru dengan beliau pasal Atkins ni. hihi.

Aku Ada Wali

Assalamualaikum

Aku Ada Wali.

Itu adalah tajuk kepada sebuah drama di TV Alhijrah. Sebuah drama yang sarat dengan manfaat dan pesanan. Ayu sukakan drama seperti ini. Dahlah jalan cerita mudah faham, realistik, meyakinkan dan view di KOREA tu memang menyebabkan ayu terpaut menunggu drama ini setiap Selasa jam 10 malam. Berhibur dalam landasan, In Sha Allah. Dan memang selalunya drama tayangan di stesen tv ini jarang mengecewakan.

Siapa kata drama yang sepenuhnya syari'e ni tak best? Best. Dan tak nampak mana-mana yang tak betul dalam drama ni. Selalu nengok drama yang kononnya islamic, tapi bila part di bilik/rumah, buka tudung dan aurat didedah. Tapi yang ni tidak. dan tidak sama sekali ya.

Drama ni adaptasi novel Aku Ada Wali oleh Fatimah Syarha. My favorite ustazah dan penulis yang sangat saya gemari buah tangannya/

Jom kita baca sinopsis drama Aku Ada Wali dan saya selitkan juga trailernya.


SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.




Lagu dia pun sedap di dengar. Halwa telinga yang best. Tajuk Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Saddi. Best best best. :)

okey, jumpa next entry. 

Mini February Giveaway

Assalamualaikum. 

GA ni pun best gak ni. hihihi.. ayu join. Korang jom la sama join. kot kot menang slimming suit tu. (macam je ayu ramai follower kan) hihi.


[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st Top Referral:
Natural Bamboo Slimming Suit bernilai RM55

2nd Top Referral:
4 Strand Mixed Bracelet bernilai RM38

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Hairclip
2x Fridge Magnet
2x Button Badge
4x Keychain
4x Bookmark

Style Shades
Brooch Riben
Belt
Mini Pouch
Necklace (with box)

Obuse Liptint
Majalah JOM!
Album Gambar 4R
Handsock berenda
EXO XOXO Sehun Replica Photocard

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.

harus lah join GA blogger shida yang meletups ni. hadiah dia banyakkkk... kot la sangkut sebiji.hihi alhamdulillah
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

09 February 2014

Oily! Roti minyak

assalamualaikum

Ayu ni bukan lah jenis baik sangat sampai tak makan makanan bergoreng, tapi kalau dah sampai gini gayanya... ayu gigit 1x, ayu punya loya sampai berjam-jam.

roti minya

Harga RM1, sosej belah dua je kat dalam cas 50 sen. Roti dan minyak cas 50 sen. tak ada rasa telor pon. Rasa minyak je. Sebab tu panggil roti minyak.

Oleh sebab da rasa minyak, ayu tarik la sosej konon nak makan dalam dia. Tapi, adeh. sosej dia pun sangat pelik rasanya. Mungkin sebab tekak ayu dah rasa minyak kot. huuu

Jangan lah macam ni, bahaya kan.. Memang tak kan beli lagi lah kat situ.

"Giveaway 5 Hari je"

Assalamualaikum

KLIK BANNER UTK JOIN

merajinkan diri join GA ni sebab nampak comel je hadiah notebook dia. hihi

HADIAH :

notebook bear & rabbit je * bukan laptop tu ye *

DIY : Apron

Assalamualaikum


Balik haritu buatkan mak apron masa cuti di kampung. Ada kain lebih lebih banyak kan. Cume kain tu nipis, jadi ayu double dua layer.. 1st try sebenarnya. Senget benget menjahit.

apron untuk mak.

Nanti nak buat untuk diri sendiri pulak.hehe. Bole je beli kan..tak mahal pun. Tapi kepuasan bila dapat DIY even hasilnya bukan booomm sgt pun. hehe

Takaful Pilihan Anda

Assalamualaikum.

Takaful ni sejenis perlindungan dalam islam. Sama konsep macam insurans juga cuma beza nya sistem takaful ni islamic. Jadi telus dan halal. Ayu secara peribadi memilih takaful berbanding insurans. Yelah, kita wajib pilih yang syariah selagi mana mampu, kecuali Malaysia ni tak ada sistem perlindungan berbentuk syari'e ni. Kata Islam, ayuh sokong Islamic product & service. :)

Baru-baru ni ayu didatangi oleh beberapa sahabat yang masing-masing dok promote produk mereka. Semua dari TAKAFUL. Ada yang TAKAFUL MALAYSIA, ETIQA TAKAFUL dan juga baru-baru ni Great Eastern Takaful pula yang dikatakan mendapat award best operator takaful.

Ayu belum buat pilihan. Guna PM care company suami je kot buat masa ni. Dan guna klinik kerajaan je dulu. Ayu tahu, takaful ni keperluan. Memang nak pun. tapi pilih-pilih lagi. Yang murah(kira mampu lah), berbaloi, syarie' dan juga yakin tidak meragukan.

Buat masa ni ayu yakin dengan TAKAFUL MALAYSIA sebab buat research sikit pasal takaful ni, takaful malaysia katanya 1st takaful in Malaysia dan adalah juga gaya hujah promoter sahabat tu yang buat yakin sikit dan MAMPU bayar. ihhihih

Ape pulak kata korang? Share sikit kat ayu. Menambah info sedia ada ini..

07 February 2014

E-Day Adik Ipar

Assalamualaikum.

last week masa cuti CNY, ayu balik muar 4 hari. 2 hari kan ayu fulltime kat rumah MIL. hehe.. even ada gak curi tulang gi dating kejap hihihi.

Kitorang sponsor kek hantaran untuk adik ipar. Macam biasa lah, ayu tempah kat favorite Fiqah Rich Cake a.k.a Kak Yun. 

Kalau yang dok sekitar Muar boleh sangat order. Murah ok. Sedap lak tu. Kek tunang ni request oleh orang yang nak bertunang tu sendiri. Dia nak perisa cekolat, maka nya akak ipar order lah. hihi. Lupa lah topper dia tu pakai apa, tapi bukan fondant yang pasti.. nampak cam keras, tapi sebenarnya krim tu. hehe

ni kek dia.

Dulu masa birthday mak & adik, ayu beli situ gak. entry di sini. Kalau kek birthday lebih murah dari kek kawin/tunang tu sebab pakai fresh krim. Fresh krim sedap, yang tak sedap tu icing tu.

repost gambar lama

Ni pulak kek nikah hantaran ayu. Siap free delivery dan free 6 biji cupcake lagi haritu. Free 6 biji cupcake tu kira hadiah kawin dari kak yun lah. Sedap hokey. Tapi gambar cupcakenya tak ambil pulak. Maklum..bz sangat.

kek hantaran nikah kite. :)

eh macam lari tajuk je kan, hihi.. tak pe tak pe, promote kek kawan. hihi. Yang baik,murah,sedap...kita share lah sama-sama.

di apit abang dan akak ipar
Ni ajelah kot gambar kitorang sama-sama. Ayu dan zam bz sangat on that day. haha. Tulang belakang katakan. hihihi.

DIY : Baju Tidur Untuk Adik

Assalamualaikum

Mak kasi ayu kain-kain masa balik haritu. Mula-mula macam nak patch kan dan buat selimut ke.. comforter ke.. (eh eh..macam reti je). tapi memandangkan kain tu macam lawa je buat baju. Ayu buatlah baju tidur untuk adik ayu. Entah muat ke tidak. Macam kecik je tang badan tu. Ayu buat dolman je. Dolman tu yang tak ada pisah kan lengan dan badan baju, potong sambung terus je. Senang. hihihi

Tadi whatsapp ngan adik. Ape lagi, tak sabar lah beliau nak baju tu. haha

DIY baju tido adik.

Sunset di Tanjung Emas Muar

Assalamualaikum

ehem. tak habis story lagi mengenai aktiviti masa cuti CNY. hihi

dalam pada ayu dan suami sibuk di rumah MIL sebab adik suami bertunang, suami sempat ajak curi tulang gi berdating di tg emas. Biasanya sape dok muar atau sekitarnya mesti tahu tempat ni kan? Tanjung Ketapang tempat monyet, tanjung emas tempat bersiar-siar. Ayu gi tempat yang tak ada penghadang tu, area sebelah masjid besar tu. Ingat nak tengok sunset, tapi malas pulak nak sampai ke magrib.

tepi sungai muar.

batu batu. air surut ketika ni

budak budak ramai

best!

Masa ayu gi ni waktu petang-petang dalam kul 6. Ramai betul orang jam tu. Mungkin sebab ramai cuti CNY.

dating kejap. hihi

Lepas dating tu, sempat menyinggah ke rumah mak ayu jap, lepas magrib gerak balik rumah MIL.. Maklumlah, kite Muar, Suami kat serom, Ledang je. Bonus disitu. hehe

Menu : Kuih Lapis

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak buat kek lapis ni. Tapi bertangguh-tangguh. Semalam, terus buat. sebab adik lelaki saya ada, so, ramai sikit tolong makan.ehehe

Ayu share resepi simple ni ya

Bahan-bahan :

  • Tepung beras 1 cawan
  • tepung gandum 1/2 cawan
  • tepung jagung 2 sudu (xde pun ok je)
  • 3/4 cawan gula pasir (ayu guna 1/2 cawan je)
  • 3/4 sudu teh garam
  • pewarna/sirap ros (ayu guna sirap ros, kalau pewarna kosong je rasa)
  • santan pekat 1 cawan (ayu guna santan kotak 1 cwn)
  • air 3 cawan.


cara-cara :
Panaskan air dalam kukus. Blend tepung,garam,santan,air.Kemudian asingkan pada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan merah. 1 bahagian boleh gak kalau nak kaler lain. Sediakan loyang yang disapu minyak, lapiskan lapisan pertama dengan putih dan masak 3-5 minit dengan api besar. Lapis kaler merah dan masak 3-5 minit. Lapiskan hingga selesai. Dah siap, sejukkan dulu baru potong. :)

kuih lapis yang senang

Hidangkan dengan air teh o dipetang hari.. haha.. suami ayu kata dia tak suka kuih lapis, tapi tengok laju je makan. konfius kejap. (*_-) kuih ayu leper je sebab loyang nya besar. kena beli loyang kecik la pasni.heehehe

05 February 2014

Ada apa pada muslimah berhijab

Assalamualaikum.

Ayu share ini :

credit : fb

sesungguhnya muslimah berhijab bukan semua baik, tetapi kami sentiasa cuba untuk menjadi baik dengan mematuhi suruhan dan perintah Sang Pencipta Allahu Robbi.

Tutup aurat bukan pilihan, tapi arahan dan perintah-Nya. In Sha Allah, janji Allah tu pasti. Untuk yang belum nikah, Jangan risau martabat jatuh andai berhijab dan tak bertemu jodoh, malah yakinlah dengan janji Allah. Jadi baik, In Sha Allah jodoh baik untuk wanita baik. Aamiin..

Air Terjun Gunung Ledang

Assalamualaikum

Last week CNY ayu memang bz sangat-sangat. Jumaat hingga Isnin cuti. Jumaat di rumah mak, sabtu ahad di rumah MIL, Isnin rumah mak semula. 2 hari kat rumah MIL ada kenduri dan majlis bertunang adik ipar.

Dah lama tak bawa mak dan adik kecil ayu gi berjalan. Dak kecik tu banyak kali dah request nak gi mandi manda. So, kita bawaklah dia.. hehe.Dekatt je tangkak dengan rumah ayu tu. Kira-kira dekat 45 minit hingga 1 jam la kot. Lama dah tak gi, last 2 years kot gi ngan family.

kualiti gambar kurang baik. Kamera adik ayu pixelnya kecil.hehe

Hamboi suka kemain dak tu sampai berjam jam main air.

Petangnya ayu dan suami pun balik JB sebab selasa kami kerja. Dan sampai sekarang penatnya masih lum hilang lagi. 4 hari di Muar memang have fun sangatsangat lah. Penat campur seronok. :)

Lepas ni balik muar 1 hari 1 malam je. Sebab ayu dan suami cuti tak saing. Ayu jumaat sabtu. Suami Sabtu ahad. sob sob sob (-__-)

DIY : Pencil Case untuk Adik

Assalamualaikum

janji berjanji dengan adik perempuan ayu yang sekarang di darjah 6, ayu buatkan lah simple pencil case untuk beliau. Kalau letak button cute-cute sikit lawa tu. Siap pesan suruh buat besar sebab adik nak sumbat banyak barang. hahaha

merah hitam

04 February 2014

DIY : Idea Reben Ikat Langsir

Assalamualaikum

just nak sharing idea DIY yang ayu pernah buat. Ni ayu buat untuk langsir bilik ayu di rumah kampung.

ikat langsir

Simple dan senang. Caranya... Buat bunga yoyo besar 1 biji, bunga yoyo kecil 1 biji dengan warna berbeza.. Kemudian tepek je button m&m di tengah. Dan gamkan reben di belakangnya.

Dan sekarang mak request buat untuk semua langsir. 

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Assalamualaikum

ayu join GA lagi. Best gila hadiah-hadiah yang di tawarkan.. :) Untung-untung sangkut 1. hihi.. amin amin..

klik untuk join

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)


Segmen Jom Beramah Mesra

Assalamualaikum.

wah! tak tahan nengok hadiah dia. Untung-untung rezki dapat tafsir quran tu. hihi.. tapi tak dapat pun still happy sebab dapat join meriahkan sama..

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

03 February 2014

Random Giveaway Oleh ctfand.com

Assalamualaikum.

lama dah ayu tak update kan? Bz cuti kalini di kampung. Ayu join GA anjuran kak ctfand ni sebab akak ct alertkan ayu di email.TQ kak.. hihi. kalau tidak, mungkin tak perasan. ni dah free sebab dah habis cuti, baru bole join GA beliau.

klik untuk join

Kalau korang berminat nak join sama memeriahkan GA beliau, klik banner atas ya. :)

Tamat : 12 Februari 2014