Showing posts with label craft. Show all posts
Showing posts with label craft. Show all posts

24 February 2014

Cotton Beg

assalamualaikum

Sorry kalau ada yang singgah sini tapi balik-balik entry sama. Biasala la kan.. ada masa busy sangat dan mood ke laut jadilah begini. Yela,.. bila penat, mood blogging pun tiada. hari-hari bukak blog sendiri tengok entry lama je. hihi.

oklah, just nak share.. hari tu ayu ada buat beg tote satu set kan? lepas-lepas tu ayu ada buat lagi beg tote tu. tapi kaler lain. Kiranya ada 2 set lah. dan dah pun settle. hehe.

set beg
pastu, ayu pun tambah brooch kat beg. kiranya, kalau brooch tu nak tanggalkan dan letak kat tudung pun bole. hihi.. salah satu nya, pembeli jadikan hadiah buat seseorang. siapa? ayu pun xtanya..anak dia kot.

merah
pepel

dan masa free tu ayu buat juga coin purse. ada lah beberapa biji ni. ayu jual lah RM 5 sebijik. hihi. suka-suka je untuk budak-budak. 

coin purse pelbagai perisa

hehe. entry basi ni kan. tapi tak pelah, hihi. just sharing...

11 January 2014

Rezki Menjahit

Assalamualaikum

baru-baru ni sejak-sejak dah nikah ni rezki berkraf nampak lebih banyak. Alhamdulillah... cume ayu je lebih membataskan untuk mengambil order-order.  Sebab kalau banyak tu macam tamak pula.Takut tak terbuat. Ayu menghadkan diri untuk ambil order yang tak urgent. Jadi, tak lah ayu stress nak buat.

Biasanya orang order kraf-kraf item yang memerlukan khidmat ayu untuk design apa yang difikirkan ayu. meaning, ikut imaginasi ayu. Jadi, masa nak berkraf tu, ayu memang kena relax, tenang dan semangat. Sebab kalau buat nak tak nak, memang ayu akan dapat hasil yang tak 'semenggah'.

Untuk makluman, ayu ni bekerja. 8 pagi - 5 petang. Jadi, masa terhad pada waktu malam kira-kira jam 9 malam setelah solat berjemaah dan bertadarus bersama suami. Dan ayu jarang tidur lewat melebihi 11.30 malam . itupun kalau tak kemana-mana..sempat la juga nak menjahit.
Macam baru-baru ni ada akak kenalan ayu ni, dia tempah bantal hantaran. Memang benda yang ayu tak pernah buat pun sebelum ni. Kena balut dengan span, pastu balut pakai satin licin, pastu hias-hias. Kerja tangan yang rumit sebenarnya. Tapi tu lah, akak tu memberi sepenuh kepercayaan untuk ayu buat juga. huhu. Apepun ayu try la ya. Ni pun tengah on the way siapkannya... dan akak tu dah tambah order pun sekarang. Nak suruh buat selimut, sarung bantal dan siap sekali dengan begnya dan bertanda nama untuk dibawa ke nursery. hehe.. Yeye je kan.. ayu ni tak pernah buat pun semua tu. hohoho.

senget sikit disitu. uwaa...
Tapi, tak kira lah sibuk mana pun kan... menjahit item comel dan berkraf tu satu perkara yang menyeronokkan buat ayu, jadi, sibuk penat manapun, ayu belum fikir nak berhenti. Kalau kurangkan, mungkinlah. Yelah, sekarang telah bersuami...dan satu hari pasti ada anak pula, mungkin masa tu tak dapat ambil tempahan. Yelah, tu semua perlukan komitmen masa dan tenaga kan. Tapi ayu akan makesure, ayu boleh Ber-D-I-Y banyak benda untuk diri dan keluarga. Yela, kita gunakan kemahiran, minat dan bakat (sikit) ni untuk kegunaan diri dan keluarga. hehe..

Sekian.

Entry ini berbentuk luahan aje....saje je.. nak cerita-cerita perasaan kan. hihihi