Showing posts with label rasa hati. Show all posts
Showing posts with label rasa hati. Show all posts

11 January 2014

Rezki Menjahit

Assalamualaikum

baru-baru ni sejak-sejak dah nikah ni rezki berkraf nampak lebih banyak. Alhamdulillah... cume ayu je lebih membataskan untuk mengambil order-order.  Sebab kalau banyak tu macam tamak pula.Takut tak terbuat. Ayu menghadkan diri untuk ambil order yang tak urgent. Jadi, tak lah ayu stress nak buat.

Biasanya orang order kraf-kraf item yang memerlukan khidmat ayu untuk design apa yang difikirkan ayu. meaning, ikut imaginasi ayu. Jadi, masa nak berkraf tu, ayu memang kena relax, tenang dan semangat. Sebab kalau buat nak tak nak, memang ayu akan dapat hasil yang tak 'semenggah'.

Untuk makluman, ayu ni bekerja. 8 pagi - 5 petang. Jadi, masa terhad pada waktu malam kira-kira jam 9 malam setelah solat berjemaah dan bertadarus bersama suami. Dan ayu jarang tidur lewat melebihi 11.30 malam . itupun kalau tak kemana-mana..sempat la juga nak menjahit.
Macam baru-baru ni ada akak kenalan ayu ni, dia tempah bantal hantaran. Memang benda yang ayu tak pernah buat pun sebelum ni. Kena balut dengan span, pastu balut pakai satin licin, pastu hias-hias. Kerja tangan yang rumit sebenarnya. Tapi tu lah, akak tu memberi sepenuh kepercayaan untuk ayu buat juga. huhu. Apepun ayu try la ya. Ni pun tengah on the way siapkannya... dan akak tu dah tambah order pun sekarang. Nak suruh buat selimut, sarung bantal dan siap sekali dengan begnya dan bertanda nama untuk dibawa ke nursery. hehe.. Yeye je kan.. ayu ni tak pernah buat pun semua tu. hohoho.

senget sikit disitu. uwaa...
Tapi, tak kira lah sibuk mana pun kan... menjahit item comel dan berkraf tu satu perkara yang menyeronokkan buat ayu, jadi, sibuk penat manapun, ayu belum fikir nak berhenti. Kalau kurangkan, mungkinlah. Yelah, sekarang telah bersuami...dan satu hari pasti ada anak pula, mungkin masa tu tak dapat ambil tempahan. Yelah, tu semua perlukan komitmen masa dan tenaga kan. Tapi ayu akan makesure, ayu boleh Ber-D-I-Y banyak benda untuk diri dan keluarga. Yela, kita gunakan kemahiran, minat dan bakat (sikit) ni untuk kegunaan diri dan keluarga. hehe..

Sekian.

Entry ini berbentuk luahan aje....saje je.. nak cerita-cerita perasaan kan. hihihi

24 September 2013

Kecil Ibarat Mentimun, Besar Ibarat Durian

Assalamualaikum.

Ayu ada kisah nak cerita. Buat pengajaran kalau kita jadi bos satu hari nanti, bertimbang rasalah.

Kes 1

Isnin, Selasa kebetulan cuti umum. Rabu Ida memohon cuti memandangkan Ibunya merancang untuk mengadakan kenduri arwah.

"Cuti awak tak lulus rabu tu" Kata Bos
"Kenapa puan?" Tanya Ida.
"Sebab ada program Rabu tu lebih penting berbanding kenduri awak tu. Lagipun, tak ada awak, tak da nya majlis tak berjalan. Macam mak awak tak ada anak lain je." Jawab Bos.
"Bos, tu kenduri Arwah Abah saya. Harap sangat bos memahami. Kalau saya tak ada, macam mana mak saya nak ke pasar belanja, dan siapalah nak diharapkan memandangkan adik-adik saya masih kecil." Rayu Ida.
"Lepas program, pukul 5 awak balik la Muar. Ala..Muar JB dekat je." Jawab Bos.
"ye bos. terima kasih la banyak banyak sebab memahami." Sedih Ida.

Selasa ida drive balik JB. Rabu petang lepas program Ida balik Muar semula. Ye, tak jauh. Cuma 2 jam lebih. Tapi, duit yang lebur tengah jalan? Perasaan ibu dikampung? Itu yang sedih kan?

Kes 2

Ahad kenduri rumah saudara. Ibu minta Nor hantar ke Kota tinggi. Dan Nor mohon cuti Isnin demi melancarkan perjalanan. Sebab Nor kena hantar Ibu ke Muar kemudian balik ke JB.

"Cuti awak tidak diluluskan," Kata Bos.
"Tapi kenapa puan?" Tanya Nor.
"Sebab cuti Isnin bersambung Sabtu Ahad, tidak dibenarkan" Jawab Bos.
"Tapi, urgent puan. Saya ke Kota Tinggi Ahad tu hantar mak saya ke majlis rumah saudara. Lepas tu, saya akan hantar mak saya pulang ke Muar semula. Dan saya takut malam-malam nak drive balik JB tak terlarat je puan. Harap puan faham." Rayu Nor.
"Mak awak tak kan tak da saudara lain ke?"Bos tanya dengan muka menyirap darah.
"Saya anak sulung. Saya sorang je ada kereta. Ayah pun dah tak da." Jawab Nor.
"Tak boleh ke suruh mak awak balik lambat?" Tanya Bos.
"Mak saya kerja Isnin puan." Jawab Nor jujur.
"Memandangkan Mak awak bekerja, mesti dia tahu prosedur kerja. Mana boleh minta cuti sebarangan." Hujah Bos.
"Ini bukan saja-saja bos. Saya harapan mak. Takkan saya nak suruh mak saya naik bas?? Ini pun demi nak jaga prestasi kerja saya, takut isnin tu saya terlambat masuk sebab kepenatan driving ke hulu ke hilir.. Sebelum ni pun mana pernah saya minta cuti suka-suka" Hujah balas Nor. Dia terasa sebenarnya.. Sebelumnya, dilihat rakan-rakan begitu mudah cuti bersambung even bukan masalah besar atau penting.
"Tak payah pergi majlis tu. Bukan majlis awak pun. Tak penting. Atau, hantar mak awak malam isnin tu, lepas tu, isnin masuk kerja. Ingat, isnin tak boleh cuti" Sedap sedap bos cakap.
"Tak pelah puan. Terima Kasih banyak-banyak-banyak." Akhir kata Nor dengan hati yang remuk.

Yang besar tak selalu betul,Yang kecik tak selalu salah.
tapi selalunya.. Yang kecil ibarat mentimun, yang besar ibarat durian.  

30 July 2013

Wanita Yang Paling Disayangi

Assalamualaikum.

entry kali ni berkaitan keluarga.
just nak share apa ayu rasa..

ini mak ayu.
yang baju biru tu..

mak kesayangan ayu. 
harta ayu paling berharga. 
mak ayu ni sngat Kuat, Tabah dan Penyayang orangnya.
wanita paling ayu sayang.
dan kami sangat akrab.
kalau orang mengadu, bercerita, lebih kat kawan.
tapi ayu, mak juga ayu cari dulu.
sebab lepas cerita, ayu rasa mcm mak sangat memahami ayu dengan nasihat dan pedoman hidup yang diberi.

nak describe macam mana ya?

7 hari seminggu, 6 hari kot ayu mesti call even sekejap.

dan, if ada story.. ayu boleh dok bergayut dengan mak sampai se-jam.

hehehe.

mak ayu dah jadi ibu tunggal since abah ayu kembali ke rahmatullah 3 tahun lepas. 
dan, ayu anak sulung. kalau bole dan ayu harap sangat bole, ayu dapat buat mak happy selalu, mencukupkan apa yang perlu, selalu ada mendengar mak jika beliau ada masalah, jadi anak solehah yang menyejukkan hati mak.


Kakak sayang mak.. 

Love,
Ayu Zan

23 October 2012

fitnah dan mengumpat

Assalamualaikum
Bismillah
"Eh,Siti..ada ke si Zahra tu cakap apa-apa pasal tak puas hati kat aku" tanya Muna menyelidik.
"Setakat yang aku tahu, tak ada lah pula." Jawapan ini yang Siti pilih walaupun sebenarnya tersimpan seribu satu rahsia. Lemas Siti dengan soalan yang serba salah untuk di jawab.
Semoga aku mampu menjadi Siti yang menjaga tutur bicaranya dari menyakitkan hati, mengguriskan hati mahupun membuka aib@rahsia rakan taulan.
Kalau boleh, aku tak mahu mendengar langsung cerita perihal orang lain. Namun, kadang kala kita tak mampu. Jadi, yang mampu ialah, jangan sampai menjadi orang yang menjaja fitnah dan umpatan ke mana-mana.
Kadang kala, iman yang senipis kulit bawang ini tercalar juga. Hampir-hampir membuka mulut pada yang tidak sepatutnya. Maafkan aku sekiranya ada di mana-mana silap
Love, Ayu Zan
Published with Blogger-droid v2.0.6

21 October 2012

ajaibnya cinta

Assalamualaikum

Bismillah.

Tajuk tu macam berat kan. Tu aku ambil sempena tajuk cerita cerekarama...

Dan.

Cinta tu memang ajaibkan.

Sekian.

Nota jari manis :
Kami mula buat keputusan besar dalam hidup.
Doakan lancar ya.

Wassalam

Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 October 2012

Ladies First

Assalamualaikum.

Bismillah.

Ok kenapa aku letak picture aku yg tak seberapa tu?

Sebab..tadi, dengan penampilan begitu, aku telah ke bank untuk withdraw duit. Sedang aku menuju ke pintu masuk bank itu, seorang lelaki inggeris "orang putih" pun sama menuju dari arah bertentangan. Bila kami sama-sama tiba hampir dengan pintu, aku memperlahankan langkah memberi peluang pada lelaki itu. Dari berlanggar dan bertembung, baik aku mengalah ye tak?

Tiba-tiba lelaki orang putih membuka pintu dan dengan sopannya mempersilakan aku masuk dan siap menunduk hormat. Ohh.. Dengan serba salah aku masih tak lupa lah nak ucap "thank you". Hehe.

Rasa bangga bila dilayan begitu.hihi

Selalu kalau bukakan pintu Pak Guard je kot kat Malaysia ni.

SEBALIKNYA

Bulan lepas masa aku ke bank, aku pernah bertembung dengan lelaki Malaysia yang berpakaian korporat mcm kerja baik2 dengan selamba melanggar aku, kemudian tanpa menunggu aku masuk, dia melepaskan pintu itu. Akibatnya aku hampir jatuh menahan pintu yang agak berat tu. Maklumla...i kan comel je..

Kalau aku gadis seksi mungkin dia tak buat begitu kot.

NO ATTITUDE kan? So rude!!

Nota jari manis :

Aku pilih tajuk LADIES FIRST bukanlah mintak selalu dibukakan pintu macam mamat putih tu buat. Tapi cukuplah dengan menghormati antara satu sama lain..tak kira siapa pun dia...

Love,

Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

15 October 2012

alunan indah

Assalamualaikum.

Bismillah..


Cerita ni kisah pagi semalam.
Sedang aku mahu menapak menaiki tangga ke tingkat 3 rumahku, aku mendengar suara seorang ibu sedang mengalun Zikrullah ketika menidurkan bayinya di dalam buaian.


Langkahku mati.
Aku berdiri sambil mendengar baik-baik alunan merdu itu.

Si ibu sedang mengalun zikir I'tiraf.

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa ku terima lah taubat
Sesungguhnya engkau lah pengampun dosa dosa besar.


Tenang hati aku mendengarnya. 
Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Nota jari manis :
Rindu Zaman sekolah menengah ketika duduk di surau raudhatul firdaus beramai2 membasahkan lidah dengan mengingati Allah.


Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

14 October 2012

Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum.

Harini tergerak hati nak menulis soal perkahwinan.
satu topik yang aku rasa agak berat untuk dibincangkan.
terutamanya bagi aku yang bergelar gadis belum berkahwin. =)

kebelakangan ini, seorang demi seorang sahabat ukhti ku melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka.
ada yang baru mula dirisik.
ada yang membuat keputusan bertunang. (paling ramai tahun ni)
ada yang telah dan tidak lama lagi melangkah membina masjid rumahtangga.
dan..
yang tak terhingga gembiranya bila sahabat ukhti ku bergelar "Mama"

ni gambar aku dengan si manis Nur Alamul Huda
ibunya Zinnirah sahabat aku.


dan tidak kurang ramai yang bertanya bila pula giliran aku?
hehehe.

kalau boleh mahu senyum je sebagai jawapan.
hehehe

jujur aku katakan, siapa yang tak mahu berumahtangga lalu bahagia bersama pasangan tercinta. Aku juga tidak terkecuali.

Aku semakin takut memasang impian terlalu tinggi, lalu aku mengambil langkah mempersiapkan diri sebanyak mungkin dari segala sudut.

Terutamanya ilmu agama untuk menjadi isteri dan ibu yang baik, ilmu pengetahuan dan tidak kurang mengasah skill memasak untuk membuncitkan perut suami. ikikikiki..

Selain itu, sedaya mungkin aku belajar mengawal emosi amarahku yang kadang kala dilampias dengan sewenang-wenangnya. Bukankah jatuh hukum berdosa jika gagal mengawal amarah di hadapan si suami nanti?

Okeylah,setakat ini dulu bicara tentang perkahwinan pada petang yang mulia ini.

Semoga usaha mempersiapkan diri dengan baik ini akan membuatkan aku mampu senyum redha kala ditimpa musibah, dan menangis muhasabah tatkala hati merasa bahagia nanti. Sesungguhnya, alam perkahwinan itu memang suatu alam indah tetapi tidak lupa juga terdapat pohon-pohon tumpang dan binatang-binatang liar sebagai gangguan.

Sekian.

Love,
Ayu Zan