19 October 2015

Resepi Baby : Cheezy Butter Chicken

Assalamualaikum

cheezy butter chicken ni sedap. senang pulak tu nak masak.
sesuai untuk anak anak yang dah pass cheese ya. 

amani makan banyak menu ni. suka dia...

Cheezy Butter Chicken
RESEPI

tumis bawang putih+besar menggunakan unsalted butter. 
Masukkan ayam (yg digaulkan dgn kunyit), campurkan air. 
Tambah creamcheese dan cheese sagat sikit. 
Kalau baby dah besar, ayam boleh goreng garing dulu dan boleh tambah susu segar sikit untuk keenakan rasa

#nosalt&sugaradded

selamat mencuba

08 October 2015

finger food baby : Biskut Roti Bakar

assalamualaikum

biasanya kalau nak gi jalan..atau nak balik kampung, ayu akan buatkan simple snack ni untuk si comel ayu tu. sebagai kudap kudap dalam kereta atau kat memana lah.

sapu dengan unsalted butter atau apa-apa puree (mcm jem : kurma, strawberry) dan bakar sampai perang.



Sedap sapu unsalted butter, ummi pun layan sekali. hehehe

05 October 2015

Resepi Baby : Homemade Chicken Tempura

Assalamualaikum

Kalini nak share menu dhiya amani yang sedappp..hihi
boleh jadikan finger food. mesti anak anak suka.


HOMEMADE CHICKEN TEMPURA

Blend isi ayam bersama dengan kacang peas, 
gaulkan dengan sedikit tepung gandum unbleached (ayu guna atta) 
dan celup telur seterusnya goreng :)

sebab apa letak peas, supaya rasa nugget lemak lemak gitu. Korang boleh campurkan cheese (block bega, cream cheese utk yang dah pass cheese)

yang ummi daddy punya tak bubuh peas, tapi bubuh serbuk lada hitam, oregano sikit dan garam. fuhh..sedappp.. daddy amani suka betul.

kalau nak ffeeling nugget, lepas celup telur boleh lah celupkan dalam breadcrumbs.



04 October 2015

Homeschooling : Bermain Getah Rambut Warna Warni

Play & learn.

Amani sekarang dah nak dekat 9 bulan, banyak aktiviti play and learn yang boleh ummi buat bersamanya. A
ntaranya ialah bermain dengan getah rambutnya yang colourful tu. 

Boleh ajar masukkan benda dalam bekas. Tapi amani belajar tolong 'kemas' keluarkan dari bekas je buat masa ni. Hihi.. siap dia marah ummi kemas masukkan dalam bekas. Dia akan keluarkan semula.


selain itu, kalau baby dah besar sikit boleh buat aktiviti sorting colours guna colourful getah rambut ini.

*aktiviti dibawah pengawasan parents ye..sbb tetiba nnt jumpa amani mengunyah je kalau tak dijaga.. bahaya ooooo...