Showing posts with label resepi baby. Show all posts
Showing posts with label resepi baby. Show all posts

19 October 2015

Resepi Baby : Cheezy Butter Chicken

Assalamualaikum

cheezy butter chicken ni sedap. senang pulak tu nak masak.
sesuai untuk anak anak yang dah pass cheese ya. 

amani makan banyak menu ni. suka dia...

Cheezy Butter Chicken
RESEPI

tumis bawang putih+besar menggunakan unsalted butter. 
Masukkan ayam (yg digaulkan dgn kunyit), campurkan air. 
Tambah creamcheese dan cheese sagat sikit. 
Kalau baby dah besar, ayam boleh goreng garing dulu dan boleh tambah susu segar sikit untuk keenakan rasa

#nosalt&sugaradded

selamat mencuba

05 October 2015

Resepi Baby : Homemade Chicken Tempura

Assalamualaikum

Kalini nak share menu dhiya amani yang sedappp..hihi
boleh jadikan finger food. mesti anak anak suka.


HOMEMADE CHICKEN TEMPURA

Blend isi ayam bersama dengan kacang peas, 
gaulkan dengan sedikit tepung gandum unbleached (ayu guna atta) 
dan celup telur seterusnya goreng :)

sebab apa letak peas, supaya rasa nugget lemak lemak gitu. Korang boleh campurkan cheese (block bega, cream cheese utk yang dah pass cheese)

yang ummi daddy punya tak bubuh peas, tapi bubuh serbuk lada hitam, oregano sikit dan garam. fuhh..sedappp.. daddy amani suka betul.

kalau nak ffeeling nugget, lepas celup telur boleh lah celupkan dalam breadcrumbs.



29 September 2015

Resepi Baby : Bubur Ayam Beserta Lobak & Brokoli



Sedap gila bubur ni. Sampai ummi amani pun layan. Satu suap kat anak, dua suap kat ummi. ayyooo..haha

kenapa sedap? Padahal tak buh garam pun. Rahsianya, ayu cuma tambahkan garlic yang diketuk dan juga tambahkan sedikit unsalted butter dan cream cheese. (cream cheese utk 8m ke atas ya)

Resepi :

Masak bubur seperti biasa, campurkan lobak yang dicincang halus dan juga isi ayam yang juga dicincang.
agak dah nak masak, campurkan pula bawang putih, unsalted butter dan juga cream cheese.
Masak sehingga bubur kembang dan lembut.

sedapppp.. hihi

28 September 2015

Resepi Baby : Bubur Ayam Lemak Manis


Ni antara bubur favorite amani.
banyak dia makan kalau buat bubur ni.
lemak manis kan.

Resepinya :

Masak bubur bersama labu, brokoli dan isi ayam. (boleh bubuh stok ayam utk lagii sedap)
lepas tu boleh blend atau terus makan. 
bergantung pada umur dan kesesuaian makan anak lah ya.

ayu x blend bubur. tapi isi ayam dah siap-siap ayu chop. 

19 September 2015

Fun Fries Super Sihat

Assalamualaikum

Sekali imbas macam beli fries yang fast food dan goreng kan?

Oh tidak. Ni fun fries no sugar, salt, msg added. ONLY POTATO.
dan sedap gila.. sampai daddy amani pun terliur sama.


Menu ni sesuai sangat sebagai finger food utk baby 8 bulan cam amani, dan sebagai kudap kudap ummi daddynya juga. Tambah pulak daddy amani mmg hantu kentang.. Garing diluar, lembut di dalam. hehe

Ayu bawa funfries ni juga masa keluar tadi, amani kan kalau ummi daddy makan, dia pun nak makan, jadi, haruslah bawa bekal. Dan, fun fries ni amani makan tak cukup cukup pulak dah.

Camne nak buat?

Senang je. Potong kentang, Rebus dan bakar kat oven. 

Sihat kan? Tak oily langsung lah sebab baked. hehehe

18 September 2015

Resepi Baby : Pancake Oat with Banana

Assalamualaikum

asik la share resepi amani. hehe..
since amani dah 8 bulan, ummi boleh masak lebih banyak yang best untuk sicomel ummi.
yang ni sesuai untuk breakfast. Boleh jadikan as finger food juga. 

pancake tanpa telur dan tepung. Sooo simple dimple.hehe 


RESEPI PANCAKE OAT WITH BANANA
BAHAN-BAHAN

Oat
Pisang
Kurma
Air panas

Cara :

1. Rendam oat dengan air panas (air sikit je, macam bancuh cekodok).
2. Lenyek kurma dan pisang di dalam oat tadi. Kurma (sila buang biji dan kulit)
3. Sudukan di dulang pembakar @ goreng kat non stick pan. Kalau bakar tu, agak agak je macam dah kering sikit boleh angkat. Dalam 180 drjh cel selama 15 min. Tapi goreng pon sonang.hehe

sedap tau, ummi daddy pun layan. Ala...macam jejemput pisang.hehe

Resepi Baby : Jejari Ayam & Kentang Bakar

Assalamualaikum

Sharing resepi finger food amani. Manatau boleh jadi rujukan untuk super mama's yang nak homemade food for their babies & todds.

Since amani baru 8 bln, ummi buat no salt, sugar added ya.
tea time ummi hidang ni
Resepi Jejari Ayam & Kentang Bakar

Bahan - bahan :
kentang
isi ayam (prefer organic)
Air utk merebus

Cara:

1. Rebus kentang dan isi ayam sampai masak.
2. lenyek @ chop. Ayu guna chopper. Tahap halus ni depends pd umur anak anda.
3. Bentukkan. Dan simpan dlm fridge dlm 1/2 jam.
4. Untuk baby yang belum pass telur macam amani, ayu bakar suhu 180°c dlm 20-30 minit @ agak kering.
Kalau baby da pass telur boleh celup telur than, goreng macam bergedil.

bento amani hari khamis haritu.

Amani layan betul resepi ummi ni. Boleh pegang sendiri dan boleh juga mommies cubit sikit sikit suap ke babies.


oh ya.. buat lebih, boleh frozenkan dan goreng@bakar bila nak mamam ya.

#homemadebyummi