Showing posts with label bubur nasi. Show all posts
Showing posts with label bubur nasi. Show all posts

28 September 2015

Resepi Baby : Bubur Ayam Lemak Manis


Ni antara bubur favorite amani.
banyak dia makan kalau buat bubur ni.
lemak manis kan.

Resepinya :

Masak bubur bersama labu, brokoli dan isi ayam. (boleh bubuh stok ayam utk lagii sedap)
lepas tu boleh blend atau terus makan. 
bergantung pada umur dan kesesuaian makan anak lah ya.

ayu x blend bubur. tapi isi ayam dah siap-siap ayu chop. 

22 January 2014

Menu : Bubur Ayam Mudah

Assalamualaikum.

Bubur-bubur ni biasa orang sakit je makan. Hehehe.. Tapi, personally, ayu suka makan bubur, especially bubur ayam ni. Dan, kebetulan ada lah haritu encik abang tu ada mata ikan dalam mulut, tak berapa boleh nak kunyah-kunyah, jadi ayu pun masakkan lah bubur untuk beliau.

bubur ayam ala mcD
bubur ayam ayu

simple je bubur ni. tapi, personally ayu suka. sebab ada rasa ayam kan. Tak lah boring rasa kosong je kalau orang sakit makan..

bahan :

  • beras-ayu masak 3 genggam
  • ayam-cincang
  • lobak-dadu
  • bawang merah+putih+halia - ditumbuk
  • sup bunjut / rempah tumis
  • sedikit rempah sup


cara-caranya :

  • Panaskan sikit minyak, masukkan rempah tumis, bahan tumbuk dan rempah sup.
  • Masukkan ayam, dan lobak. 
  • Masukkan air dan masak hingga didih dan ayam masak. (jadi sup ayam)
  • Basuh beras, dan masukkan sup ayam tadi dan masak bubur seperti biasa dan jangan lupa perasakan dengan garam. :)
  • Hidangkan dengan serbuk lada hitam dan daun sup.

Nyum Nyum!!

nota : senang cakap, masak sup ayam dan masak bubur guna sup tu. hehehe. Ni cara ayu ya, mungkin korang ada cara yang lebih baik dan sedap. Selamat mencuba.... :)


13 September 2013

Menu : Sambal Tumbuk - Ikan Bilis

Assalamualaikum.

2 hari lepas, ayu masak bubur. rasa macam malas nak makan nasi. hehe
pastu, ayu fikir...bubur tu nak makan dengan apa ya. nak yang pedas-pedas sikit.hihi

tup-tup dapat idea.. Ikan bilis! Tapi ayu ni xlayan sangat ikan bilis goreng. Mesti nak jadikan dia sesuatu baru makan dengan bersungguh.

akhirnya jadilah sambal di bawah. Sory ayu xtahu nama apa..


Bawang besar 1/2 + cili 5 biji + ikan bilis (sesusu) = goreng (agak-agak masak)
Lepastu tumbuk diorang ni bersama bahan perasa.
*kuantiti sila agak-agak ikut tahap kepedasan uolss*

okey, siap. alahai..senang beno. segan aje tepek resepi. hehehe. sama macam sambal belacan, tapi tak de belacan, pakai ikan bilis. kot-kot ada kat luar tu alergic belacan, nak gak sambal tumbok, buat ah gini. Sodap...

ayu dadar telur+bawang, dan makan bubur bersama telur dadar dan sambal tumbok ikan bilis ni.. 
alhamdulillah.. :)

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan