23 January 2013

DIY : pillow box

Assalamualaikum
Hehehehe
Sekarang nak tayang2 hasil diy suka-suka saya..
Pillow box ni bole buat goodies utk kasi tetamu kalau ada majlis kenduri.
Cume tu saya make it simple je. Kalau tambah sticker cute kot. pastu buat reben-reben sikit kasi ceria.

Hehehe
Published with Blogger-droid v2.0.6

07 January 2013

home sweet home

Assalamualaikum.

Sedar x sedar...dah 3 bulan saya duduk menetap di rumahku syurgaku.

Apa yang terbaru?

-Tv kecil 14 inch
-Peti sejuk jenama sharp bersaiz kecil
(tapi.bukan yg kecil gila tu)
-Cerek bunyi hadiah dari mak. (saya x guna lagi cerek letrik.jimat karen)

Dan

Yang paling best.

Rasanya saya mcm dah makin lincah di dapur. Hihi..dah jadi macam hobi

Love,
Ayu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tudung Labuh

Assalamualaikum.

Tajuk gempak kan.haha.

Begini kisahnya. Sy bukanlah kategori muslimah hebat yang bertudung labuh dan berniqab tu.

Saya sekadar memenuhi syariat pemakaian wanita muslimah dengan melabuhkan tudung agar menutup yang sepatutnya.

Dan

Tatkala melakukan kebaikan pelbagai suara tak enak menerjah cuping telinga.

Ada yang kata

"ko ni ayu, da nak jadi ustazah ke ape" kata si lelaki.

"tudung macam ko ni, ustazah je pakai"

Mulut tersenyum.

Dalam hati berkata.
"ustazah je ke yang kena tutup aurat?"

Begitulah manusia.tak senang melihat kebaikan. Kadangkala menggugah keyakinan sy untuk melaksanakan tuntutan apabila banyak mulut mengata.

Terima kasih buat yang menyokong.
Meneguhkan kembali matlamat utama saya menitik beratkan isu aurat dalam diri.

Pandangan Allah yang diutamakan.

Masya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

04 January 2013

tudung koshibo

Assalamualaikum.
Teringat dulu-dulu zaman saya bersekolah menengah tinggal di asrama.

Mengamalkan cara hidup islam..
Itulah prinsip yang diterapkan dalam hati dan sanubari setiap putra dan putri yang berada di mahallah itu.

ALHAMDULILLAH.

Hari ini setelah hampir 6 tahun meninggalkan zaman itu, hati saya jatuh sayu mengingatkan tudung mini telekung jahitan tangan dari kain koshibo (biasanya). Dan ada juga yang tudung bawal tapi dijahit kemas supaya tidak terdedah aurat kewanitaan itu.

Saya masih ingat lagi tudung kegemaran saya yang berwarna krim yang hampir lusuh setelah bertahun2 memakainya ketika itu.

Tapi ketika itu, ia amat manis utk sy kenang. Manis menutup aurat. Terpelihara aurat kami ketika itu dengan tudung mini telekung jahitan tangan itu.

Yang tertutup itu indah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

03 January 2013

Makam Imam Shafie atau Kubur Firaun?

Assalamualaikum. Salam jumaat penuh barakah.

Yang hebat dan agung di mesir ape lagi kalau bukan kubur firaun. Piramid Giza dan Sphinx.

Tapi personally, yang lebih menarik-narik saya nak melawat Mesir ialah sejak saya tahu makam imam besar mazhab yang majoriti masyarakat Malaysia ikuti (Shafie) ada di celah negara Mesir itu.

Hasil bacaan saya dari majalah i isu januari 2013, saya terasa begitu terkilan kerana masyarakat mesir pandang sepi kat makam imam besar ini. Mana tidaknya, yang menjadi keagungan mereka tentulah mazhab hanafi ikutan mereka. Tapi, membaca tentang keadaan persekitaran makam yang terbiar itu agak menyedihkan saya. Kalau terus-terusan begitu, ia akan memudarkan cerita perjuangan beliau dalam pembangunan Islam.

So, kalau kalian ke Mesir, pilihan di tangan anda.

Kubur firaun lambang pengajaran.

Makam imam shafie lambang kebenaran.

Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

01 January 2013

wanita solehah itu indah

Wanita solehah!

Satu title indah dan hebat impian kebanyakan wanita muslimah. Termasuk saya.

Jauh lagi perjalanan saya dalam menyempurnakan syarat-syarat menjadi muslimah yang baik.

Semoga Allah membantuku dalam usaha mendapatkan redhaNya..

Ameen..

Published with Blogger-droid v2.0.6