Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

21 August 2014

Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 2

Sambungan dari entry malam tadi Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 1.

6- buku ilmiah 

Ayu dapat 3 buku. Antaranya bertajuk Pengantin Alquran, indahnya hidup bersyariat dan juga buku berkaitan adab bermusafir. Allahu.. Ayu suka sangat dengan hadiah macam ni. Bermanfaat besar. Dan pastinya kalau kita kasi orang sesuatu yang bermanfaat lantas orang menggunakannya, kita pasti turut mendapat sahamnya. Sebelum ni pun ayu biasa kasi hadiah berbentuk begini.

7- set pinggan mangkuk dan cawan gelas.

Set pinggan mangkuk ayu suka juga. Dan ayu pun ada juga dapat set mangkuk. Untuk set cawan dan gelas... Bukan tak suka, tapi kadang tu rasa macam lambakan dari pemberi sampai tak dapat nak guna semua. Ayu pas hadiah tu kat mak. Boleh la mak bergaya dengan set cawan gelas yang baru. Tapi set cawan dan gelas yang siap ada jug/teko ayu ambil beberapa set untuk kegunaan sendiri. Maybe korang boleh tukar hadiah tu pada sesuatu yang lebih menarik jika nak juga bagi set macam ni contohnya set mangkuk aiskrim yang comel-comel, set bekas kuih raya atau set dulang ke. Mungkin lebih berguna sebab mesti ramai dah bagi hadiah gelas cawan. Hehe.

8- frame, album, voucher photobook/cuci gambar.

Ayu dapat frame. Antara frame yang best tu kawan ayu tempah personalized gambar nikah ayu dan suami. Ayu nikah awal, so member ayu tu ada masa nak tempah khas. Sangat touching dan super suka ayu masa tu. Selain tu, korang boleh juga hadiahkan frame, album kosong agar pengantin boleh isi dengan gambar kemudian hari. Voucher yang ayu sebutkan tu best gak. Ayu tak pernah bagi as gift.. Tapi rasanya good idea tu. Untuk frame dan album tu rasanya kos tidak tinggi. Sesuai kalau ada jemputan kahwin di kala tengah bulan. hihi.. Kalau korang nak bagi gift berbentuk voucher photobook pun ok gak. boleh guna servis PIXAJOY. kadang-kadang ada offer harga dia best.

9- Jam dinding

Ayu dapat ni dari teman sekerja. Bagus juga ni. Tapi kena make sure jam kita hadiahkan tu kualiti dia ok sebab kalau yg below rm10 tu macam agak cepat rosak. 

10- Kain pasang atau pakaian

Ayu dapat 4 helai kain buat baju kurung. Seronok gak ni. Tinggal hantar tempah je. Harga pun..kira ok kan. Mampu beli.

11- Personalized craft item.

Ni ayu tak de dapat. Mungkin sebab ayu sendiri yang selalu DIY dan orang tempah kat ayu, sebab tulah diorang tak hadiahkan benda ni. Biasanya kalau orang tempah hadiah kawin ni, diorang suka bagi bantal yang siap dgn nama pasangan pengantin, car charm dan juga keychain.

12- Barang Hiasan

Antara barang hiasan yang boleh dihadiahkan ialah pasu bunga, hiasan dinding dan juga cermin. Ayu ada dapat cermin comel untuk letak atas meja. Siap deco dengan teddy bear lagi. Pernah nampak kat kedai harganya dlam rm25-30 jugak.

13- Duit.

Ni paling senang. Selalu je kawan-kawan pengantin dtg kat pelamin bergambar dan kasi sampul berisi duit. Hihi.. Alhamdulillah. Dapat pengantin plan beli sendiri apa yang dia nak.

Setakat yang ayu teringat dan terfikir nak share ini jelah dulu ya. Kalau ada yang lain...nanti ayu selit-selit.
Kita kasi hadiah bukan bertujuan nak membangga diri atau menunjukkan kemampuan diri si pemberi. Tapi sebaliknya secara peribadi, ayu merasakan hadiah yang bermanfaat kepada pasangan yang baru nak mulakan hidup ni memang sangat membantu. Lagi-lagi kalau pindah rumah baru. Semua benda tak de, hadiah-hadiah ni lah jadi berguna.

Ni dah start dah ayu dapat undangan jemputan kahwin, maklumlah nak masuk fasa hujung tahun dah. Orang pun dah mula order doorgift tasbih untuk wedding hujung tahun.
:)

20 August 2014

Hadiah Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum

Ramai orang google tajuk tu kan? Ayu salah seorang yg dulu-dulu suka sangat google bila nak kasi hadiah wedding member.
Berdasarkan hadiah yang ayu terima hari walimah lepas, ayu akan share kat sini beberapa jenis hadiah yang sangat baik dan bermanfaat kepada pasangan pengantin baru. Kebanyakan hadiah-hadiah yang ayu senaraikan ni yang biasa-biasa dan mampu untuk dibeli lah.


1- Telekung & Kain Pelekat.

Ayu dapat hadiah ni dari seorang member baik sekolah menengah, dia kasi set dua benda ni. Sesuailah sangat sebab suami isteri memang guna. Time solat pulak tu. Allahu Robbi, semoga Allah memberkati si pemberi. Sebab bermanfaat sungguh pemberian ini.

2- Cadar/Comforter

Ada rakan dan saudara ayu yang kasi benda ni. Memang berguna la kan. Terutamanya yang sebelum kahwin guna katil single, haruslah memerlukan cadar queen bila dah kahwin. Seronok menambah koleksi bertukar-tukar cadar. Tidaklah ia satu warna sahaja setiap minggu. Lagipun cadar tak mahal, kat katalog-katalog banyak kan? kat Jusco dan Tesco pun banyak pilihan.

 3- Tupperware/Mangkuk isi lauk/tomyam/sup

Tupperware kan satu brand yang sangat berkualiti. Haruslah terkinja-kinja bila mendapatnya. Ayu dapat 1 set canister tupperware yang dalamnya ada 3 pcs berbeza saiz yang harganya cecah ratus-ratus gak. Ouhhh.. happy bangat menerimanya.. hihihi. Selain itu ayu dapat dua mangkuk besar kaca yang biasa orang letak sup atau tomyam tu. hehe... best woo.. hihihi.. berguna raya kali ni bila ayu hidang mihun sup untuk orang datang.hihi

4- Alat Elektrik

Yang ni ayu dapat blender dari saudara belah suami. Ayu dah ada dah blender ni. Tapi ayu simpan lah, esok-esok rosak ada lah spare nya. hihihi. Selain tu ayu dapat sanwich maker, toaster, coffee maker dan dua biji thermopot. Tu semua dari kawan-kawan. Kalau korang berduit. hadiahkanlah tv ke, mesin basuh ke, peti sejuk ke... hihihi..

5- Periuk, kuali, set pisau, set canister dan lain-lain alat memasak.

Haaa..yang ni memang ayu super eksaited menerimanya. kawan ayu masa kerja bank yang hadiahkan kuali non stick dan ofcos ayu menyukainya sebab kuali tu nonstick. masak lah apa pun tak melekat. hihihi. dia kasi besar lak tu. tapi tak ingat la apa saiz dia.. rasanya diameter 30 cm tak silap. Kalau korang nak berikan hadiah jenis set memasak kat dapur ni amatlah ayu setuju dan recommended.


Sekian untuk malam ni. Nanti ayu sambung lagi dalam Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 2 ya. hehehe.

Korang boleh juga sharing kat komen apa hadiah best yang korang terima masa wedding korang. atau apa hadiah yang korang pernah beri kat kekawan korang..


28 April 2014

Idea Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum

Hari guru lambat lagi, tapi saje nak story pasal hari guru memandangkan baru siap jahit fridge magnet untuk adik hadiahkan cikgu beliau.

Sabun Mandi

Zaman sekolah rendah dulu-dulu rasanya macam jadi wajib bagi hadiah kat cikgu-cikgu bila tiba hari guru. Ayu dan adik-adik mesti fikirkan apa nak beri pada cikgu. Maklum saja lah, zaman ayu kecik lum ada kedai RM2 ataupun Hinode & Daiso (RM5). Kalau ada pun, masa budak-budak tu RM2 terasa besar kan. Yang murah pada kita masa tu RM 1 ke bawah. Apa lagi, yang jadi hadiah ketika itu ialah sabun mandi jenama lux,may dan paling murah fruitale lah. Kira-kira 60 sen kalau tak silap. Pastu balut dengan kertas warna. hihihi.. dan buat kad sendiri khas untuk guru tersayang.

Pen

Selain tu, ayu banyak kasi hadiah Pen bila dan mula nak besar sikit (tapi masih sekolah rendah). Sebab cikgu tanda buku kan pakai pen. So, masa tu pen mampu milik dan rasa berguna untuk guru. Rasanya Pen ni lebih ok sikit kot dari sabun mandi. hehe sebab harga nya pun cecah RM 0.90-1.00 juga. Mahal dah tu rasanya. hihi

Bunga Sekuntum Seorang

Bila tahun demi tahun arwah abah tengok ayu bersungguh siapkan hadiah, ayu masih ingat masa ayu darjah 6, abah beli  dan siapkan beberapa kuntum bunga untuk kasi hadiah kat guru-guru subjek. Rasanya, masa zaman sekolah rendah, tu lah hadiah paling best yang ayu beri pada cikgu. Betapa ketika itu, cikgu tu teramat lah penting untuk kita. Sebab masa sekolah rendah, cikgu dan murid rasa begitu dekat. kan kan kan?

Itu jelah nak share kenangan hadiah-hadiah yang ayu pernah beri masa zaman sekolah rendah sekitar  tahun 90 an. Zaman sekarang pilihan dah banyak. Paling cikai pun, budak-budak kasi hadiah dari kedai rm2 seperti frame, cawan, mug dan lain-lain. Rasanya tak ada lagi yang kasi hadiah sabun mandi seketul. hihi.

Dan adik kecik ayu fatihah biasanya ayu sediakan barang-barang kraf yang ayu buat dan jahit sendiri untuk jadikan hadiah. Rasa macam lebih praktikal untuk digunakan dan lebih comel. hehe

antaranya ialah :

Fridge Magnet. 

Best kot. Sebab cikgu boleh lekat kat peti ais. Ni ayu baru siapkan untuk tahun 2014 ni. Awal gila. haha. Untuk hadiah kat cikgu kelas sekolah agama dan sekolah kebangsaan beliau.

fridge magnet felt
 Penanda Buku.

penanda buku felt


Ada sebahagiannya yang adik kasi kat cikgu dia dan kebanyakan nya adalah tempahan dari rakan-rakan.
Keychain
cth keychain

Keychain pun praktikal gak kalau bagi, boleh cikgu letak kat pencil case atau beg dia banyak-banyak.  hehe.


Tote Bag

Rasanya kalau kasi hadiah tote bag lagi lah cikgu suka. Kalau kecik, boleh letak pencil case, telekung or apa2 aksesori. Kalau Besar boleh letak buku rancangan mengajar.hehehe. Yang ni ayu belum pernah orang order untuk jadikan hadiah hari guru or adik ayu kasi hadiah hari guru. Kalau guru yang order ngan ayu adalah. hehe

Selain tu, ayu pernah gak buatkan bekas memo pad untuk cikgu, ayu beli memo pad yang siap dengan bekas kotak bawah dia tu, ayu buat sarung dan lekatkan hiasan nama dan lain-lain.

okey, sekian sahaja sharing untuk kali ni. :)

nota : jangan plk ada yang kasi cikgu hadiah sabun mandi tau. Itu cume imbauan kenangan silam. Apa pun, hargailah guru anda. 

21 January 2014

Hadiah Giveaway Dari Msred

assalamualaikum

macam dah agak lama ayu tak ada terima hadiah GA. hihi. Dan untuk pembuka tahun 2014, ayu telah memenangi GA anjuran Msred di entry penyertaan Bloglist Msred.

dan semalam ayu telah terima hadiahnya.

1- Keychain Ana Muslim yang comel.
2- 2 keping Penanda Buku bermagnet.

keychain Ana Muslim dan Penanda buku bermagnet

best tau penanda buku ni.. dia melekat je kan. tak delah, kalau kita bimbit buku, penandanya teralih atau terjatuh. :)

dan keychain tu ayu ingat nak hadiahkan kat seseorang kesayangan ayu yang sangat gilakan ana muslim. Semua komik ana muslim dia nak beli. Beliau ialah Nurul Fatihah.. My beloved little sis. Mesti dak kecik tu suka gila..

Thanks a lot kak Ms Red. Ayu kenal beliau masa blogging dulu-dulu, pastu kan lama ayu tak blogging, dan bila  kembali aktif, kami ber'keep in touch' semula.

kalau ada yang lum berkenalan dengan beliau, jom terjah! BLOG MS RED

love,
ayu

26 November 2013

Menang GA dapat Tshirt lagi

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ayu ada menang Tshirt sebab join GA blogger Nabila dan hadiah tajaan Red Delima.

dan baru-baru ni join GA anjuran kak shida dan ayu menang hadiah yang sama. Tshirt. Sama warna sama saiz, sama bentuk. hehehe

alhamdulillah.. boleh kasi mak 1 kot.. hehe

tu dua T shirt yang sama :)


Jom kita ke Red Delima. :)


14 November 2013

Hadiah T Shirt Lacoste Dari RedDelima

Assalamualaikum. Hari ayu join GA anjuran Nabila dan Sponsor oleh Red Delima. dan Alhamdulillah ada rezki. Dapt T shirt . :)

Alhamdulillah.



baju da hanger. Lengan pendek. So, untuk kat rumah ya :)


Kalau korang nak shopping apa-apa jom kita ke RED DELIMA.. Cuci mata manatau ada yang kenan di hati. :)

11 November 2013

Hadiah GA Kain Sari

Assalamualaikum.

Setelah menang beberapa GA/contest dapat perfume, buku mudahnya mengemas rumah, buku mudahnya menjemput rezeki, shawl satin  dan saguhati RM 50,  hampir 1 bulan gak tak ada menang apa-apa dan sangat kurang join GA. 

Rupanya rezki berpihak pada ayu masa join GA anjuran YUI di entry ini.
dan ayu telah menang kain sari tajaan SARI NAJWA COLLECTIONS (SNC)

Kain ni tak mesti buat sari je kan. Boleh juga buat baju kurung, jubah, baju punjabi or etc.
bergantung pada kreativiti masing-masing.

sari najwa collection
parcel diterima.
mahal kan? hihihi

So, sekiranya ada yang minat nak cari kain-kain jenis sari, boleh contact seller SNC  ni :

       page
Website : Sarinajwa

Dan, kesempatan ni ayu ucapkan thanks kepada Yui untuk GA anjuran beliau.
Kalau buat GA lagi, ayu pasti join lagi jika ada kesempatan.

Jom kita terjah Blogger Yui.

:)

22 October 2013

Mudahnya Mengemas Rumah

assalamualaikum.

ni hadiah yang ayu dapat hasil join contest kak uni - mystorymory.com.



buku ni sangat-sangat best. dari kulit ke kulit bermanfaat. Dia guide kite hingga sekecil-kecil perkara. Contoh : Kain buruk tu macam mana nak basuh dan penggunaannya..

honestly..buku ni sangat sangat bagus dan bermanfaat.

TQ so much kak uni.

jom blogwalking ke sana :  mystorymory.com.

20 October 2013

Blogger Johor Bahru - 1

Assalamualaikum

Amboi tajuk.. kenapa ada -1? Sebab mengharap ada 2,3,4 dan seterusnya.. :)

sabtu lepas entry ini, ayu ada cakap nak jumpa 2 orang akak blogger. Asalnya memang nak jumpa blogger Mama As tapi tak menjadi-jadi. Almaklumlah macam-macam urusan mengekang menyebabkan perjumpaan bertangguh.

Nak di jadikan cerita, Kak Uni - Blog Mymystorymory.com nak kasi ayu hadiah sempena menang contest rumah idamanku. So, kami decide jumpa di Aeon Permas Jaya (Jusco) yang berdekatan dengan rumah ayu.

Sangat-sangat happening u olls.. :)

blogger kak uni. dia la yang kasi ayu hadiah buku mudahnya mengemas rumah. :) TQ kak.

ayu dengan mereka. dan juga buku hadiah..:)
ni mama as ya.. tengok baby sufi. she's adorable ok... :)

kami plan kalau ada masa terluang nak jumpa lagi lama sikit. malam tu jumpa kejap sangat. hihi

Nota : Ayu ucap thanks a lot kat kak uni untuk hadiah itu.. dan thanks a lot juga kat mama as sebab beliau share tips untuk raih follower dan peminat blog. hihihi.. Mengkagumkan usaha beliau.. Lepas ni nak cari geng blogger JB ramai-ramai lah. mesti best. hihihihi

19 October 2013

Ayu menang perfume

Assalamualaikum.

haritu ayu ada join contest dari blog macam-macam cerita oleh kak hanieza.
dan hadiah untuk ayu dah pun sampai jumaat lepas.. :)

hadiah perfume

seronok betul ayu bila dapat hadiah dari rakan blogger.. 

thanks a lot kak hanieza.. semoga kita akan terus keep in touch. Korang, jom blogwalking ke blog Macam-macam cerita..

Nota : ada 1 lagi contest ayu join haritu. menang buku menarik! nanti ayu review ya...

09 October 2013

Saguhati RM50 dari Santaikata.com

assalamualaikum.

alhamdulillah.. semalam petang eridy pemilik blog santaikata PM fb ayu.

alhamdulillah

haritu kan ayu ada join contest : apa kata blogger tentang trafik blog , dan setelah diumumkan keputusan ayu bukanlah pemenang, ayu pun redha je. Yela, memang entry ayu jauh berbeza kualiti dengan saudara Hasrulhassan punya entry. beliau johan contest tu dan referal terbanyak. So harga entrynya : RM 350.

dan dalam pada pengumuman tu, saudara eridy maklumkan semua peserta ada ganjarannya sebanyak RM30 setiap penyertaan yang lulus. Tapi, terkejut kejap bila cek CIMB clicks ayu kemasukan semalam sebanyak RM 50 bukan RM 30. ada terlebih RM20 di situ. Khuatir ada kesilapan, ayu pun PM eridy tanya. Setelah beliau sahkan RM50. Baru ayu berpuas hati, bukan apa takut kita terambil  hak orang. :)

RM50 mungkinlah tak banyak buat sesetengah blogger hebat dan otai. tapi untuk blogger baru nak naik macam ayu ni, ia seolah penyuntik semangat untuk terus menghasilkan entry-entry selepas ini.:)
Tq santaikata.com

Nota : eridy cakap blog santaikata dah tutup. Ni blog baru dia : www.eridy.com

18 September 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum... Kawan-kawan sihat?

haritu ayu ada join GA wish birthday 1 tahun kepada adik Hassan. rujuk : Moga Peribadi Secantik Nama. alhamdulillah, Iryani memilih untuk memasukkan ayu dalam senarai penerima hadiah buku "Mudahnya Menjemput Rezeki".
alhamdulillah

rasanya di kesempatan ni, selain ayu nak ucapkan ribuan terima kasih kat Yani, ayu juga nak share dengan korang. Yani ada kasi ayu bisnes kad. Beliau seorang bisneswoman rupanya. Jual coklat cantik. kenapa ayu kata coklat cantik? Sebab serius memang cantik. Seronok juga kalau jadikan hadiah.

coklat

coklat bar ni. sesuai jd hadiah masa majlis-majlis kan? Harga? korang kena deal dengan Iryani kat fb dia : https://www.facebook.com/ChocolatesByIryani

in love

fuh~ sangat sweet lah pada ayu. :) ni pun collection Iryani juga...

korang boleh terus ke link di bawah untuk ke blog/fb beliau.

Website Jualan : iryaniahmad
Blog : iryaniahmad

Nota : Seronok join dunia blog ni sebab dapat kenal macam-macam orang-orang hebat. :) 

16 September 2013

Segmen 3 Hari Blogwalking Bersama Mahirah Ridzuan

assalamualaikum.

kak mahira buat segmen.
ingat dulu, ayu join segmen kak mahira dapat shawl. hehe.. : entri : Shawl hijau yang cantik.

untuk segmen kali ni, beliau buat untuk 3 hari. Dan ayu pulak.. last minit baru tahu. hehehe. maklumlah, 3 hari x berblogwalking. Tapi nampaknya sempat gak join segmen ni untuk sama-sama memeriahkan. :)

KLIK BANNER UTK JOIN

TAMAT: 17 SEPTEMBER 2013 - 11.59 mlm. :)

10 September 2013

TIPS : Hadiah Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.
Macam mana dengan entry petang semalam. Korang dah baca? Pasal 3 barang free yang korang boleh dapat tu..handphone free, topup free & sample lactacyd free : KLIK SINI


Okey, harini ayu nak story sikit mengenai keyword hadiah masuk rumah baru yang orang google kat blog kecil ayu ni. Ni mesti kes sebab dulu (1 tahun lps) masa ayu mula pindah masuk rumah ni ayu pernah buat entry mengenainya dan juga ayu ada story pasal orang-orang baik budi yang kasi hadiah kat ayu untuk melengkapkan rumah kecil tu. Ni entrinya : Hadiah Sempenan Masuk Rumah Baru. Korang yang baru tau, rumah tu bukan lah rumah baru beli. cume sewa a.k.a kuarters kerajaan. ehehe

antara hadiah/pemberian yang ayu terima & boleh dijadikan tips untuk korang bagi hadiah untuk kawan/sedara korang yang baru pindah ialah :
  • batu lesung. ni dari mak ayu. batu lesung tu kata mak, mak beli masa mak & arwah abah mula-mula kawin. Batu lesung tu sangat berguna ya tuan tuan dan puan puan. even ayu belum pun ada mak mertua datang nak test sambal belacan ayu, tapi ia tetap berguna untuk orang yg belum ada blender ketika itu. :)
    nampak batu lesung yg tertenggek kat tepi singki tu? ni gambar masa 6 hari baru pindah.. 
  • Set Cawan/Gelas/pinggan mangkuk/canister isi garam/periuk kuali
mak adalah sumber utama ayu lah. hehe.. mak kasi ayu 1 set cawan untuk air panas.. kira ketika tu ada saudara ziarah ayu, tidaklah ayu malu sebab ada set cawan untuk hidangkan kopi/teh panas. 

hadiah dari busu
canister (bekas kaca comel) pulak hadiah dari busu ayu. dia kasi 2 biji canister. dan sampai harini masih ayu guna.. 1 untuk garam, 1 untuk asam jawa. :-)

gelas kaca yg fuh! meletops tu pun dari busu juga. sampai skrg lum guna. hihihi. tunggu buat candle light dinner bila kawin nnt kot. muaahahaha...

periuk comel tu juga dari busu ayu. :)
  • Toto/comforter
mak ayu kasi dua. busu ani ayu kasi 2.

pun dari busu.
 alhamdulillah. benda ni sangat penting ya u olls.. masa tu ayu lum ada tilam.. dan kalau orang datang nak tumpang tido.. menda alah ni la yg jd penyelamat.. xkan nak tidur atas mozek tu...huhuu
  • pengukus - dari mak cik. yang ni best. masa tu ayu balik muar, mengadu kat mak yang nak beli pengukus. sebab ayu suka stim ikan dan kek coklat kukus. so, kebetulan ibu saudara kesayangan ayu ada masa tu, dan dia offer kukus dia yg terperuk xdiguna. hehehe apa lg.. ayu xtolak. Alhamdulillah
sebenarnya ada lagi. sedara sedara & kawan-kawan kasi.
  • bekas kuih, set cawan, piring.- dari cik ani.
  • gelas & pinggan mangkuk. - dari kak nurul
Korang juga boleh kasi benda-benda di bawah ni sebagai hadiah :
  • set pisau
  • rak cawan pinggan
  • jam dinding
  • water heater
  • blender
  • iron
  • cadar
  • rak kasut
dan macam -macam lagi. rasanya tips kat atas ni boleh korang gunakan untuk kasi hadiah untuk kawan-kawan/sedara/adik beradik yang nak pindah rumah tapi ZERO mcm ayu. Atau boleh juga korang kasi kat pengantin baru kan. dan barang yang tersenarai di atas tu hanya yg jenis-jenis mampu beli lah. kalau korang kaya.. beli la hadiah TV ker.. Hifi ke.. tilam Vono ke.. hehehhe..


apepun. bila kita memberi sesuatu haruslah ikhlas.. dan ingatlah, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

harap membantu :)

21 August 2013

Shawl Hijau Yang Cantik



itu hadiah selendang yg ayu menang GA kak Mahirah haritu. Thanks kak.. :)
warna hijau gitu. tp ada 1 masalahla.. sebab ayu xde baju yang serasi warna nak pakai. ingat nak beli 1 jubah hitam la.. :)




28 July 2013

Yeyeh! Dapat Hadiah Shawl

Assalamualaikum.

harini 29hb. ayu eksaited nak tahu keputusan temuduga kerja idaman hati.tup-tup portal tu umum tangguh keputusan hingga tarikh tertentu. adeh.. sedih juga. tapi xpelah. sabar dulu. Lagipun dah redha dan serahkan diri bulat-bulat pada Allah kan.. :)

Ok, back to our topic. Ayu ada join beberapa GA yg para blogger buat. Salah satunya yang best, ayu menang Shawl Jakel. Alaa... yg ala-ala Cik Diana Amir cantik tu pernah pakai. alhamdulillah dan big thanks to kak mahirah untuk hadiah ni.


ni lah yang buat semangat nak join GA. :)

nanti dah sampai kat ayu, ayu review shawlnya ya..

note : bole la buat tudung raya. weee.. (*_*)

23 July 2013

YEY! ada orang nak kasi bookmarks raya

assalamualaikum

korang nak tau,
semalam kat entry bergedil daging saya ada dapat komen seseorang.



fuhh...
dia nak kasi saya bookmarks raya.
ok ok ok.
serius saya suprise.
yela..saya ni baru je mula nak aktif berblog...tiba tiba ada blogger femes buat cenggini.
memang terus saya rasa bersemangat nak jadi mcm beliau. 
hihihi

saya rasa sejak terjumpa blog beliau bermula dari saya google resepi. tapi tak ingat dah resepi apa..
sejak kes tu, terus sangkut hangout kat situ.
resepi dia cun cun belaka. mudah nak follow.

komunikasi 2 hala yg diamalkan oleh kak ina mmg seboleh mungkin saya nak contohi.
yela kan.. beliau tu femes, ramai followers dan readers, tapi beliau tetap blogwalking semula ke blog2 yang menyinggah ke blog beliau. 

kak, saya terharu. =_= serius. thanks a lot.. :)

love,
ayu zan

23 January 2013

DIY : pillow box

Assalamualaikum
Hehehehe
Sekarang nak tayang2 hasil diy suka-suka saya..
Pillow box ni bole buat goodies utk kasi tetamu kalau ada majlis kenduri.
Cume tu saya make it simple je. Kalau tambah sticker cute kot. pastu buat reben-reben sikit kasi ceria.

Hehehe
Published with Blogger-droid v2.0.6

07 October 2012

Hadiah Sempena Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.

Sekarang jam 8.40 am.
Semua dah pegi kerja kan?
aku je belum.
sebab aku masuk pukul 10.00 am..
dah macam orang kerja kat pasaraya kan..bukak pukul 10. hehehe..
anggap je la begitu.

Ok. harini mau cerita tentang semalam.

Mula-mula..ucap ALHAMDULILLAH..
Lepas aku sibuk-sibuk kononnya bercuti ke legoland (rujuk entry semalam : Legoland)
aku gi umah my best aunty. call her Busu Ani... ala yang kasi tv tu. hehe

Dia kasi aku hadiah.

Sape tak suka hadiah kan?

1 set gelas seksi. 
*owh..aku terus bercita-cita nak buat desert nak rasmikan glass cun tu*

1 sauce pan. *ada bunga-bunga pink ok. cun sangat*

2 biji canister kaca.
 *Ni dah lama aku aim. tapi tak beli-beli. Akhirnya dapat juga. makin berseri dapur i. =))*

Dan lastly aku dapat dua helai toto.
wah..
terus rasmi ha.. hihihi.

Nota Jari Manis :
Terharu tengok adik aku bawak bekal gi kerja nasi dan lauk-pauk yg aku masak.

Love,
Ayu Zan