Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

21 October 2013

Coklat Dan Kebaikannya

Assalamualaikum.

kebaikan makan coklat
hot chocolate
gambar atas tu gambar Hot Chocolate.
gangster betul smiley dia kan. 
Tu bukan ayu yang minum, orang sebelah yang order, ayu tumpang sekaki rasa je. :)

okey, entry ni saja nak share mengenai 10 kebaikan makan coklat. 

1- Mengurangkan kadar serangan strok
Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

2-Meningkatkan kadar kesihatan jantung
Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.

3- Mampu melawan diabetis
Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

4- Melindungi kulit
Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

5- Mengelakkan batuk
Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

6- Memberikan mood yang baik
Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

7- Bantu meningkatkan kadar pengaliran darah
Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

8- Meningkatkan kualiti penglihatan
Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9- Meningkatkan prestasi otak (matematik)
Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10- Mengisi perut
Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.

Mesti ramai yang suka makan coklat kan?
lagi-lagi zaman study dulu memang ramai yang rajin makan coklat. hehe
tapi hati hati lah, sebab kandungan gula dan lemak pada coklat yang dijual dipasaran tu harus diperhatikan baik-baik.

nota : nasihat ayu, kita makan coklat tak ada masalah, cume jangan lah ambil selalu sangat. lagipun, bersederhana itu lebih baik.. kan kan kan?

kredit : paapaada

18 September 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum... Kawan-kawan sihat?

haritu ayu ada join GA wish birthday 1 tahun kepada adik Hassan. rujuk : Moga Peribadi Secantik Nama. alhamdulillah, Iryani memilih untuk memasukkan ayu dalam senarai penerima hadiah buku "Mudahnya Menjemput Rezeki".
alhamdulillah

rasanya di kesempatan ni, selain ayu nak ucapkan ribuan terima kasih kat Yani, ayu juga nak share dengan korang. Yani ada kasi ayu bisnes kad. Beliau seorang bisneswoman rupanya. Jual coklat cantik. kenapa ayu kata coklat cantik? Sebab serius memang cantik. Seronok juga kalau jadikan hadiah.

coklat

coklat bar ni. sesuai jd hadiah masa majlis-majlis kan? Harga? korang kena deal dengan Iryani kat fb dia : https://www.facebook.com/ChocolatesByIryani

in love

fuh~ sangat sweet lah pada ayu. :) ni pun collection Iryani juga...

korang boleh terus ke link di bawah untuk ke blog/fb beliau.

Website Jualan : iryaniahmad
Blog : iryaniahmad

Nota : Seronok join dunia blog ni sebab dapat kenal macam-macam orang-orang hebat. :) 

17 July 2013

Menu : Kek Batik Nestum


Assalamualaikum.

semalam buka puasa saya buat kek batik.
biasa buat kek batik biasa tu 
semalam try campur sekali nestum.
orang kata sedap.

not bad.
 adik saya uda suka sangat.
uda kata, pasni buat letak nestum lagi.
hehhehe

tapi kalau ayu plk suka plain je rasa milo..masing2 punya taste kan..

bangun sahur td..da tinggal suku loyang. sape lg..uda & angah la makan.
*happy*
siapa tak happy bila kita masak orang makan kan.hihi

tapi sori.. gambar mmg hancus. mana tidaknya. tu pakai snap je masa nak bukak posa.
xsempat nak setting platting molek2. golek2 je kek tu.
ele.. sejak bila pandai buat tu semua ayu?
hehhe

hancus .hihi. xlawa tapi sedap tau. yg nampak macam serpih2 putih tu nestom la tu.hehe

resepi? ala..malu plk nak share.yela kan..usha blog2 masakan otai kemain hebat resepi.
ayu punya..ala2 resepi budak sekolah.kikiki..

250gm butter + milo sepaket + 1/2 tin susu pekat manis + esen vanilla = godak2 atas api sampai sebati.
masukkan biskut meri yang dah patah 4 bahagian. kacau-kacau bagi rata..+nestum (dlm 1/2cwn kot.hihi) (bole gak add on kacang/kismis)
ok siap. masuk loyang. padat2 pakai sudu.. dan masuk esbok.lepas dah keras (semalaman katanya) boleh la dipotong.

sekian. senang kan? hihi.. dok pakai milo aje. ada resepi pakai telor, tepong, kaya, koko, coklat rice. mcm2 resepi ada.

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan