Assalamualaikum.
gambar atas tu gambar Hot Chocolate.
gangster betul smiley dia kan.
Tu bukan ayu yang minum, orang sebelah yang order, ayu tumpang sekaki rasa je. :)
okey, entry ni saja nak share mengenai 10 kebaikan makan coklat.
1- Mengurangkan kadar serangan strok
Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.
2-Meningkatkan kadar kesihatan jantung
Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.
3- Mampu melawan diabetis
Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.
4- Melindungi kulit
Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!
5- Mengelakkan batuk
Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.
6- Memberikan mood yang baik
Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.
7- Bantu meningkatkan kadar pengaliran darah
Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.
8- Meningkatkan kualiti penglihatan
Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.
9- Meningkatkan prestasi otak (matematik)
Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.
10- Mengisi perut
Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.
Mesti ramai yang suka makan coklat kan?
lagi-lagi zaman study dulu memang ramai yang rajin makan coklat. hehe
tapi hati hati lah, sebab kandungan gula dan lemak pada coklat yang dijual dipasaran tu harus diperhatikan baik-baik.
nota : nasihat ayu, kita makan coklat tak ada masalah, cume jangan lah ambil selalu sangat. lagipun, bersederhana itu lebih baik.. kan kan kan?
kredit : paapaada
8 comments:
akak suka minum hot cokelet zaman uni dlu..tp x suka mkn cokelet..
Akak penggemar coklat skrg dah syer dgn anak perempuan pulak, anak lelaki yg sulung je suka yg kecik tak layan...
sedapnya coklat...
coklat memang baik tapi tak berapa suka hihihi
coklat ni mmg terkenal utk kshatan jntung..tp ape plak kburukan coklat ni?? kdg2 kalau dh berpeluang mkan..mmg mkan thap hulk la..he3
akak pun sukakan coklat juga.. kadang-kadang memang tak boleh hadkan pengambilannya, jadi macam ketagih pula.. hihi..
T kasih diatas perkongsian info.. bagus juga beli hot choc 3 in 1 tu buat minum hari2 kan.. :)
Sedap tu. Tertarik saya dibuatnya.
Post a Comment