Assalamualaikum.
entri kali ini ayu rasa nak share antara rancangan yang memberi peluang untuk kita mendapatkan sumber ilmu islam.
1- Tanyalah Ustaz
TV 9, Setiap Hari , 7.00 - 8.00 pagi.
|
tanyalah ustaz |
ni ayu letak 1st ranking dalam senarai rancangan islam kegemaran ayu kerana, soal jawab yang wujud antara penonton dan ustaz-ustaz itu begitu dekat di hati. Contohnya masa ayu tengok slot Bahana Riba oleh Ust Zaharuddin. Kupasannya jelas dan menjernihkan kekeruhan persoalan masyarakat dan juga membuka mata masyarakat.
Klik untuk tonton.
2- Semanis Kurma
TV 9, Khamis, 9.30 - 10.30 malam
|
semanis kurma |
Rancangan ini juga bagus untuk ditonton. "Rimbunan ilmu keluarga syurgawi" itu tagline yang dibawa oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya. Lihat tajuk pun dah tahu kan? Ilmu yang dikongsi mereka bersama panel-panel terpilih benar-benar bawa manfaat terutama bagi pasangan suami isteri dan ibu bapa. Dan untuk yang belum berkahwin boleh jadi bekalan masa depan. Topik bagi rancangan ini lebih dekat mengenai isu rumahtangga contohnya Pasangan Hujung Minggu, Talak 3, Jangan Tunggu Lama-lama dan macam-macam lagi.
Klik untuk tonton.
3- Celik Hati
Dah lepas. Tunggu episod akan datang.
|
celik hati |
Rancangan ni dulu memang ayu follow. Yang ni lebih kepada slot inspirasi. Ayu admire kat Prof Dr Muhaya. Ayu suka cara penyampaian beliau kerana sentiasa menghasilkan aura +ve untuk dikongsi bersama pendengar/penonton. Orang hebat memang ada auranya kan. Ayu suka bila prof konsep yang prof cuba terapkan pada pemikiran semua.."Bahagia dan Membahagiakan". Its win win situation.
Klik untuk tonton.
4- Fiqh Wanita
Tv 3, Jumaat, 1.00 - 1.30 petang
|
fiqh wanita |
rancangan ni siarannya masa lelaki pergi solat jumaat. Kalau tak silap, dulu waktu ni siarannya Al-Hidayah, tapi sekarang pukul 1 ni ganti slot Fiqh Wanita musim ke-2. Dan alhidayah berehat untuk 3 bulan memberi laluan slot ini. Slot ini baik untuk wanita. Sebab isu fiqh yang dibangkitkan adalah berkait rapat dengan wanita, contohnya untuk 18/10/13 membawa tajuk Haji dan Umrah. Panel menjawab persoalan lazim mengenai wanita seperti, kalau wanita itu haid bagaimana Haji dan Umrahnya? Bagaimana jika wanita batal wudhu ketika tawaf? dan macam-macam. Klik untuk
tonton.
Okey, untuk kali ini ayu share 4 rancangan ilmiah ni dulu ya.. Selebihnya ayu kongsikan di lain entry ya. :)
Moga mendapat manfaat darinya.
"Majlis Ilmu Ibarat Taman-taman Syurga"
10 comments:
bagus semua rancangan ni. penuh informasi...
Akak suke tgk Fiqh wanita
akak suka tengok terutamanya yang no.1 dan 2 tu.. penuh berinformasi dan pengisian yang bermanfaat..
semuanya bagus
dulu slalu tengok semanis kurma
sy suka ustaz kazim..skang dah jarang dia kan..
best2,,tp duduk kat u jarang tgk tb..internet pulak lembap..
bagus ayu rajin nengok rncgn2 ilmiah.nana jarang nengok tv,huhu...
Rancangan2 yg mempunyai pengisian yg sgt bermanafaat.. Salam Jumaat.
nad suka tengok tanyalah ustaz sangat bagus :) suka tgk dgn nenek hehe
Semua nipun akak suka, tapi akak paling suka ustaz Don
Post a Comment