Nuffnang

23 October 2013

Tutorial Bunga Fabrik 3 Kelopak

Assalamualaikum.

seperti yang ayu janjikan di entry bunga dari kain perca ni, ayu akan share tutorial mudah buat bunga 3 kelopak ni.

Bahan-bahan diperlukan :

Kain cotton/satin/chiffon - jenis kain menghasilkan bunga yang berbeza kelopaknya. For beginner, pakai cotton je ya..  mudah dan senang nak jahit.

Gunting, button/pearl/manik (hiasan tengah), cetak bulat (ayu pakai mulut mug je :)), gam, dawai. (ikut keperluan)

Cara-caranya :


1- Tekap menggunakan cetak bulat (ikut besar / kecil yang disukai) 
2- Dapatkan 3 bulat untuk 3 kelopak bunga. (kalau nak 5 pun bole)
3- Lipat 2 kain bulat tadi 
4- Jahit jelujur dari mula semi-bulat hingga ke hujungnya.
5- Pastikan permulaan jahit tu kalau jarum dari bawah, akhirnya pun mesti berakhir di bawah. Masa jahit tu boleh adjust ya. kalau ending tak sama dengan mulanya, nanti kelopak tak seragam.
6- Tarik jahitan hingga membentuk kelopak bunga. Kemaskan kelopak.


7- Ulang menjahit hingga ke-3 kelopak dan matikan jahitan.
8- Masukkan dawai halus (bunga) ke lubang button/pearl dan lilit.
9- Gam sedikit agar button tak lari(?).

DOne! Siap.

nota : Kalau korang nak buat brooch atau hiasan tampal, tak perlu guna dawai, hanya perlu gam/jahit terus button/pearls di bahagian tengah bunga. Kalau nak bunga yang lebih cantik, boleh pakai satin/chiffon. 

Di harap tutorial ini membantu. :) Kalau tak jelas, boleh tanya ayu ya.

kalau nak order pun boleh. Tapi order bermula Januari 2014 ya. boleh emel : ayuzan@hotmail.com

20 comments:

Kisah Si Dairy said...

pernah jugak buat macam nie..tapi kekadang kelopak tak jadi...kalau jadi pun senget...hihi

Mazatul Azura Muhamad said...

Rajinnyer Ayu... kagum la ..

* OZIE MAHSA said...

cantik warna biru tu....hehee..
banyak kain perca tersimpan tapi malas nak buat...heee

Mar Mansor said...

rajin..akak suka pakai broch bunga2 cmtu..biasa 5 kelopak..

PakcikLie PCL said...

npk mudah.. sekadar nk tahu, salam singgah dari www.nazlee.com

ros_reeza said...

cantik! nampak mudah, tapi kena teliti ni nak buat..

Lilynn Wifey Sham said...

ayu!! rajinnyer.. kretif.. hurm.. dh lame x dpt diy.. masa oh masa

JunAina said...

Mudah je nampak sambil negok2 tv pun boleh buat tapi kalau akak idok le kot jenis keras tangan...ahahaa...

nuyui a.k.a miss YUI said...

kena rajin bru jd.hihih

Norhasniza Khalid said...

cantiknya ayu. pandai ayu.. hihi

ikhwan yusuff said...

kreatif n cute..:)

Cik Itah@RRP said...

nice tuto :)..comel :)

el said...

sng sgt
yg sng tu mcm susah
lau tgn ni xberseni mmg x jadi hahaha

Nao Mei said...

wah untung kalau pandai buat nie...
nak cuma juga lepas nie...:)

fatin wawa said...

waahh.. cantiknya.. nnt boleh cuba.. :DDD

wanariahamiza said...

Salam ziarah Ayu Zan. :)

Khir Khalid said...

Cantik & kreatif.. kena rajin belajar buat ni kan.. :)

Fais-SKA said...

kreatif =) pndai juga bt rupanya..jual ke ni??

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

rajinnya ayu.. nampak senang, mesti susah juga nak buat kan..

Tetamu Istimewa said...

Wah, kreatifnya. Menarik.