28 April 2014

Idea Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum

Hari guru lambat lagi, tapi saje nak story pasal hari guru memandangkan baru siap jahit fridge magnet untuk adik hadiahkan cikgu beliau.

Sabun Mandi

Zaman sekolah rendah dulu-dulu rasanya macam jadi wajib bagi hadiah kat cikgu-cikgu bila tiba hari guru. Ayu dan adik-adik mesti fikirkan apa nak beri pada cikgu. Maklum saja lah, zaman ayu kecik lum ada kedai RM2 ataupun Hinode & Daiso (RM5). Kalau ada pun, masa budak-budak tu RM2 terasa besar kan. Yang murah pada kita masa tu RM 1 ke bawah. Apa lagi, yang jadi hadiah ketika itu ialah sabun mandi jenama lux,may dan paling murah fruitale lah. Kira-kira 60 sen kalau tak silap. Pastu balut dengan kertas warna. hihihi.. dan buat kad sendiri khas untuk guru tersayang.

Pen

Selain tu, ayu banyak kasi hadiah Pen bila dan mula nak besar sikit (tapi masih sekolah rendah). Sebab cikgu tanda buku kan pakai pen. So, masa tu pen mampu milik dan rasa berguna untuk guru. Rasanya Pen ni lebih ok sikit kot dari sabun mandi. hehe sebab harga nya pun cecah RM 0.90-1.00 juga. Mahal dah tu rasanya. hihi

Bunga Sekuntum Seorang

Bila tahun demi tahun arwah abah tengok ayu bersungguh siapkan hadiah, ayu masih ingat masa ayu darjah 6, abah beli  dan siapkan beberapa kuntum bunga untuk kasi hadiah kat guru-guru subjek. Rasanya, masa zaman sekolah rendah, tu lah hadiah paling best yang ayu beri pada cikgu. Betapa ketika itu, cikgu tu teramat lah penting untuk kita. Sebab masa sekolah rendah, cikgu dan murid rasa begitu dekat. kan kan kan?

Itu jelah nak share kenangan hadiah-hadiah yang ayu pernah beri masa zaman sekolah rendah sekitar  tahun 90 an. Zaman sekarang pilihan dah banyak. Paling cikai pun, budak-budak kasi hadiah dari kedai rm2 seperti frame, cawan, mug dan lain-lain. Rasanya tak ada lagi yang kasi hadiah sabun mandi seketul. hihi.

Dan adik kecik ayu fatihah biasanya ayu sediakan barang-barang kraf yang ayu buat dan jahit sendiri untuk jadikan hadiah. Rasa macam lebih praktikal untuk digunakan dan lebih comel. hehe

antaranya ialah :

Fridge Magnet. 

Best kot. Sebab cikgu boleh lekat kat peti ais. Ni ayu baru siapkan untuk tahun 2014 ni. Awal gila. haha. Untuk hadiah kat cikgu kelas sekolah agama dan sekolah kebangsaan beliau.

fridge magnet felt
 Penanda Buku.

penanda buku felt


Ada sebahagiannya yang adik kasi kat cikgu dia dan kebanyakan nya adalah tempahan dari rakan-rakan.
Keychain
cth keychain

Keychain pun praktikal gak kalau bagi, boleh cikgu letak kat pencil case atau beg dia banyak-banyak.  hehe.


Tote Bag

Rasanya kalau kasi hadiah tote bag lagi lah cikgu suka. Kalau kecik, boleh letak pencil case, telekung or apa2 aksesori. Kalau Besar boleh letak buku rancangan mengajar.hehehe. Yang ni ayu belum pernah orang order untuk jadikan hadiah hari guru or adik ayu kasi hadiah hari guru. Kalau guru yang order ngan ayu adalah. hehe

Selain tu, ayu pernah gak buatkan bekas memo pad untuk cikgu, ayu beli memo pad yang siap dengan bekas kotak bawah dia tu, ayu buat sarung dan lekatkan hiasan nama dan lain-lain.

okey, sekian sahaja sharing untuk kali ni. :)

nota : jangan plk ada yang kasi cikgu hadiah sabun mandi tau. Itu cume imbauan kenangan silam. Apa pun, hargailah guru anda. 

26 April 2014

Pemenang GA tasbih free

Assalamualaikum. alhamdulillah. 3 orang pemenang telah diketahui. Ayu gunakan random.org untuk buat cabutan.

Pemenang Pertama : No.2 http://nusha1706.blogspot.com


Pemenang Kedua : No.17 http://www.mizzaiza.com/


Pemenang Ketiga :  No.24 http://jombercontest.blogspot.com/


Buat para pemenang, sila email saya detail seperti di bawah beserta tajuk : GA Tasbih Free :
Nama :
Alamat :
No.telefon :
nombor yang bertuah :

email sy : ayuzan@hotmail.com

buat yang tak menang jangan berkecil hati ya. Dan diharap kalian akan terus menyokong ayu. :)

doakan ayu dapat buat GA lagi akan datang ya.. 

GA tasbih free dah tamat

assalamualaikum.

seperti yg dijanjikan. GA tasbih free dari saya tamat pada hari ini 27/4/2014.
alhamdulillah. GA simple yang tak perlu dan tak wajib pun buat entry ini mendapat penyertaan seramai 32 orang. In Sha Allah lepas ni ayu akan anjurkan GA yg lebih besar kalau ada sponsor dari mana-mana blogger or facebooker. dan membuat syarat menyediakan entry khas agar GA itu lebih dapat dipromosikan .
:)

kalau ada yang nak sponsor untuk next GA boleh lah drop email kat ayu : ayuzan@hotmail.com

untuk peserta GA kali ini, sila lah cek nombor anda ya. In sha Allah jika tiada bantahan, cabutan akan dibuat petang ini dan hadiah akan di pos esok paling cepat dan paling lambat rabu depan, itupun cepat jika semua pemenang beri kerjasama untuk berikan details dengan segera.

Ayu kena selesaikan ini laju-laju sebab ada beberapa komitmen yang ayu kena beri perhatian selepas ini.

:)

24 April 2014

siapa nak tasbih percuma

GA TAMAT.. TQ semua..


assalamualaikum.

saya ada 2 set sample tasbih pesona nak kasi kat my beloved followers & friends.
Setiap set ada 1 tasbih digital & 2 tasbih pesona(33 manik). 
sesuailah untuk kegunaan sendiri. update : ayu tambah 1 set lagi hadiah.



Sila tinggalkan URL blog korang di kotak komen ya. :)

sebagai syarat, Silalah like/follow FB & blog jualan tasbih ayu  ni ya. :)

Like FB Page :



  Tasbih Murah



Follow Blog :

GA tamat pada Ahad 27/4/2013. Dan pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.
 Kalau mendapat sambutan, saya akan buat lagi GA akan datang dengan hadiah-hadiah yang in sha allah lebih menarik dan banyak.

TQ sudi join. :)


Sila rujuk link senarai peserta untuk mengetahui nombor bertuah anda.

23 April 2014

Melaka River Cruise

Assalamualaikum

Susulan dari cerita ikut suami berkursus di melaka. Haritu ayu story pasal makan bakso besar bola tenis.

Kampung ayu Muar je. Tapi kalau ke Melaka tak pernah pun naik river cruise tu. Kalini, encik suami ajak berfeeling-feeling konon macam kat italy. hihi.

Adult. Qty : 2 total RM 20.
Kami sampai di jeti nak beli tiket jam dah pukul 10.30 malam. Sebab dah terlepas waktu perjalanan 10.30 malam, kami naik untuk 11 malam. 

laluannya
Rasa eksaited juga lah sebab nak tengok apa yang akan kita nampak sepanjang menyelusuri sungai melaka tu kan..

Jam 11 malam selepas trip sebelumnya sampai. Kami pun dijemput naik.

eh eh. jalan terus? Serius pelik. Sebab trip tadi penuh orang. Trip kitorang hanya kami bertiga. Ayu, Suami dan encik driver.

Cube tengok gambar bawah ni. Kami duduk penjuru paling depan.


Segan memula ngan pokcik drebar tu. Yela. macam ayu booking satu cruise tu pulak kan. ihihi.

tapi best la..menghayati panorama malam berdua dengan encik suami. oww..romantik rasa tetiba. hihihi

berdua dua duaan. hihi

sepanjang sungai tu kita akan melalui banyak jambatan. Tapi sayang, ayu tak kira pun berapa banyak jambatannya. dan, cruise tu ada putarkan suara pengulas mengenai apa yang ada disepanjang sungai. Biasalah..nama pun melaka..of cos kesan tinggalan sejarahnya yang banyak.  seronok juga kitorang mendengar dan melihatnya.

Agaknya pukul 11 tu dah lewat sangat kot. tu yang tinggal kitorang berdua je. :)

Blossom April Giveaway

Assalamualaikum. Ayu join GA.. ayu suka GA simple dimple macam ni. hehe.

[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

22 April 2014

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Bakso Sedap Depan Hospital Melaka

Assalamualaikum

last week, ayu ada ikut suami berkursus di Melaka. Suami kursus, ayu lepak-lepak je kat hotel. Malam, kitorang jalan-jalan lah.hehe

tanya member ayu, kat mana makan best.. dia rekemen Bakso. So, ayu dan suami decide la untuk try.
Memang tidak mengecewakan langsung.

Ayu dan suami order bakso special RM6. Gila besar bebola bakso tu. Besar Bola Tennis u olls. hihi. First time ayu makan bakso, tapi bebola tak habis lagi. Puas hati sangat.

Korang boleh try bakso ni di Medan Bakso Peringgit ni. Lokasinya betul-betul bertentangan hospital melaka. Best! 5 bintang ayu kasi. Air mata kucing dia pun syiok... :)


21 April 2014

CPUV 4 dan 5 2014 -KFC dan Downy

Assalamualaikum

lama dah xreview pasal CPUV hadiah dari Nuffnang. Bz teramat mengalahkan diva. hihi

cpuv ke 4 dari KFC Zinger Reloaded dah credited pun. Alhamdulillah. Malahan KFC Zinger Reloaded pun dah 2x ayu makan. hihi


CPUV ke 5 bagi tahun 2014 ni dari Downy Dolce MMP. Thanks ye downy dan nuffnang. Sungguhpun blog ayu suam-suam kuku. Masih ada cpuv bertapak di sini menambah semangat semula.

Korang yg klik iklan, big big thanks di ucapkan.

teruskan menyokong ayu ya!

Jom join  GA saya : GIVEAWAY TASBIH FREE 

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jom support GA ayu juga : GIVEAWAY TASBIH FREE 

Hadiah GA tasbih ditambah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. ramai juga yang sudi join GA tasbih dari ayu even GA ni simple dan penganjurnya blogger ayu yang jenis tak glamor. hihi

Macam yang ayu beritahu, hadiahnya ialah 2 set tasbih yang dalam nya terdiri dari 2 tasbih pesona (mini) dan 1 pc tasbih digital. 

Dan memandangkan penyertaan dah menghampiri angka 30 orang, ayu bercadang nak tambah 1 lagi set tasbih sample sebagai hadiah.


Jom korang, join.. kalau macam dah slow/tiada penyertaan tambahan, ayu mungkin close lebih awal dari 27/4 dan hadiah pon akan di pos lebih awal.

Kalau ada yang belum join GA simple ni, sila ke entri http://ayuzan.blogspot.com/2014/04/siapa-nak-tasbih-percuma.html

19 April 2014

Atok Kura-kura

Assalamualaikum

on the way. 

Semalam ayu dan suami gi wedding rakan sekuliah encik suami. Lepas makan, bergambar dan berbual dengan rakan-rakan beliau, kami ke kolam di depan rumah pengantin, ayu fikirkan itu kolam ikan.

atok kekura bersama anak dan cucunya. eh eh.pandai je ayu

 Rupanya sang kura-kura. Mulanya ayu tak nampak pun si atok kura-kura ni. Serius besar. Cengkerang atasnya da terkopek-kopek, so kami buat kesimpulan kura-kura ni dah lanjut usia. Dah tu, slow je. Kepala pun dia sorok, kena tolak-tolak baru dia keluar kepala. hehe

dragon ball

Ayu tengok kura-kura tu ayu teringat penyu dalam cerita dragon ball. ihihhihi

18 April 2014

Alkisah Alarm Kereta Mandi Pantai

Assalamualaikum

last 2 weeks, ayu, encik suami dan adik lelaki ayu berhujung minggu di pantai Desaru kota tinggi. Tak jauh pun dari rumah. kira-kira 45 minit sampai dah. Happy la kan.

Mandi... Makan... Mandi... Makan.. hehe..ayu tak mandi la. ayu jadi penonton dan penjaga beg je. ihihihi.

sampai je dorang berdua (suami dan adik) terus cecah air

amik gambar laki bini jap. masa ni inai ayu merah lg ha. yela. baru lepas walimah. untuk kali ke-2 pakai inai. Masa bln 12 nikah dah berinai dah.

picnic simple je. air kotak, ayu goreng bihun, ayam goreng, sosej, funfries, sandwich dan air. tapi boleh plak lupa nak snap masa juadah dibuka. sebab dah lapar kan. hihihi.. tak ingat apa dah. 


kita conteng sikit la.hihi

dah ber'happy-happy'. tiba-tiba encik suami keluarkan kunci kereta dari kocek seluar dia. Allah. kunci mandi sekali ke tadi? nasib baik la hai xterus karam di lautan. Ayu terus bukak dalam alarm tu sebab takut dia rosak. Dah bukak, memang sah sahlah rosak. Siap cair bateri keluar karbon yang warna hitam-hitam. Padahal, belum sampai 1 tahun ayu tukar alarm baru. Sob sob.. air masin kan. kuat betul penangan nya.

tapi, ayu boleh suruh adik dan suami g habiskan mandi puas-puas, sebab kalau dah gi try alarm kat kereta tak hidup nanti mood dah lari kan. So, kita happy dulu lah. hihihi

dah puas mandi, tekan alarm kereta dah tak berfungsi. Ayoyoyo.. kalau masuk kunci dan bukak secara manual, confirm la menjeri cik lisa ayu ni. Lama wei dia jerit-jerit sampai dari segan dengan orang sampai ayu jadi tak ada perasaan duk dalam kereta tu. Nasib baik lah adik ayu yang study automotif tu tau nak godek-godek sikit even tak berhasil. Dia cakap, dia biasa cari button merah tu.

Ayu google gak cara nak matikan alarm. Tapi encik google dan banyak sumber cakap ada punat reset alarm kat area dashboard pemandu, kami tertonggeng tonggeng cari. sampai sudah tak jumpa. sampai suami ayu
cabut kabel bateri sebab takut karang terus tak boleh jalan sebab bateri kong. Alarm tak bunyi dah. cuma kunci masuk tak leh pulas nak start enjin.

siapa nak tolong ek waktu gini... orang kereta sebelah tengah mandi, sampai sanggup masuk kereta dan on enjin konon takut lah kami ni perompak nak rompak kereta dia sekali. CIT!

tengah frust-frust tu, ada sorang abang datang kat kami.

"Alarm rosak ke dik?"tanya beliau
" Haah bang. Cari punat merah tak jumpa. Biasa kat dashboard driver" kata suamiku.
"Oh.. kelisa kat sini" Abg tu cakap, sambil tunjuk bawah dashboard co-pilot. masa tu aku dok situ.
"Abang tahu sebab ada member kereta macam ni pernah jadi dulu." jelas beliau.

apa lagi, laki ayu terus tekan ar button tu.. Alhamdulillah.... lega...

dan mereka meneruskan perbualan mereka. Abang tu kata, biasa memang ramai orang tak tahu.

Yela, kalau tak jadi gini sampai sudah tak tahu... aku baca kat internet kata, perompak selalu tahu lah.. sampai ada kes, dia pura-pura tekan alarm tak boleh dan pura-pura lah buat aksi dan mimik muka konon alarm dia rosak, pastu masuk kunci manual dan biar kereta mengaum dan tekan reset! dah berjaya nak pecah kereta orang. Allahu Robbi.. Risau ayu. Moga kita semua selamat dari perbuatan durjana itu.

Dan selesai je tu, kami pun gerak menuju pulang dan meneruskan agenda-agenda lain. hehe

:)

08 April 2014

Ayam Black Rose @ Kicap Pedas

Assalamualaikum

ayam blackrose a.k.a kicap pedas.
actually, ni first time ayu dengar ayam black rose. Macam ayam masak kicap, tapi rasa dia berganda-ganda asyik dari ayam kicap yang biasa. sedap. tambah sedap lagi, yang masak ni encik suami. Tu pasal la ayu suka hari ahad, sebab hari ahad ayu keje, suami cuti. Nanti dia akan cuba resepi-resepi baru. hihihi. Ayam blackrose ni unik sebab masa masak tu letak susu pekat manis. Serius mula-mula ayu pelik sebab tak pernah masak kicap letak susu. tapi memang sedap. korang wajib try..

Suami kata, dia rujuk blog Azie Kitchen untuk resepi ni. Sebab google ayam kicap, dia jumpa ayam kicap style kak azie di tangga pertama carta google. hehe

Meh ayu share resepi dan cara memasaknya ya. Kak azie, mohon share ya. :)

Ayam Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis (suami ltk dalam 2 sudu)
Lada hitam - tumbuk kasar (suami guna yang serbuk sebab kasar xde)
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (siap gi kedai beli lain sebab disangkakan bini tak ada bahan ni.hihi)

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar: (suami ayu dia tumbuk pakai lesung batu, in sha allah lebih ummpphhh)
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili benggala. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang. Daun bawang tak ada, kitorang tak letak la. hehe

07 April 2014

DIY kad kahwin

Assalamualaikum

kalini ayu nak share antara DIY project yang ayu laksanakan masa walimah haritu. Iaitu Projek Kad Kahwin. Setelah buat beberapa survey harga dan kecantikan kad di store-store terpilih, akhirnya ayu decide DIY sahaja. Cantik ke tidak belakang kira. Agak-agak sedap mata memandang dan membaca dengan jelas dan terang. Itu dah cukup baik untuk ayu.

Tapi ikut juga kesesuaian ya. Kalau korang jenis family background anak datok datin, tan sri, kerabat raja atau pendek kata yang kaya - kaya, tak perlulah DIY ya. Korang order je lah. Karang guest korang terkejut berok pula. hihi. Kalau macam orang desa macam ayu, ayu rasa ini yang terbaik. Sebab biasanya mereka orang kampung tak pandang pun lawa mana kad tu.


ni lah hasilnya. Ayu buat pakai microsoft word sahaja. simple je. tak ada guna software lain pun kecuali buat peta. itu minta suami buatkan. sebab kalau ayu yang buat, berkurun lah nak siapkan.

ayu dah siap deko dan main-main kat word tu, ayu tunjuk suami untuk di audit semula. hehe. yela, kita buat keje tak biasa buat kan.. kena la ada orang semak.


dan alhamdulillah atas usaha bersama, siap juga kad walimah ayu.



simple je kan. maaf ya. atas kualiti gambar yang kurang memuaskan.

kos nya pula memang murah lah.

Print guna printer sedia ada. Kos tak banyak sebab guna hitam je pon. lagipun printer guna ink luar tu. kan murah..  ayu guna sejak bulan 10 tahun lepas lenjan habis-habis untuk bisnes tasbih pun dia belum habis lagi. Printer tu suami punya, masa zaman dia study dulu, sekarang isteri sambung guna. hehe

hehe. sekian entri untuk pagi ni.

Selagi boleh jimat, kita jimat ya.

NAK ORDER PUN BOLEH..
meh whatsapp ayu +60103787836

kredit  untuk owner kartun kat kad kahwin tu : nora & gadis jumaat

bye.

06 April 2014

Musim Bunga Sakura Malaysia @ Tekoma

assalamualaikum

musim bunga sakura kan.. ? mesti merata tempat penuh dengan pink putih ni. especially di pinggir-pinggir jalan di bandar. Pokok bunga ni jadi landscape pilihan kebanyakan developer sebagai hiasan jalanan. Kat area taman sekitar tempat tinggal ayu pun penuh dengan bunga cantik ni.





Setelah ayu google info mengenai bunga tekoma a.k.a bunga sakura malaysia ,baru lah ayu tahu, bunga ni bukan setakat warna putih dan pink sahaja malah ada juga warna-warna lain seperti lavendar, kuning, merah dan juga magenta. Spesisnya pun banyak.

Dan disebalik kecantikan dan keindahan panorama bunga ni, ia juga mempunyai kelebihan iaitu Anti Malaria dan Anti Bakteria.Tapi, berdasarkan sumber, bunga ni juga ada racunnya. Jadi, kalau korang nak photoshoot jangan pegang ya. Mencegah lebih baik dari mengubati. :)


sumber info : aku anak pahang

02 April 2014

Dress Tunang Preloved Untuk Di Jual

Assalamualaikum

siapa nak kahwin?
nak tunang ke.. atau ada event gempak-gempak nak pakai baju cantik?

kawan ayu nak letgo dress tunang dia. pakai 1x je. condition ofcos tiptop la kan.


Dress tu cantik..ayu pun berkenan tengok tau. kaler peach ber lace hitam. kain plak kembang-kembang feel pakai baju macam princess. hehe

baju tunang preloved untuk dijual

ayu sertakan bersama ukuran dress cantik ini.

Bahu : 16 inches Dada : 34 inches Lengan : 21 inches Pinggang : 30 inches Pinggul : 36 inches Labuh : 55 inches

harga ?

harganya pulak RM500 (nego)

try la pujuk kawan ayu, kot-kot dia boleh kasi kurang lg kan. hihihi :)

item dijual termasuklah dress, veil, shawl dan bunga tangan.

sekiranya berminat, boleh terus contact kawan ayu ni di FB beliau : Hawa Anuar
call/sms/whatsapp : 0143381758

sekian... :)

01 April 2014

Recommended : DJ & PA System Langau Music Studio

Assalamualaikum

walimah ayu hujung bulan 3 lepas kan. Mulanya cadang tak nak pakai DJ dan PA system pun. Sebab cadang nak pasang lagu je guna speaker lama arwah abah. tapi, rezki Allah kan. DJ amin call pakcik ayu dan cakap nak sponsor. DJ amin tu kawan arwah abah ayu. Kata beliau masa ayu call nak tanya betul ke tak tu, ini adalah sumbangan ikhlas mengenangkan arwah. since arwah abah ayu pun DJ majlis kahwin juga. sebak rasa. terharu sebab kawan-kawan arwah masih mengingati dan mengenang jasa arwah. Ayu cume bayar DJ Zam (nama DJ sama dengan nama laki ayu) duit minyak kereta sebab dia datang jauh dari KL.
pinjam gambar majlis di rumah orang. kat rumah sendiri belum ada gambarnya.hehe
beberapa minggu sebelum majlis tu, pihak DJ amin ada call tanya nak dedikasikan lagu apa-apa tak untuk suami. biasanya lagu romantis dinyanyikan masa makan beradab. Ayu nak tuju lagu pun tak tau nak lagu apa. haha

lastly,
DJ nyanyikan lagu SONATA MUSIM SALJU. dia kata lagu tu ayu tuju khas buat suami. padahal ayu lupa habis nak pilih lagu dan sms. haha..tapi kira ok sangat lah lagu tu. memang sesuai dengan mood jiwang karat versi kpop. hihi

alamak, suara DJ tu sedap sangat sampai kawan-kawan ayu yang datang memberi thumbs up kepada beliau.



dan paling menarik, masa sesi suap menyuap kek.. lepas suami suap isteri, isteri suap suami.. DJ amin dan zam tu jemput ayu suap kek dan mohon restu kat mak. dan peluk cium mak. pastu dia putarkan lagu IBU. pergh. tacing sangat. sangat tacing masa tu. cium cium mak.. dan salam ahli keluarga. dan masa tu nampakla semua saudara mara dan tetamu yang wanita menitis air mata. Lagu dan situasi tu betul-betul ngam sampai buat semua orang sendu. lepas ayu suap kat mak, giliran zam suapkan mama abah dia.

sesi tadi tu memang luar jangka dan ayu pun tak tahu akan ada sesi tu. gabungan 2 DJ dalam majlis cukup menggamatkan suasana.

Dah usai majlis terus orang tanya ayu DJ mana. dan 1 job dah pun selamat di booking dengan DJ amin dan dj zam setelah diorang tengok pengisian majlis yang sungguh best, dramatik dan ber'ISI'. bukan kosong semata dengan jerit pekik orang menyanyi.

Ayu RECOMMENDED!
pada yang berminat nak buat tempahan DJ dan PA system boleh ke FB owner Langau music studio.

Encik Amin 
no.telefon : 0193174165

atau melalui ayu pun boleh. :)

ayu percaya korang akan rasa berbaloi dengan bayaran yang korang buat bila dapat team DJ macam ni.

note : servis serata semenanjung. kebanyakan di Muar johor tapi pernah juga ada function di semenyih, kluang johor dan banyak tempat.