Nuffnang

08 April 2014

Ayam Black Rose @ Kicap Pedas

Assalamualaikum

ayam blackrose a.k.a kicap pedas.
actually, ni first time ayu dengar ayam black rose. Macam ayam masak kicap, tapi rasa dia berganda-ganda asyik dari ayam kicap yang biasa. sedap. tambah sedap lagi, yang masak ni encik suami. Tu pasal la ayu suka hari ahad, sebab hari ahad ayu keje, suami cuti. Nanti dia akan cuba resepi-resepi baru. hihihi. Ayam blackrose ni unik sebab masa masak tu letak susu pekat manis. Serius mula-mula ayu pelik sebab tak pernah masak kicap letak susu. tapi memang sedap. korang wajib try..

Suami kata, dia rujuk blog Azie Kitchen untuk resepi ni. Sebab google ayam kicap, dia jumpa ayam kicap style kak azie di tangga pertama carta google. hehe

Meh ayu share resepi dan cara memasaknya ya. Kak azie, mohon share ya. :)

Ayam Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis (suami ltk dalam 2 sudu)
Lada hitam - tumbuk kasar (suami guna yang serbuk sebab kasar xde)
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (siap gi kedai beli lain sebab disangkakan bini tak ada bahan ni.hihi)

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar: (suami ayu dia tumbuk pakai lesung batu, in sha allah lebih ummpphhh)
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili benggala. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang. Daun bawang tak ada, kitorang tak letak la. hehe

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedap kan

cik atie said...

tak pernah lagi masak ayam ngan susu pekat manis ni... macam menarik je ayu...

thisni3zahata said...

Nampak menyelerakan..membuatkan perut sy berbunyi...hoho

ecah khalili said...

sedapnyee..xpenah masak guna susu pekat manis..selalunya susu cair je..hehe

SmuaInfo said...

wah saya langsung lapar liat makanannya :D

Kisah Si Dairy said...

sedap la..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, adehh terliur sheila tau. hehhe singgah menabung libresse sini~~~

ctfand (ctfand.com) said...

nak kata apa ye..suami akak pun suka masak tengok resepi..heheh..

syok kan dapat suami pandai masak..kadang2 bole rehat..lebih2 lagi macam akak yg ada anak kecik ni..ikut giliran masak gitu..bole? hihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah nmpk sedap ni...

Khir Khalid said...

Fuhh... sedap ni.. menyelerakan sungguh..

Mar Mansor said...

beza masak kicap y selalu saya masak cuma tak letak susu manis tu je..ada masa nanti boleh cuba..nampak menyelerakan tu..