Nuffnang

28 April 2014

Idea Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum

Hari guru lambat lagi, tapi saje nak story pasal hari guru memandangkan baru siap jahit fridge magnet untuk adik hadiahkan cikgu beliau.

Sabun Mandi

Zaman sekolah rendah dulu-dulu rasanya macam jadi wajib bagi hadiah kat cikgu-cikgu bila tiba hari guru. Ayu dan adik-adik mesti fikirkan apa nak beri pada cikgu. Maklum saja lah, zaman ayu kecik lum ada kedai RM2 ataupun Hinode & Daiso (RM5). Kalau ada pun, masa budak-budak tu RM2 terasa besar kan. Yang murah pada kita masa tu RM 1 ke bawah. Apa lagi, yang jadi hadiah ketika itu ialah sabun mandi jenama lux,may dan paling murah fruitale lah. Kira-kira 60 sen kalau tak silap. Pastu balut dengan kertas warna. hihihi.. dan buat kad sendiri khas untuk guru tersayang.

Pen

Selain tu, ayu banyak kasi hadiah Pen bila dan mula nak besar sikit (tapi masih sekolah rendah). Sebab cikgu tanda buku kan pakai pen. So, masa tu pen mampu milik dan rasa berguna untuk guru. Rasanya Pen ni lebih ok sikit kot dari sabun mandi. hehe sebab harga nya pun cecah RM 0.90-1.00 juga. Mahal dah tu rasanya. hihi

Bunga Sekuntum Seorang

Bila tahun demi tahun arwah abah tengok ayu bersungguh siapkan hadiah, ayu masih ingat masa ayu darjah 6, abah beli  dan siapkan beberapa kuntum bunga untuk kasi hadiah kat guru-guru subjek. Rasanya, masa zaman sekolah rendah, tu lah hadiah paling best yang ayu beri pada cikgu. Betapa ketika itu, cikgu tu teramat lah penting untuk kita. Sebab masa sekolah rendah, cikgu dan murid rasa begitu dekat. kan kan kan?

Itu jelah nak share kenangan hadiah-hadiah yang ayu pernah beri masa zaman sekolah rendah sekitar  tahun 90 an. Zaman sekarang pilihan dah banyak. Paling cikai pun, budak-budak kasi hadiah dari kedai rm2 seperti frame, cawan, mug dan lain-lain. Rasanya tak ada lagi yang kasi hadiah sabun mandi seketul. hihi.

Dan adik kecik ayu fatihah biasanya ayu sediakan barang-barang kraf yang ayu buat dan jahit sendiri untuk jadikan hadiah. Rasa macam lebih praktikal untuk digunakan dan lebih comel. hehe

antaranya ialah :

Fridge Magnet. 

Best kot. Sebab cikgu boleh lekat kat peti ais. Ni ayu baru siapkan untuk tahun 2014 ni. Awal gila. haha. Untuk hadiah kat cikgu kelas sekolah agama dan sekolah kebangsaan beliau.

fridge magnet felt
 Penanda Buku.

penanda buku felt


Ada sebahagiannya yang adik kasi kat cikgu dia dan kebanyakan nya adalah tempahan dari rakan-rakan.
Keychain
cth keychain

Keychain pun praktikal gak kalau bagi, boleh cikgu letak kat pencil case atau beg dia banyak-banyak.  hehe.


Tote Bag

Rasanya kalau kasi hadiah tote bag lagi lah cikgu suka. Kalau kecik, boleh letak pencil case, telekung or apa2 aksesori. Kalau Besar boleh letak buku rancangan mengajar.hehehe. Yang ni ayu belum pernah orang order untuk jadikan hadiah hari guru or adik ayu kasi hadiah hari guru. Kalau guru yang order ngan ayu adalah. hehe

Selain tu, ayu pernah gak buatkan bekas memo pad untuk cikgu, ayu beli memo pad yang siap dengan bekas kotak bawah dia tu, ayu buat sarung dan lekatkan hiasan nama dan lain-lain.

okey, sekian sahaja sharing untuk kali ni. :)

nota : jangan plk ada yang kasi cikgu hadiah sabun mandi tau. Itu cume imbauan kenangan silam. Apa pun, hargailah guru anda. 

12 comments:

Farah Waheda Wahid said...

tiba tiba teringat pulak zaman2 sekolah dulu... memang memories and moments lah...

thisni3zahata said...

Huhu..teringat mase sekolah dulu ng cikgu bunga straw yg colorfull tu..hoho

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
anum singgah sekejap
sory x sempat nak baca entry
bz ngan thesis arghhhhhhh pening2

Uni Aqilah said...

kalau barang handmade macam ni rasanya lagi cikgu hargai.

nuyui a.k.a miss YUI said...

time skola bg bunga skuntum..hihi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, teringat sangat masa hari guru. kadang2 tujukan lagu.. kadang tu belikan coklat kecil2, bagi cikgu. hahaha lawak betul. zaman dulu semua sempoi, siap bagi pen atau sabun buku kan. hihi singgah menabung darlie sini~~~

Lynn Munir said...

Penanda buku tu yang tercomel dan tercantik lagi terang warnanya. Penerima mesti sentiasa ingat pemberinya.

Khir Khalid said...

Mmg menarik, mmg sesuai sgt semuanya... sweet...

msredcheesecake said...

akk dulu tak penah bagi cikgu hadiah... tak senonoh ni...hheee cantik felt craft tu

memmet lenggeng said...

macam-macam kan sekarang, budak-budak excited nak bagi hadiah kat cikgu :)

* OZIE MAHSA said...

suka penanda buku tu....comel comel cam Ayu ...hihi...

Mar Mansor said...

cantik2 cenderahati tu..kakak saya seorang guru sek ren..tiap kali hari guru dia akan bawak balik berplastik2 hadiah..