Nuffnang

18 April 2014

Alkisah Alarm Kereta Mandi Pantai

Assalamualaikum

last 2 weeks, ayu, encik suami dan adik lelaki ayu berhujung minggu di pantai Desaru kota tinggi. Tak jauh pun dari rumah. kira-kira 45 minit sampai dah. Happy la kan.

Mandi... Makan... Mandi... Makan.. hehe..ayu tak mandi la. ayu jadi penonton dan penjaga beg je. ihihihi.

sampai je dorang berdua (suami dan adik) terus cecah air

amik gambar laki bini jap. masa ni inai ayu merah lg ha. yela. baru lepas walimah. untuk kali ke-2 pakai inai. Masa bln 12 nikah dah berinai dah.

picnic simple je. air kotak, ayu goreng bihun, ayam goreng, sosej, funfries, sandwich dan air. tapi boleh plak lupa nak snap masa juadah dibuka. sebab dah lapar kan. hihihi.. tak ingat apa dah. 


kita conteng sikit la.hihi

dah ber'happy-happy'. tiba-tiba encik suami keluarkan kunci kereta dari kocek seluar dia. Allah. kunci mandi sekali ke tadi? nasib baik la hai xterus karam di lautan. Ayu terus bukak dalam alarm tu sebab takut dia rosak. Dah bukak, memang sah sahlah rosak. Siap cair bateri keluar karbon yang warna hitam-hitam. Padahal, belum sampai 1 tahun ayu tukar alarm baru. Sob sob.. air masin kan. kuat betul penangan nya.

tapi, ayu boleh suruh adik dan suami g habiskan mandi puas-puas, sebab kalau dah gi try alarm kat kereta tak hidup nanti mood dah lari kan. So, kita happy dulu lah. hihihi

dah puas mandi, tekan alarm kereta dah tak berfungsi. Ayoyoyo.. kalau masuk kunci dan bukak secara manual, confirm la menjeri cik lisa ayu ni. Lama wei dia jerit-jerit sampai dari segan dengan orang sampai ayu jadi tak ada perasaan duk dalam kereta tu. Nasib baik lah adik ayu yang study automotif tu tau nak godek-godek sikit even tak berhasil. Dia cakap, dia biasa cari button merah tu.

Ayu google gak cara nak matikan alarm. Tapi encik google dan banyak sumber cakap ada punat reset alarm kat area dashboard pemandu, kami tertonggeng tonggeng cari. sampai sudah tak jumpa. sampai suami ayu
cabut kabel bateri sebab takut karang terus tak boleh jalan sebab bateri kong. Alarm tak bunyi dah. cuma kunci masuk tak leh pulas nak start enjin.

siapa nak tolong ek waktu gini... orang kereta sebelah tengah mandi, sampai sanggup masuk kereta dan on enjin konon takut lah kami ni perompak nak rompak kereta dia sekali. CIT!

tengah frust-frust tu, ada sorang abang datang kat kami.

"Alarm rosak ke dik?"tanya beliau
" Haah bang. Cari punat merah tak jumpa. Biasa kat dashboard driver" kata suamiku.
"Oh.. kelisa kat sini" Abg tu cakap, sambil tunjuk bawah dashboard co-pilot. masa tu aku dok situ.
"Abang tahu sebab ada member kereta macam ni pernah jadi dulu." jelas beliau.

apa lagi, laki ayu terus tekan ar button tu.. Alhamdulillah.... lega...

dan mereka meneruskan perbualan mereka. Abang tu kata, biasa memang ramai orang tak tahu.

Yela, kalau tak jadi gini sampai sudah tak tahu... aku baca kat internet kata, perompak selalu tahu lah.. sampai ada kes, dia pura-pura tekan alarm tak boleh dan pura-pura lah buat aksi dan mimik muka konon alarm dia rosak, pastu masuk kunci manual dan biar kereta mengaum dan tekan reset! dah berjaya nak pecah kereta orang. Allahu Robbi.. Risau ayu. Moga kita semua selamat dari perbuatan durjana itu.

Dan selesai je tu, kami pun gerak menuju pulang dan meneruskan agenda-agenda lain. hehe

:)

2 comments:

Sukma Haron said...

Parah juga kalau keter nie menjerit-jerit tgh mlm sebab alarm...nasib baik waktu siang yea...

Norhasniza Khalid said...

waaah... seronoknya...