Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

04 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 4 - Buku Kegemaran Ayu Zan

Assalamualaikum

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran hari ke 4 ialah mengenai buku kegemaran saya..

saya pernah kongsikan entry berkaitan buku ini di sini.

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta




buku ni bakal suami (ketika sebelum bernikah) kira-kira september tahun 2012. sedikit sebanyak buku ini membantu kami untuk memahami keperluan atau kemahuan dalam pengurusan kewangan di alam rumahtangga.

sejujurnya tidaklah 100% input yang dikongsi oleh penulis buku ini ayu setujui sepenuhnya. Ada juga sebahagian yang ayu dan suami punya pendapat sendiri, namun buku ini tetap antara buku kegemaran yang sangat membantu kami. Setidak-tidaknya membuka minda.

selain tu, masa zaman-zaman study dulu ayu ni kaki novel cinton gak. Tapi dalam tak sedar 1-2 tahun kebelakangan ini ayu punya minat lebih pada novel yang ada unsur keislaman contohnya hasil karangan Fatimah Syarha yang paling ayu suka ialah novel Sebarkan Cinta-Mu & Tautan Hati . Yang mana novel-novel islami macam ni banyak buka mata ayu yang mana boleh dan tak boleh dalam kehidupan beragama Islam ni. Sangat membantu agar tak leka dengan persekitaran yang selalu bawa kita pada kemusnahan. Juga, novel novel islami ni jarang buat ayu berangan dengan angan-angan palsu. Lebih realistik! hehe




Banyak lagi sebenarnya buku yang ayu suka. Tapi ini jelah kite share ye.. :)

Thank you :)

03 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Perkara Yang Menguatkan Ayu Zan

Assalamualaikum

sekarang di cabaran hari ke-3.

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

sebelum ayu bergelar isteri, family sumber kekuatan ayu.
bersama mak di hari pernikahan ayu
Masa ayu semester akhir diploma, konon-konon merancang nak sambung degree ketika tu, ayu di uji dengan ujian terberat rasanya ketika itu. Allah mengambil abah tersayang. Usia ayu ketika itu 20 tahun. Dan memandangkan ayu anak sulung, ketika itu sudah pasti punya adik-adik kecil baru meningkat usia. Memang masa tu lah ayu seolah disuntik kekuatan oleh Allah. Mak hampir rebah. Adik-adik terdiam. Dan saat itulah, ayu menguatkan diri yang tak berapa kuat ni untuk menggalas tugas yang pada ayu cukup besar dah ketika itu.

Masa tu terasa mahu berhenti belajar. Terasa tak mahu balik ke Penang meninggalkan mak dan adik-adik di Muar Johor. Tapi berkat nasihat dan doa mak serta bantuan dari sesetengah insan ayu menyambung juga baki-baki semester akhir tu. Impian nak sambung degree tu ayu padamkan sebab ayu rasa ayu lebih diperlukan oleh mak untuk bantu beliau. Dan sehingga hari ni pun ayu tak kesal pun tak dapat apa yang ayu nak ketika itu. Sebab kemenangan hidup ni bukan ukurannya pada tinggi mana belajar kan? Tapi ayu terasa 'menang' dapat berbakti walaupun sedikit kepada mak dan adik-adik.

dengan cinta hati di hari raya haritu :)

Sekarang ayu dah 9 bulan bergelar isteri. Dan sumber kekuatan tu bertambah iaitu suami dan anak yang akan lahir... Suami tetap syurga bagi seorang isteri. dan anak yang ayu kandung sekarang ni harta ayu dunia akhirat. Saat-saat sukar dan gembira sepanjang kehamilan ni buat ayu bertambah kuat walaupun kadang-kadang tertumpah air mata bila dok ngadu-ngadu kat suami. hihihi. "Nak jadi ummi kena kuat kan?" ingat lagi kata suami ayu memujuk. Haah kan.. kena kuat sebab nak dapat 'anugerah' Allah ni bukan mudah ye tak? Semoga dapat anak soleh solehah yang bakal doakan ibu ayahnya sentiasa...

:)

Entri berkaitan :

Cabaran 30 hari : Hari 1 - 1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Ayu Zan

Cabaran 30 Hari : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Ayu Zan



02 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Ayu Zan

Tiba kita di cabaran hari ke dua.

5 cara memenangi hati Ayu Zan ialah :

1-Senyum.
Haa.. tengok. senang je kan. Senyum je dah boleh menangi hati ayu. Yela, kalau senyum, kita nak berbual dan bercakap pun tak gerun. Lagi-lagi kat kaunter pertanyaan tu, kalau orang kaunter tu senyum, sejuk hati kite. :)

2-Ajak jalan-jalan. (kalau pakej nak belanja shopping lagi best)
Hehehe.. teringat masa morning sickness dan threatened miscarriage haritu tak leh banyak jalan. But still, ajak encik suami jalan. hehe.

3-Memahami.
Itulah doa ayu sejak mula ayu di uji dengan pemergian Arwah abah. Berdoa agar dikurniakan pasangan yang memahami situasi, keadaan keluarga dan diri ayu. Apetah lagi jika dapat sahabat yang memahami, itu memang hadiah bermakna.

4-Suka kucing.
hihi. sebenarnya.. bukan setakat suka kucing, tapi kita kan mudah suka dan rapat dengan orang yang sama kegemaran dengan kita. ye tak?
belanja satu gambar kucing yang suka sibuk masa ayu online.hehe
5-Jujur dan berterus terang.
Dengan ayu, jujurlah. Kadang-kadang kenyataan tu memang pahit untuk ditelan. tapi lebih baik jujur dari belakang ayu dok tikam tikam sampai hancur luluh hati bila tahu. Kejujuran ni penting dalam aspek kehidupan kita. Kalau dah jujur, ayu kecik hati..kejap je tu. Nanti bila dah cool, dah waras, mesti semua akan ok. Tapi kalau dah TERTIKAM ayu, khuatir parut berbekas... hihi..

Sekian.

:)

salam ukhuwah dari ayu.

#Cabaran30hari
#Kelabbloggerbenashaari


Entri Cabaran 30 Hari :


01 September 2014

Cabaran 30 hari : Hari 1 - 1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Ayu Zan

Assalamualaikum.
Terlambat dah ni ayu join cabaran 30,-hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari. Tapi ayu still nak join memeriahkan sama. Hihi

:)

Gambar terbaru ayu ni di ambil sabtu lepas semasa kami suami isteri on the way ke Gemas Negeri Sembilan, menghadiri majlis walimah rakan sekelas zaman matrikulasi suami.

5 Fakta Tentang Ayu Zan

1- Ayu adalah nama pendek ayu iaitu Noridayu. Dan Zan ialah nama pendek arwah Abah Mohd Zan. Ayu bukan gabung nama suami/pakwe ye. Yela, nick ayu zan ni ayu guna lama dah. Since zaman belajar dulu lagi. Even kite dah kahwin pun, nama kita tetap sandarannya kepada bapa kita kan. Beberapa kali gak orang dok salah anggap fikir Zan tu ayu dok gabung nama pakwe(sebelum kawin).

2-Ayu adalah isteri kepada rakan sekelasnya ketika zaman sekolah menengah. Hek... Yela. Ni hakikat. Suami ayu tu rakan sekelas, seasrama, serumah sukan dan sepengawas. Hehe. Tapi zaman sekolah kami ni perang je. Tak pernah nya baik.

3-Ayu seorang yang mudah menangis. Ya. Tak molah ulas lebih. Yang pasti, memang jenis senang je kuar airmata. Mak kata, sebab masa pregnantkan ayu dulu mak emosi dok mudah nangis. Tu turun ke anak. Hihi

4-Ayu anak sulung, menantu sulung dan bakal lahirkan cucu sulung bagi kedua belah keluarga. In sha allah EDD 9/1/15. Doakan ya.

5-Ayu seorang pecinta kraf. Tak kira lah kraf dari kain ke, ape ke.. Asal kraf. Ayu terasa kraftangan itu begitu berharga. :)

Sekian, itu jelah 5 fakta yang terlintas untuk ayu kongsi dengan rakan-rakan blogger. Semoga ikatan ukhuwah antara kita berkekalan sampai bila-bila.

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari


08 January 2014

BLOGLIST 2014 MSRED

Assalamualaikum.

ayu join GA by ms red.

Klik banner if interested. :)


klik klik


20 October 2013

Blogger Johor Bahru - 1

Assalamualaikum

Amboi tajuk.. kenapa ada -1? Sebab mengharap ada 2,3,4 dan seterusnya.. :)

sabtu lepas entry ini, ayu ada cakap nak jumpa 2 orang akak blogger. Asalnya memang nak jumpa blogger Mama As tapi tak menjadi-jadi. Almaklumlah macam-macam urusan mengekang menyebabkan perjumpaan bertangguh.

Nak di jadikan cerita, Kak Uni - Blog Mymystorymory.com nak kasi ayu hadiah sempena menang contest rumah idamanku. So, kami decide jumpa di Aeon Permas Jaya (Jusco) yang berdekatan dengan rumah ayu.

Sangat-sangat happening u olls.. :)

blogger kak uni. dia la yang kasi ayu hadiah buku mudahnya mengemas rumah. :) TQ kak.

ayu dengan mereka. dan juga buku hadiah..:)
ni mama as ya.. tengok baby sufi. she's adorable ok... :)

kami plan kalau ada masa terluang nak jumpa lagi lama sikit. malam tu jumpa kejap sangat. hihi

Nota : Ayu ucap thanks a lot kat kak uni untuk hadiah itu.. dan thanks a lot juga kat mama as sebab beliau share tips untuk raih follower dan peminat blog. hihihi.. Mengkagumkan usaha beliau.. Lepas ni nak cari geng blogger JB ramai-ramai lah. mesti best. hihihihi

19 October 2013

Dating dengan blogger

Assalamualaikum.

Saje nak update kat blog. Hehe. Kejap lagi ayu dah deal dengan 2 orang blogger nak jumpa kat jusco permas jaya..

Dan.. Korang yang duk area pasir gudang, permas jaya, masai, jb.. Korang komen lah ya.. Kot-kot bila - bila masa nanti boleh kita aturkan perjumpaan. Hihi.

Nota : segan pulak nak jumpa diorang. Hihi..

Published with Blogger-droid v2.0.10

27 September 2013

Buat Scroll Box Dengan Mudah

Assalamualaikum

semalam blogger mama bantu ayu cara nak buat tabbed widget for sidebar.
harini..
blogger ctfand pulak bantu bila terdengar ayu kata nak buat scroll utk bloglist tapi takut nak usik html. hihihi - entri beliau
tu diaa

btw, buat guna CSS tu memang lebih mudah sebab terus ada view kat bawah tu. hehe.
just buka kat template - customize - advance - add css - paste kan kod.

ayu adjust sikit kod ikut kesesuaian blog kita. height & width tu ikut sesuai blog kita. Ni kod untuk bloglist & blogarchive. More info, kena tanya tuan cikgu ya..hehe

#BlogArchive1 .widget-content {
height: 300px;
overflow: auto;
width: 280px;">
}
#BlogList1 .widget-content {
height: 300px;
overflow: auto;
width: 280px;">
}

Sekian.. Thanks kat ctfand sebab baik hati tolong ayu.. bestkan ada rakan-rakan blogger yang baik hati macam ni.

jom gi ziarah kak ctfand ni.. 11 Sep 2013 kak ct ni baru dapat baby. hehehe.. Inspired By Yanie

26 September 2013

Gabungkan Widget

Assalamualaikum.

Korang nak tau, mama balas permintaan ayu melalui entry tutorial. Ayu memang nak buat tabber widget ni. Tapi bila dok google, kena edit kat html tu. Mana den reti. Karang jahanam blog ayu. sob sob.

mama pon dengan sukacita menyediakan 1 entry tutorial khas untuk ayu... Haa..kan rasa disayang sayang. hihi
siap inform kat kotak jerit ayu. ouch! sayangg mama.
ni entrynya.. tengok.. mama mention blogger ayu. tapi mcm segan sikit. tittle "BLOGGER" tu macam GAH! dan im not that GAH!
Ni entrinya : Tutorial Gabungkan Widget Sidebar.

dan, ayu pun try lah.....even tak reti.. try gakkk
BMS tu - kawan masa sekolah menengah. 

 Okey la kot. jadi lah juga. Cume kena menuntut untuk buat scroll box untuk bloglist pula lepas ni. :)

Mama Thanks ya.. Thanks a lot. Jom terjah blog mama yang baik hati ni... Mommy As Blog

Nota : Ada yang tanya.. Pecel Lele tu apa. itu ialah hidangan ikan keli+nasi putih+ulam+sambal. 

22 September 2013

:: SEGMEN : Jom Follow by Kataubaid ::

Assalamualaikum.

ayu join segmen yang ubaid buat. Saje nak join untuk sama-sama menyokong rakan blogger yang baru naik menapak macam ayu ni... Jom lah korang, join segmen ubaidullah ni di blog KATAUBAID. :)


TAMAT : 29 September 2013 -11.59malam


16 September 2013

Segmen 3 Hari Blogwalking Bersama Mahirah Ridzuan

assalamualaikum.

kak mahira buat segmen.
ingat dulu, ayu join segmen kak mahira dapat shawl. hehe.. : entri : Shawl hijau yang cantik.

untuk segmen kali ni, beliau buat untuk 3 hari. Dan ayu pulak.. last minit baru tahu. hehehe. maklumlah, 3 hari x berblogwalking. Tapi nampaknya sempat gak join segmen ni untuk sama-sama memeriahkan. :)

KLIK BANNER UTK JOIN

TAMAT: 17 SEPTEMBER 2013 - 11.59 mlm. :)

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY

Assalamualaikum.
GA dari blogger ternama kan. mesti la hadah gempak kan. 30 tshirt okay~
ayu cuba nasib. (-_-)



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

12 September 2013

Segment 1st Mama

assalamualaikum.

harini ayu join GA by mama as.. :)
mama ni best. antara rakan blogger yg rajin komen entri-entri ayu.
opcos ayu menghargainya.. :) Tq mama..

so, untuk sama-sama support mama as..ayu join GA mama... Simple je GA ni. xde pun kena loading iklan iklan iklan. just like fb mama..dan follow blog mama..

kalau nak join memeriahkan.. klik gambar bawah ni ya. :)


10 September 2013

Ayu Suka Rakan Blogger Review Blog Ayu

assalamualaikum
siapa xnak kena review blog korang kan?
ayu join segmen simple tp banyak kebaikannya..
anjuran : Sheila (salam perkenalan sheila)
selain boleh tambah kenalan rakan maya, mungkin boleh lihat pandangan jujur ikhlas dari kaca mata rakan-rakan maya mengenai blog ayu..
malahan, sheila kata.. beliau akan letak link kita kat senarai "Lovely Friends" beliau..

klik banner untuk ke belog penganjur.
Jom join.

04 September 2013

Apa kata blogger tentang trafik blog?

Assalamualaikum.

Trafik. Sebelum ke dunia blog ni, saya hanya faham konsep trafik ni di jalan raya sahaja. Bila trafiknya baik, tersusun maka, baiklah perjalanan kita menuju ke sesuatu tempat. Trafik juga menunjukkan Lampu Isyarat a.k.a Traffic Light yang mana jelas menggambarkan tanpa lampu isyarat, pincanglah lalu lintas di jalan raya. 


itu trafik di jalan raya.


macam mana trafik blog pula?

saya bukanlah kategori mahir untuk cakap dengan jelas mengenai trafik blog ni memandangkan blog saya bukanlah kategori yang mempunyai trafik tinggi seperti Ben Ashaari, Hasrulhassan, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha tu.. Saya cuma penulis amatur yang lebih banyak bercerita mengenai pendapat dan perkongsian peribadi sahaja.

Tapi, saya sendiri akui, bila dah masuk ke dunia blog ni, tengok ramai rakan blogger yang senior memperoleh income bulanan yang 'muai' agak terjebak la juga perasaan nak jadi macam mereka. Apabila saya kaji, selidik, bertanya, membaca memang jelas sangat, trafik blog yang bagus sangat menyumbang untuk mereka beroleh income sebegitu lumayan. 

Blog ibarat macam ARTIS juga lah.hehehe

Contoh macam artis yang meletup-letup, bila nak buat majlis perkahwinan atau sebarang event, mesti banyak pihak nak sponsor. Nak sponsor baju lah, kasut dan macam-macam lagi. 

So, pada saya, sama lah juga macam blog, kalau meletup-letup trafik blog, mesti banyak juga pengiklan yang berminat. :-)


Sekian, ini pendapat peribadi ayu. Korang pun mesti ada pendapat sendiri mengenai isu TRAFIK BLOG. Kalau berminat nak share opinion korang, boleh lah klik sini : Santaikata : Apa kata blogger tentang trafik blog.

Ada hadiah menarik sehingga RM300 & hadiah misteri menanti.. :)





29 August 2013

GiveAway Follow dan Like Blogshop WanitaGorgeous


Ayu join GA yg dibuat oleh IBUNOEY teman blogger yang baik & ramah ni.
ayu suka dapat kawan macam beliau. so, sebagai tanda support, ayu nak ajak korang semua join. 

Hadiah paling best,
1. 1 x Top/Dress Dari blogshop WanitaGorgeous *harap-harap ada rezki*

dapat dress tu mau menangis happy ayu. huhuhu..


GA ni tamat pada 31 Ogos 2013.
so, lets join untuk memeriahkan GA ni. :)

love, 
ayu


22 August 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

31 July 2013

Ayu Dapat Bookmark & Hadiah Raya

assalamualaikum.

harini ayu dapat bookmark & hadiah raya yang di pos oleh akak comel ina from IntanBerlian
well.. ayu rasa..sangat-sangat happy. tau kenapa?
sebab masa kak ina mintak address nak pos ritu, ayu ni baru je nak aktif semula berblog.
so, secara xlangsung kak ina telah menambah pil semangat dalam diri ayu. hehehe

yela, ayu dilema berblog ni.. rasa rendah diri nak bercerita dan sharing apa-apa..
tapi bila ayu tengok blog otai-otai, tengok diorang jujur dalam menulis.
tulis lah apa sahaja pun, semua entri mereka akan jadi best.
so, thats inspired me.

mungkin tahun depan kot boleh ayu balas bookmark kak ina ni. ehehhe

btw,

thanks a lot. :)

love,
ayu zan

23 July 2013

YEY! ada orang nak kasi bookmarks raya

assalamualaikum

korang nak tau,
semalam kat entry bergedil daging saya ada dapat komen seseorang.



fuhh...
dia nak kasi saya bookmarks raya.
ok ok ok.
serius saya suprise.
yela..saya ni baru je mula nak aktif berblog...tiba tiba ada blogger femes buat cenggini.
memang terus saya rasa bersemangat nak jadi mcm beliau. 
hihihi

saya rasa sejak terjumpa blog beliau bermula dari saya google resepi. tapi tak ingat dah resepi apa..
sejak kes tu, terus sangkut hangout kat situ.
resepi dia cun cun belaka. mudah nak follow.

komunikasi 2 hala yg diamalkan oleh kak ina mmg seboleh mungkin saya nak contohi.
yela kan.. beliau tu femes, ramai followers dan readers, tapi beliau tetap blogwalking semula ke blog2 yang menyinggah ke blog beliau. 

kak, saya terharu. =_= serius. thanks a lot.. :)

love,
ayu zan

19 July 2013

GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Saya join GA lagi. :)
ni lagik banyak hadiah weh.
try la.

kot2 rezki ramadhan.