Nuffnang

04 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 4 - Buku Kegemaran Ayu Zan

Assalamualaikum

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran hari ke 4 ialah mengenai buku kegemaran saya..

saya pernah kongsikan entry berkaitan buku ini di sini.

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta




buku ni bakal suami (ketika sebelum bernikah) kira-kira september tahun 2012. sedikit sebanyak buku ini membantu kami untuk memahami keperluan atau kemahuan dalam pengurusan kewangan di alam rumahtangga.

sejujurnya tidaklah 100% input yang dikongsi oleh penulis buku ini ayu setujui sepenuhnya. Ada juga sebahagian yang ayu dan suami punya pendapat sendiri, namun buku ini tetap antara buku kegemaran yang sangat membantu kami. Setidak-tidaknya membuka minda.

selain tu, masa zaman-zaman study dulu ayu ni kaki novel cinton gak. Tapi dalam tak sedar 1-2 tahun kebelakangan ini ayu punya minat lebih pada novel yang ada unsur keislaman contohnya hasil karangan Fatimah Syarha yang paling ayu suka ialah novel Sebarkan Cinta-Mu & Tautan Hati . Yang mana novel-novel islami macam ni banyak buka mata ayu yang mana boleh dan tak boleh dalam kehidupan beragama Islam ni. Sangat membantu agar tak leka dengan persekitaran yang selalu bawa kita pada kemusnahan. Juga, novel novel islami ni jarang buat ayu berangan dengan angan-angan palsu. Lebih realistik! hehe




Banyak lagi sebenarnya buku yang ayu suka. Tapi ini jelah kite share ye.. :)

Thank you :)

1 comment:

Fuza Musa said...

Dah update ke belum?? Semak ye
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/follower-telah-mencecah-1k-siapa-masih.html