Nuffnang

03 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 3 : Perkara Yang Menguatkan Ayu Zan

Assalamualaikum

sekarang di cabaran hari ke-3.

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

sebelum ayu bergelar isteri, family sumber kekuatan ayu.
bersama mak di hari pernikahan ayu
Masa ayu semester akhir diploma, konon-konon merancang nak sambung degree ketika tu, ayu di uji dengan ujian terberat rasanya ketika itu. Allah mengambil abah tersayang. Usia ayu ketika itu 20 tahun. Dan memandangkan ayu anak sulung, ketika itu sudah pasti punya adik-adik kecil baru meningkat usia. Memang masa tu lah ayu seolah disuntik kekuatan oleh Allah. Mak hampir rebah. Adik-adik terdiam. Dan saat itulah, ayu menguatkan diri yang tak berapa kuat ni untuk menggalas tugas yang pada ayu cukup besar dah ketika itu.

Masa tu terasa mahu berhenti belajar. Terasa tak mahu balik ke Penang meninggalkan mak dan adik-adik di Muar Johor. Tapi berkat nasihat dan doa mak serta bantuan dari sesetengah insan ayu menyambung juga baki-baki semester akhir tu. Impian nak sambung degree tu ayu padamkan sebab ayu rasa ayu lebih diperlukan oleh mak untuk bantu beliau. Dan sehingga hari ni pun ayu tak kesal pun tak dapat apa yang ayu nak ketika itu. Sebab kemenangan hidup ni bukan ukurannya pada tinggi mana belajar kan? Tapi ayu terasa 'menang' dapat berbakti walaupun sedikit kepada mak dan adik-adik.

dengan cinta hati di hari raya haritu :)

Sekarang ayu dah 9 bulan bergelar isteri. Dan sumber kekuatan tu bertambah iaitu suami dan anak yang akan lahir... Suami tetap syurga bagi seorang isteri. dan anak yang ayu kandung sekarang ni harta ayu dunia akhirat. Saat-saat sukar dan gembira sepanjang kehamilan ni buat ayu bertambah kuat walaupun kadang-kadang tertumpah air mata bila dok ngadu-ngadu kat suami. hihihi. "Nak jadi ummi kena kuat kan?" ingat lagi kata suami ayu memujuk. Haah kan.. kena kuat sebab nak dapat 'anugerah' Allah ni bukan mudah ye tak? Semoga dapat anak soleh solehah yang bakal doakan ibu ayahnya sentiasa...

:)

Entri berkaitan :

Cabaran 30 hari : Hari 1 - 1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Ayu Zan

Cabaran 30 Hari : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Ayu Zan



8 comments:

Norhasniza Khalid said...

tersentuh hati mama baca.. teringat masa kita jumpa dulu..

Ayu Zan said...

Masa dpt tajuk hari ke3 ni, ayu trus ingat saat sukar tu mama.. :) thats make me strong.

Hehe.. Lama dah xjmpa mama..

nurul_diya m. nor al-haj said...

Nak nangis baca.. πŸ˜‚

Nazlee Ismail PCL said...

Ya...pcl baca dgn serius ni, memahami kekuatan seorang wanita, ibu segalanya. Kekuatan ini akan berterusan diwariskan kpd generasi mendatang.

Ayu Zan said...

Xmo nangis diya.. :)

Ayu Zan said...

Tq pcl sbb sudi baca bebelan panjang ni.hehe. moga2 begitulah...

Sya Mimie said...

tiba2 rasa sebab baca coretan ayu ni.. yela, kekuatan kita tu kdng2 bkan dari diri kita sndiri kan. tapi dari family yang paling dekat..

hana humaira said...

Ayu kuat...congrats mom to be... Jemput ziarah blog sy

www.hanasihat.blogspot.com