Nuffnang

09 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Ayu Zan

Ok.. Tertinggal dah berapa hari dah ni. Sekarang kita teruskan cabaran kita.
5 lelaki yang menarik perhatian ayu..pendek kata. Type lelaki yang ayu suka la kan? Ayu kalau cakap lelaki je, ingat suami. Sebab tu terhampir dengan kita yang isteri ni kan.

1- Soft Spoken Eh. Nombor 1 soft spoken? Hihi.. Yep. Ayu rasa antara sebab ayu suka kat encik suami dulu pun sebab dia soft spoken. Sampai sekarang gitulah dia. Tengok dia cakap dengan mak dia pun soft je. Harapan dan doa ayu baby dalam rahim ni pun ikut soft spoken daddy dia. Biar sejuk hati ummi ni. :)

2- Rajin jawab call/reply sms@whatsapp. Eh. Dah kawin pun masih penting ok. Buatnya urgent.. Tak ke bahaya mengabaikan sms/call dari puan isteri. Hehe. Tapi kalau ayu ngengada whatsapp suami tanya camni "kita nak beli tilam baby warna apa ya?" Yang tu kalau suami reply lambat, ayu tak ler marah. Sebab bukan penting sangat. Hihi... Kekadang ayu memang suka mcm tu. Tetiba whatsapp.. Ajak bual2. Padahal orang tu tengah bz keje. Especially hari jumaat ayu cuti, si dia keje.

3- Suka makan apa ayu masak. Hihi. Pakej, kalau puji sekali lagi best even masak nasi goreng bodo bodo je. Hihi.

4- Penyayang. Suka budak..sebab nanti nak jadi daddy kat anak-anak. Kalau menyinga je.. Kesian anak anak. Suka kucing. Eh eh. Ni masuk kriteria gak. Sebab kalau ayu je sorang suka kucing, tak bestlah...
gambar zaman anak dara dengan gitar encik pakwe.ehehe

5- Gitaris. Eh? Yela.. I mean, ayu suka yang jenis hobby indoor punya. tak suka jenis melepak kat luar contoh hujung minggu gi memancing 1-2 malam. Tinggal daku sesorang. Oh, tak sukanyaaa.. Kalau dia main gitar kat rumah tak pe lah. Hihi.. Cume jangan main lagu kasar2 tu.. I is bingit telinga.
Sekian.


5 je kan?

Jumpa cabaran seterusnya.
#kbba
#kelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari

Entri Cabaran 30 Hari :