Nuffnang

07 September 2014

Pregnancy : Minum Air Gula & Blood Pressure

Assalamaualikum
Masa 1st checkup hamil ayu datang dgn berat 53kg. Sekarang da nak masuk 23 week berat 55.2 kg.
Awal hamil zaman muntah muntah berat drop 3kg lebih. Sekali lepas raya ritu sebulan naik 2.5kg. Amik!!! Haha. Nurse pun remind. Next two weeks, naik lagi minum air gula ya.. Dan ayu kena ambil blood pressure 5x seminggu.

So sepanjang 2 minggu 3 hari bermula tarikh temujanji tu. Ayu pun puasa 3x, kawal sikit-sikit nafsu makan meluap ni. Hari hari timbang tetapnya naik. Huhu. Dan masa hari appoiment dengan nurse minggu lepas timbang.. Naik 1.4kg. Ayu fikir ok lah..sebab 2 minggu 3 hari kan. Tapi nurse kata TIADA KOMPROMI. Naik patut 2kg sebulan. Ni baru 2 minggu(padahal dah lebih 3 hari) patut naik 1 kg je. Eh eh..ingat senang ke nak kawal camtu. Ayu dah cukup mengawalnyaa.. Huaaa...

Sebak dada ummi ni baby. Dapat  arahan minum air gula dan kena buat bp lagi 5x. Sebab naik lebih 400 gram ayu kena minum air gula. Aduhai.. Sedih juga rasa sebab mostly kekawan ayu yang kena minum air gula tu berat terlebih sampai 2-3kg sebulan baru kena minum air gula tu. Misi siap cool down kan ayu. 

"Tak pelah..awak minum je. Kalau tak de problem, tak delah kena ulang lagi. Pasni jaga je berat ya..." Ayu stressss masa tu. Padahal salah sendiri, sape suruh kuat makan..hihi

Balik jumpa misi. Ayu moody betul. Tak masak pun petang tu. Selalu balik keje terus pung pang pung pang kat dapur. Dari pukul 4,30 sampai 6.30 tunggu je hubby balik sebab nak ngadu ngadu. Hihihi.

Sekarang appoiment 1x dlm sebulan je hubby teman. Sebab tak sampai hati rasa asik suruh suami excuse keje sebab bini dia ni banyak problem dari awal. Masa berat turun, kena timbang beberapa hari sekali. Dan appoiment 2x sebulan. Pastu berat naik kena buat bp 5x seminggu dan appoiment 2x sebulan.

Atas nasihat mak dan suami. Ayu positif. Mudah-mudahan sihat.. Tak de sangkut masa test gula tu dan buat bp 5x seminggu tu baguslah.. At least, ummi tahu yang ummi cukup sihat untuk hamilkan baby. Tak de darah tinggi pun. Paling tinggi 110/75 tu pun time penat gila drive balik keje. Kalau sabtu lepas hubby hantar..bp pun jadi 95/60 je. Hihi

Masa week24(6bulan) 15/9 minum air gula. 17/9 suntikan dan dental appoiment dalam hari yang sama. 2 hari gamaknya nak berulang ke KD.

Rasa nak ambil annual leave. Tapi tak banyak baki dah tahun ni. Tak sedap sampai 2hari nak mintak keluar takut gak pengetua bising. Nak ambil salah 1 hari untuk cutilah. Tak sure mana satu lagi lama kena stay kat KD tu.

Nota: sesiapa nak cari sponsor GA..ayu cadang nak sponsor tasbih. Boleh PM kat FB : Noridayu Zan. Nak buat GA sendiri belum ada kesempatan.


2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

semoga semuanya berjalan lancar

shalimar yusof said...

take care yeaa...NS dulu pon kena mnum jgk..sebb mak NS ade diabetes...