Nuffnang

06 September 2014

Kucing Di Pukul Sampai Hampir Mati

Assalamualaikum..

Entry kali ni penuh emosi. Petang tadi adik ayu whatsapp.

whatsapp adik ayu
Bagitahu kat rumah mak ada kucing lembik tak bermaya di sangka dah mati. Adik kejut, rupanya kucing masih hidup tapi dah lembik. dah nazak dah kucing tu.

mengikut kata adik, kucing tu nampak macam dah kena pukul mulutnya. Atau mungkin dilanggar. Tapi takkan langgar cedera kat mulut je ye tak?

Dan, ayu call mak dapatkan maklumat lanjut. Mak kata mungkin kucing malang tu dibuang oleh orang dan kucing tu gayanya telah dipukul. Pecah mulut mak kata.

maaf gambar kurang bermutu. kucing tu dah tak leh angkat pale dah.
Adik tak berani nak pusingkan gambar kucing tu. hanya berani ambil gambar sisi kucing malang tu. Menangis-nangis adik ayu, nurul fatihah berhadapan dengan situasi tu.

Ayu yang dapat whatsapp dari beliau pun menitis air mata. Betapa kejam manusia pada haiwan. Tak suka ke, alah bulu ke, alah bau ke, kucing tu curi ikan ke, benci sangat pun.. jangan lah buat gitu. Dahlah pukul sampai nak mati kucing tu, buang lak tu. Baik ko bunuh je dia!!!

Uwaaaa...sedih sedih sangat ni. Kucing tak selera makan pun ayu risau, lagikan kucing dianiaya macam ni.

Allahu robbi... sedih sangat..

note : Nanti ayu update lagi keadaan si malang ni ya. Doakan kucing ni kawan-kawan. Kalau panjang umurnya, panjang lah dia. Kalau tidak, apekan daya.. Kat kampung tak ada sape nak drive bawa ke vet. Mak cuba cara kampung, kasi air kelapa dan luka di ubat dengan minyak kunyit buatan sendiri.


7 comments:

Aty_Fared said...

alaaa sedih nya...saya tak suka baca bende2 macam ni.. bukan apa..sebab mesti nanges..sebab saya pecinta kucing.... kesian sangat rasa kat hati ni..

Bbwana adienia said...

alahai, siannya..saya pun x sampai hati tengok kucing dibuat macam tu..sedih juga tengok..

fayreen mizan said...

Ya Allah! Kesiannya. Seriously rasa macam tak sanggup nak baca sebab tak sampai hati. Kesian sangat-sangat!!

Miela Asmila said...

Ya Allah, manusia sekarang sangat zalim.. dengan kucingpun nak cari gaduh.. kesiannya... akak tak minat kucing tapi bila kucing gesel-gesel kat kaki or naik atas riba akak tak pernah marah..cuma nak ambil kucing letak atas riba...akak tak buat.. tapi bila tengok kucing luka atau sakit, akak susah hati... mesti cari ubat bagi pada kucing tu..kesian..huhu


Sya Mimie said...

tak boleh dgr pasal kucing kena dera ni.. mula la nak menitik airmata..

umi alya said...

Sakit pula hati.. urmm siannya kt kucing..

Engku Muzahadin said...

Singgah dan Follow blog ini, datang dari #KelabBloggerBenAshaari Salam kenal... http://engkumuzahadin.blogspot.com/