Nuffnang

19 September 2014

Tanda-tanda dan Rawatan Kucing Demam

Assalamualaikum

Ayu share sedikit pengetahuan berdasarkan pengalaman sendiri berkecimpung dalam dunia kucing sejak kecik lagi.

haritu chok demam panas. serius.. risau.. takut chok comel ayu ni mati. yela..dia kecik lagi. masa tu baru 4bln+. Badan dia macam kecik lagi nak tahan demam tu. .

Tanda-tanda si comel bulus ni demam :

1- Kurang selera makan 2-3 hari sebelum demam. Kibbles(biskut kucing) dia tak makan, wetfood pun kurang dah.

2- Makan anak-anak pokok cili yang ayu tanam. Pelik juga, 2-3 hari sebelum demam dok tengok pokok dalam pasu togel tak berdaun. Rupenya chok makan. Biasa kucing cari rumput untuk terapi sakit dia. Kat kampung selalu je kucing-kucing makan rumput dan muntahkan semula. mungkin muntahkan bahan-bahan kotor dalam perut dia. Ayu tak marah pun chok makan pokok ayu, sebab masa tu dapat agak dah, dia mesti tak sihat...

3- Hilang terus selera makan.

4- Tidur lama sangat. Kucing memang kuat tidur ya. Mereka boleh tidur 16-18 jam sehari. Tapi masa demam haritu chok tidur dari jam 1 petang sampai 9 malam. Kan luar biasa tu..

5- Telinga sejuk. Area cuping telinga kucing akan jadi sejuk. Tanda dia demam tu.

6- Hidung kering. Kucing sihat hidung dia lembab.. kalau dia tak sihat, kering hidungnya. Mungkin sebab dehidrasi kan. Air tak mo minum, sebab tu kering je.

7- Tak mahu dipegang. Bila pegang chok, dia mengerang macam kita berkasar dengan dia. padahal dah angkat paling lembut dah. Macam dia sakit satu badan.

8- Tidur di tempat tersorok. Ya, dia tidur ntah mana-mana. Sampai mencari-cari kitorang laki bini. Selalu panggil chookkk.. dah terjogol dia dah.
cube tengok bulu dia. masa ni demam.. lain kan?
9- Bulu dia jadi macam meremang. Ayu tak reti nak explain. Tapi bulu dia memang jadi lain. macam kembang kembang tak terurus sikit.

10- Badan dia panas sangat. Kucing badan dia memang hangat tau. tapi kalau hangat luar biasa tu, kita akan rasa lain..
chok dalam cage masa jumpa vet.

Rawatan :

1- Air kelapa

ni langkah pertama ayu buat. Malam dia demam tido sampai berjam jam tu, rasa badan dia memang panas sangat, terus pi mydin taman rinting bungkus air kelapa. Kasi dia minum. Even dia menolak. paksa gak. Kat kampung pun dulu gitu, xkira lah kucing ayu sakit apa, mesti mak kasi air kelapa. termasuklah kalau kucing makan racun, kalau cepat kasi air kelapa, insya allah selamat.

2- bawa ke veterinar.

kebetulan the next day tu suami ayu cuti. so, dia bawak gi vet kerajaan. Masa jumpa ke klinik tu, vet kata chok demam panas. Masukkan termometer kat anus dia, doc dapat bacaan 40 darjah celcius. Kata doc, dia demam panas. Terus kena injection. Alhamdulillah chok tak lari. cume dia mengerang marah je kata suami ayu. Chok juga diberikan ubat demam & multivitamin.

3- Kerap bagi air.

Masa ni kucing memang tak nak minum or makan. Tapi nak tak nak kena juga force feed dia. especially air. sangat perlu. sangat sangat! sekerap yang boleh ya.. ayu kasi air guna syringe. 2 jam sebelum kasi ubat demam dia, ayu force feed dia air kelapa, dan sekejap sekejap ayu syringe dia air masak.

*air kelapa jangan bagi sekali dengan ubat ya, nanti tiada effect.



ubat demam dan multivitamin chok

chok dapat kad dah.

Alhamdulillah. genap 3 hari tak makan sampai jadi melidi dan tak mengiaw manja, tiba tiba chok mendekati kami sambil ngiaw ngiaw halus. suara cam serak. Suap dia makan. Alhamdulillah dia nak. Even sikit je..

dah mula makan. tapi nak kena suap. kurus dah dia masa ni kan.

Setelah seminggu lebih baik demam, chok pun dah kepoh semula dan dah mula berselera kembali. Dan dah mula jugak kacau orang nak menaip sampai tertido depan pc. hehe

sampai tido dah busuk ni.
 :)

36 comments:

Amanda Suria said...

Baru tau...kucing pun ada ubat....salam knl....

AINA ZAIRULNIZAM said...

Best entry ni..aina tahu bela kucing je, tapi tak tahu kucing demam macam mana. Nicee! thanks :D

azifah yazid said...

comelnya chok..

MG schmidt said...

kucing MG kalau demam mmg manjaaaaa
tp comel tkpe ...huhu :)

azizah :) said...

tu dia.. kucing pon ada ubat,.. dia minum ke ayu

azizah :) said...

tu dia.. kucing pon ada ubat,.. dia minum ke ayu

Anonymous said...

Kalau klinik vet kerajaan dekat area pasir gudang ni kat mana ye? Ayu hantar chok kat mana?

Ayu Zan said...

Azizah. Minum.. Tp bersilat nk bg minum. Haha

Ayu Zan said...

Anon. Chok ayu hantar di jln kebun teh.

Anonymous said...

salam. berapa harga rawatan + ubat demam di klinik vet kerajaan?
ibu kucing yang baru beranak boleh diberi ubat atau tak?

Wan Muhammad Nurhakimi Mat Daud said...

tq 4 info

Anonymous said...

Salam..baru semalam anak kucing akak mati sbb demam..masih terasa kehilangannya..

solbrn said...

Kalau semua tanda tu ada tapi kucing saya hidung dan mulut dia basah.. Basah yang amat sampai nampak comot dia tu. Kira demam jugak ke?

Ayu Zan said...

Wsalam. Lupa dah sy berapa cost. Tp rasanya dalam rm20+ sebab ada injection masa chok demam.

Ayu Zan said...

Rasanya tak sihat tu kucing awak. Selesema mgkin. Bawak g vet je lebih baik. Sebab sy tak berani nak cakap.

Ayu Zan said...

Ibu kucing lepas beranak ya. Better g vet sbb sy xberani beri sebarangan ubat.

Ayu Zan said...

Ibu kucing lepas beranak ya. Better g vet sbb sy xberani beri sebarangan ubat.

Ayu Zan said...

Rasanya tak sihat tu kucing awak. Selesema mgkin. Bawak g vet je lebih baik. Sebab sy tak berani nak cakap.

Ayu Zan said...

Wsalam. Lupa dah sy berapa cost. Tp rasanya dalam rm20+ sebab ada injection masa chok demam.

Anonymous said...

Air kelapa tu yg pure or yg dlm tin ?

chedacheyu said...

Kucing sy pun demam rasanya. X lalu mkn, x nk minum, marah bila dipegang & bdn panas. Since pindah umah ni dia kerap sakit. Mungkin stress dgn persekitaran baru. Risaunye tgk dia.. Mudah-mudahan dia cpt sembuh. Tq ayu for the info.

Saadiah Jaffar said...

Tq ayu for your information.. sy nk tanya brape yg dkenakan bila hntar ke vet?

Kim Taeryra said...

Asalamualaikum. Nak tanya. Selalulnya pergi klinik berapa harga nya?

Kim Taeryra said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kucing saye pon mcm ayu jgk nk.. Bulu meremang tido tmpat sembunyi n tido agak lame. Kalo dipegang mcm mara..tolong sy selain pegi klinik ape perlu sy buat lagi.. Miko kucing saye agak lemah. Sian tgk dy x aktif mcm dulu.

faten monsterhigh said...

Hmm... kucing sye pun ade penyakit duduk kat tempat bersorok. Tapi masih boleh makan. Agaknya takut ape tak? Die tengok reflection diri sendiri pun lari lintang-pukang... lepas berak kencing die terus lari.

Ell said...

hmm thanks info.. rasanya kucing sy pn demam..simptom sama

Anonymous said...

Agak2 ubat demam ada jual x kt farmasi...kucin akk cam demam tp kami xdek kete nk bwk g klinik hu3..nk bawa naik moto kang terjun plk

Ayu Zan said...

@Saadiah Jaffar saya rasa dlm rm30 je masa ni

Ayu Zan said...

@faten monsterhigh kadang2 rumah ada gangguan pun jadi gitu..

Ayu Zan said...

@Anonymous bawak pakai cage kak..

Nutnut said...

Kucing saya mmg ada tanda2 tu...nampak dia kurang aktif...kira tidur ja...kalau x pantang nampak saya jalan mesti dia akan ikut kaki saya...thanx sebab kongsikan info nie...esok saya bawak dia pegi vet...

Cool Gee said...

Kan pegi vet kena amik injection, berapa Bayaran??

Cool Gee said...

Kan pegi vet kena amik injection, berapa Bayaran??? Saya x pernah g lagi memandangkan ni pun first time Bela kucing

Cool Gee said...

Kan pegi vet kena amik injection, berapa Bayaran??

Ayuni Farah said...

Nak tanye . Kalau bagi mnum air kelapa je tp xda ubat agak blh sembuh x ? Sbb takut kos ubat nnt mahal sgt huhu