Nuffnang

08 September 2014

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum

Harini ayu nak sharing mengenai khasiat makanan sunnah buah barakah ni iaitu buah zaitun.

Diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."

Jadi. Kena amalkan makanan yang baik baik supaya anak pun dapat khasiat baik. Ayu amalkan makan kapsul minyak zaitun ni baru lagi. Dalam sebulan kebelakangan ni. 

Jadi, jom ayu kongsikan khasiat dan keberkatan olive oil ni buat ibu mengandung.

1- Membantu melancarkan proses buang air besar.
Biasa sangat kita dengar kalau ibu hamil, sembelit masa membuang. Ayu belum sampai tahap tu. Tapi sejak masuk 5 bulan haritu dah mula dah rasa tak selancar sebelum ni. Tapi alhamdulillah..ayu rasa bila amalkan minyak zaiton sedikit sebanyak membantu kelancaran proses ni. Hari-hari masih detox. :) tapi kena bantu dengan minum air kosong yang cukup dan makan serat ya...

2-Minyak zaitun makanan janin.
Macam di ulas dalam hadis di atas, apa ibu makan, dapat kat anak. Apa yang ayu baca, minyak zaitun ni boleh cantik/putihkan kulit anak dan bersihkan hati. Putih tu tak pastilah sebab ayu dan suami bukan spesies kulit melepak, tapi kalau bersihkan hati tu memang ayu suka baca. Moga bersih hati fizikal dan nurani jadi anak sihat dan baik. Dan ayu ada dengar, bersihkan hati tu maksudnya lancarkan fungsi hati. Jaundice tu kan masalah fungsi hati, jadi minyak zaitun dapat kurangkan risiko bayi demam kuning. Mudah-mudahan..

3-Minyak zaitun sebagai minyak urut.
Yang kapsul ayu makan. Yang jenis cecair, ayu buat urut kaki. Sebab minyak zaitun boleh lancarkan peredaran darah. Lagi-lagi ibu hamil ni mudah sakit kaki. Lenguh kot. Bila kena urut..lega...

4- mudahkan proses melahirkan.
Banyak juga ayu dengar dari orang-orang mengenai statement ni. Kalau betul, alhamdulillah.

5- guna sebagai pelembab untuk kulit.
Masa hamil kan merekah semua sebab pembesaran perut, payudara, punggung dan hampir 1 badan. Jadi, sapuan minyak zaitun ni dapat juga bantu kulit untuk lebih elastik dan kurangkan strechmark.

Banyak lagi mungkin yang belum habis ayu kaji. Tapi sekian dulu yang ayu nak share harini. Jom amalkan minyak zaitun ni.


 Ayu beli kat kiosk jual ubat/jamu/produk kecantikan. Kat mana-mana ada jual.

Ayu makan yang ni :)


8 comments:

Khai♥Rin : anies said...

bli kt mn tu ayu?

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya

Ayu Zan said...

Anies.. Ayu beli kt kiosk jual jamu kat mall..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui tak ngandung tp amalkan juga jns ni..ekekeke

Sha Purple said...

Kita pon ada makan ni jgak...bagus makan minyak zaitun nie =)

Bbwana adienia said...

memang banyak kebaikkan olive oil ni kan..

Mar Mansor said...

alhamdulillah..makanan sunnah

RosniWatie said...

Minyak zaitun mmg byk kebaikannya..
salam singgah n done follow sini..:)
jom follow blog http://bungakayangan.blogspot.com/