Nuffnang

11 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum

ketinggalan cabaran nampaknya ni.

okeh. banyak sebenarnya yang lucu..yela budak-budak kan. hehe

kita pilih pilih la ye..

Menangis sebab dapat 98% masa exam tadika 5 atau 6 tahun.

ayu ingat lagi.. masa ni kat tadika kemas. pun ada exam gak masa tu exam bahasa melayu. eja eja kot. ayu dapat 98%, ala.. salah sikit je. silap eja sikit kalau tak silap. Ayu boleh nangis-nangis sambil tanya cikgu..

"Cikgu...kenapa saya tak dapat 100%?"

hihihi.. sadis betul bila dok ingat balik. dan ingat lagi jawapan cikgu ayu penuh kesabaran.

"Ayu salah sikit, jadi kena tolak markah. Tapi masih dapat A..."

Ayu tetap tak lega pun dengan jawapan tu.. haha.. siap balik ngadu kat mak sebab sedih tak dapat 100.

hihihi

Jatuh parit.

Ayu dok membesar di kampung yang di tepi jalan raya sepanjang kampung ada parit. Masa tu baru mula belajar kayuh basikal tanpa roda 4. Kira belum buang roda kiri kanan extra tu dan basikal pun comel je. Ayu bengang sebab kekawan dah pakai basikal besar sikit dan tak de roda tepi tu. Ayu cuba la pakai basikal kawan tu, dan... ayu jatuh dalam parit masa melalui jambatan kayu rumah dia.

hitam legam ok. sebab kampung ayu tanah gambut. Apa lagi, habis kena gelak la..

balik rumah dah nangis dulu sebab takut kena marah dengan arwah abah, rupanya...mak abah gelakkan juga...

*nasib tak kena marah* hihi

sekian tu dulu la ya yg ayu sharing..


Entri Cabaran 30 Hari :

4 comments:

ros_reeza said...

bestkan bila ingat kisah kanak-kanak :)

Khai♥Rin : anies said...

sama la kite penah jg jatuh parut bercalar kepala lutut ;-)

Miss Sasu said...

assalamualaikum..

salam perkenalan, jemput ke blog saya, kisah saya dalam menurunkan dan mengekalkan berat badan setelah bekerja dari rumah

terima kasih ye. cantik blog !

azizah :) said...

hehehe lucu.. zaman kanak2 best